Pages

Saturday, 16 May 2015

Janganlah Selfie Sampai Bebal!!!

Janganlah Selfie Sampai Bebal!!|

Janganlah Selfie Sampai Bebal


Kuala Lumpur :-  Neelofa, bekas Pemenang Dewi Remaja ada menerangkan bahawa, kegunaan laman sosial dan segala apa teknologi yang kini pesat menular dalam kalangan remaja boleh memberikan manfaat dan sebaliknya. Kita sebagai remaja yang terdedah dengan kepantasan teknologi dan inovasi perkembangan arus semasa, janganlah terleka dengan alam maya sehingga tidak cakna akan masalah dan perkembangan semasa.

Neelofa mengulas lagi dalam laman berita harian, haruslah kita sebagai manusia pandai mengimbangi masa dan jangan lah sampai terlupa dunia adalah sementara. Nak ber'selfie' boleh, tapi janganlah sampai ketagih dan obses kepada perkara-perkara sebegini.


Haruslah menggunakan dengan sebaiknya, dan menjadikan teknologi terkini untuk menambahkan ilmu di dada. Ingatlah, kalau tiada ilmu didada, manakan orang hormat kita. Cantik sahaja tidak berguna, kerana kecantikan ini juga bersifat sementara, lama kelamaan akan pudar ditelan usia. Sampai bila kita akan kekal cantik? 
Admin Comel juga ingin menambah, janganlah kita terlupa, disebalik kulit yang bergetah ini terselindung tengkorak yang sebenarnya adalah diri kita. Jangan lah Bebal Sangat Dengan benda-benda yang tidak membawa manfaat ini, dan gunakan lah dengan sebaiknya untuk ditukarkan menjadi perkara yang bermanfaat!!!

Lima Hari Minum, Mandi Ayat Mayat

Mayat Dalam Tangki

KUALA LUMPUR – Misteri bau busuk air yang digunakan peng­huni sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini sejak Khamis ming­gu lalu akhirnya terjawab selepas pihak berkuasa menjumpai mayat seorang lelaki terapung di dalam tangki simpanan air di salah satu blok perumahan itu pada Selasa lepas.

Mayat lelaki itu ditemui oleh pekerja penyelenggara kondominium berkenaan pada pukul 9.25 malam selepas mereka menerima aduan penghuni berhubung air yang keluar dari paip rumah berbau pelik dan busuk.

Seorang penghuni yang hanya ingin dikenali sebagai Abbas, 23, memberitahu dia terkejut apabila air rumah yang didiaminya selama setahun itu mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah sejak Ahad lepas.

Katanya, bau dan rasa air itu sedikit meloyakan, namun dia dan rakan serumahnya tidak peduli kerana beranggapan mungkin paip rumah mereka berkarat.

“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.

“Saya difahamkan pihak pe­ngurusan telah membersihkan tangki itu,” kata pelajar Universiti Help itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, blok kondo­minium itu didiami hampir 1,000 penghuni. – Kosmo!

''Ramai pulak ustaz dan ustazah yang komen''

#Siapa tak kenal dengan ibu muda Erin Malek yang sarat mengandung anak kembar, terbaru Erin Malek telah berkongsi gambar beliau tetapi malangnya banyak kritikan yang diterima





#Susulan dengan gambar yang dikongsikan oleh Erin tu, dia telah menerima kritikan hebat dari peminat dan pembenci, mungkin betul lah tu apa yang kebanyakan orang kritik.

#Tak berapa elok sebenarnya seorang perempuan mengandung memaki baju ketat-ketat ni, dan menjadi seperti trend sekarang ibu mengandung menayang Babybump masing-masing.



#Erin mungkin terlepas pandang dalam beberapa bab dan harap dia menerima kritikan dengan positif. Apapun kami berdoa agar dia dan kandungan sihat-sihat saja dan tak sabar nak tengok twin dia...awww~~~




6 Perkara Wanita Tidak Sedar Buatkan Mereka Cepat Tua!

Ramai wanita sanggup habis beratus ringgit untuk krim antipenuaan, tapi langsung tak sapukannya di bahagian leher.
Memang silap besar memandangkan kulit leher lebih nipis berbanding kulit wajah!
Pakar dermatologi, Howard Sobel berkata, kamu patut mula guna krim antipenuaan dan SPF di leher pada usia awal 20-an, dan jadikannya amalan untuk dapatkan kulit yang lembut dan licin selama-lamanya.
Ini antara 6 perkara yang anda tidak sedar anda lakukan dan tidak lakukan yang membuatkan anda cepat tua!

1. Sembur terlalu banyak wangian di leher

my-mum-stole-my-perfume-1
Jika kamu sering lakukannya, stop! Alkohol dalam wangian mengeringkan kulit dan menyebabkan kedutan. Sesetengah wangian juga ada kesturi yang menjadikan kulit kamu sensitive terhadap cahaya matahari. Memadai jika kamu semburkan wangian pada pergelangan tangan.

2. Aksesori di leher terlalu berat

gaurav-gupta
Rantai kamu yang cukup bergaya itu mungkin boleh buat penampilanmu lebih menyerlah, tapi ia juga boleh meregangkan kulit. Sekali-sekala, gantikan rantai dengan gelang atau cincin agar lehermu boleh ‘berehat’.

3. Kulitmu tak cukup lembapan

thumbs_3120-moisturizer_main_newbeauty.png.660x0_q80_crop-scale_upscale
Kulit sangat perlukan lembapan yang cukup. Guna produk yang mempunyai kandungan seperti asid hialuronik, retinol. Vitamin C, dan glycolic acid yang membina kolagen dan menegangkan kulit. Urut ke dalam kulit dengan jari dalam gerakan ke atas.

4. Berat badan kamu tak tetap

diet_fail
Jika berat badan kamu sering naik turun dalam jumlah yang banyak, leher kamu boleh mengalahkan leher ayam belanda! Pastikan kamu maintain berat badan. Elakkan crash diet!

5. Kamu tak lakukan senaman untuk leher

lateral_neck_bending_exercise_image_title_kdt3w
Duduk atas kerusi dan angkat wajah menghadap siling. Buka mulut seluas yang boleh dan cuba cantumkan bibir bahagian bawah ke bibir atas. Tahan tiga saat. Relaks dan ulang 10 kali. Lakukan senaman ini beberapa kali sehari, dan leher kamu akan nampak muda remaja seperti gadis berusia 15 tahun.

6 Tidak memakai krim SPF

SunPlay-SPF130-PA+++
Mula-mula bintik gelap, kemudian bintik penuaan lain… jadi jangan skip krim tabir suria. Beli satu yang mengandungi antioksidan, seperti Vitamin C yang meningkatkan keberkesanan tabir suria.
Sumber: Cosmopolitan