Ramai wanita sanggup habis beratus ringgit untuk krim antipenuaan, tapi langsung tak sapukannya di bahagian leher.
Memang silap besar memandangkan kulit leher lebih nipis berbanding kulit wajah!
Pakar dermatologi, Howard Sobel berkata,
kamu patut mula guna krim antipenuaan dan SPF di leher pada usia awal
20-an, dan jadikannya amalan untuk dapatkan kulit yang lembut dan licin
selama-lamanya.
Ini antara 6 perkara yang anda tidak sedar anda lakukan dan tidak lakukan yang membuatkan anda cepat tua!
1. Sembur terlalu banyak wangian di leher
Jika kamu sering lakukannya, stop!
Alkohol dalam wangian mengeringkan kulit dan menyebabkan kedutan.
Sesetengah wangian juga ada kesturi yang menjadikan kulit kamu sensitive
terhadap cahaya matahari. Memadai jika kamu semburkan wangian pada
pergelangan tangan.
2. Aksesori di leher terlalu berat
Rantai kamu yang cukup bergaya itu
mungkin boleh buat penampilanmu lebih menyerlah, tapi ia juga boleh
meregangkan kulit. Sekali-sekala, gantikan rantai dengan gelang atau
cincin agar lehermu boleh ‘berehat’.
3. Kulitmu tak cukup lembapan
Kulit sangat perlukan lembapan yang
cukup. Guna produk yang mempunyai kandungan seperti asid hialuronik,
retinol. Vitamin C, dan glycolic acid yang membina kolagen dan
menegangkan kulit. Urut ke dalam kulit dengan jari dalam gerakan ke
atas.
4. Berat badan kamu tak tetap
Jika berat badan kamu sering naik turun
dalam jumlah yang banyak, leher kamu boleh mengalahkan leher ayam
belanda! Pastikan kamu maintain berat badan. Elakkan crash diet!
5. Kamu tak lakukan senaman untuk leher
Duduk atas kerusi dan angkat wajah
menghadap siling. Buka mulut seluas yang boleh dan cuba cantumkan bibir
bahagian bawah ke bibir atas. Tahan tiga saat. Relaks dan ulang 10 kali.
Lakukan senaman ini beberapa kali sehari, dan leher kamu akan nampak
muda remaja seperti gadis berusia 15 tahun.
6 Tidak memakai krim SPF
Mula-mula bintik gelap, kemudian bintik
penuaan lain… jadi jangan skip krim tabir suria. Beli satu yang
mengandungi antioksidan, seperti Vitamin C yang meningkatkan
keberkesanan tabir suria.
Sumber: Cosmopolitan