Pages

Wednesday 20 May 2015

# 7 CARA NAK KUTIP HUTANG JIKA KAWAN KORANG JENIS LIAT NAK BAYAR


Masa nak minta pinjam duit punyalah senang, tapi korang perasan tak bila sampai bab nak bayar balik, mesti liat je kan nak pulangkan semula.

Masalah paling utama adalah bagaimana cara untuk kita mendapat semula atau menuntut hutang berkenaan.

Haa, khas untuk korang yang sedang dilema macam mana cara terbaik untuk kutip hutang, nah, kami sediakan tips-tips menarik yang mungkin boleh diguna pakai.




1. KORANG PURA-PURA NAK PINJAM DUIT....


Cara yang mudah untuk dapatkan duit hutang korang adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayarnya tanpa dia sedar.

Contohnya, cuba korang minta pinjam duit daripada si penghutang, apabila dia meminta kembali wangnya, anda cakap je ‘tolak hutang kau ngan aku kelmarin’. Settle masalah!



2. BERGAUL MESRA DENGAN SI PENGHUTANG


Ini merupakan satu teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di laman sosial seperti Facebook Twitter dan Instagram.

Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra, bolehlah korang selitkan isu hutang tersebut.



3. SINDIRAN PALING ' TAJAM'


Cakap baik-baik pun tak makan saman kan..., apa kata korang gunakan kata-kata sindiran paling 'tajam' sekali untuk kawan korang tu.

Contohnya, post status atau di wall penghutang dengan ayat-ayat hikmah sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Agak-agak dia sentap, mesti akan dibayar nanti.



4. MARI BERPANTUN


Apa kata korang bagi kat si penghutang pantun ni :

Kerja keras pagi ke petang, untuk mencari wang berdozen.

Wahai kawan bila nak bayar hutang? Aku nak duit beli beg Frozen.



5. HANTAR SELFIE THEN BUAT AYAT KESIAN......




6. INVITE SI PENGHUTANG MAIN POKER KAT FESBUK....


Bila rakan korang bising-bising bertanyakan kenapa korang tak habis-habis invite dia bermain poker di Facebook, jawab je begini :

"Mana tau nasib kau menang banyak duit, bolehlah kau bayar hutang aku."



7. JANGAN MALU


Inilah dia perkara paling utama dalam meminta hutang. Jangan sesekali membiarkan malu mengatasi hidup anda.

Cuba korang fikir, si penghutang bukan main lagi update foto makanan sedap-sedap, bercuti sana sini. Tapi, hutang taknak bayar.

Untuk orang begini, tak perlu korang nak rasa segan minta hutang. Faham?



kakishare.com

DULU PONDAN, SEKARANG JADI PENDAKWAH TERKENAL



#Wajah Cikgu Erin ketika bergelar mak nyah. Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kekal cantik.

Pernah dihina sejak kecil hanya kerana memiliki naluri wanita mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia mak nyah.

Lebih malang, dia pernah diperdagangkan sebagai pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun.

Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini bergelar guru, Khairiri mengisi masanya dengan aktiviti kemasyarakatan. 
Bagi Khariri, perubahan yang dilakukan memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat.

"Apa yang penting kita perlu mempunyai niat untuk berubah. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini. 

Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa perubahan.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Namun saya akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali dunia mak nyah ini.

"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya itu.

Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh dengan kemaksiatan itu.

"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.

"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan," katanya.

Cikgu Erin bersama-sama dengan anak muridnya.

#Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.

"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut.

"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang hanya mengenakan bayaran serendah RM10.

Khariri bersama dengan Hamidi

#Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali pertama bertemu Khairiri.

"Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki," katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada 2010.

Hamidi berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan hidupnya.

"Di sekolah ini tidak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di pejabatnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya.

"Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting, pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya.

14 Gambar Kelakuan Manusia Bangang Abadi Ketika Mengisi Minyak



 Melakukan  aktiviti mengisi minyak perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Malangnya,ada manusia yang mengisi minyak tanpa memikirkan soal keselamatan . Berikut ini adalah gambar atau foto kelakuan bodoh ketika mengisi minyak tapi lucu:














Kejadian ajaib ketika menguruskan jenazah Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib r.a meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi:””Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!”Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:

“Siapakah engkau?Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.?Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:

“Hai Ali!Mandikanlah Beliau!Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan kedalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”

Ujar Ali pula:”Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan,bahawa suara itu berasal dari iblis.Sekarang saiapakah pula sebenarnya engkau sendiri?”

“Aku adalah Khidir.aku datang untuk menzirahi jenazah Muhammad s.a.w.”Jawab suara itu.

Kemudian Saiyidina Ali r.a pun memandikan jenazah Rasulullahs.a.w.sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga.Mereka kapani dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.

Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yang bukan sedikit dikalangan seluruh ummat,lebih-lebih lagi para sahabat yang terdekat.Kata -kta yang dilahirkan oleh para sahabat demi setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.

Seketika membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat,Syaidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:

“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu,telah kau alami.Dansetelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selam-lamanya!”

Hassan Bin Thabitr.a salah seorang sahabat Rasulullahs.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman Rasulullah,telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali.Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:

“duhai ,engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”

Tetapi antara banyak orang tentu sekali yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya Siti fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.

Pernah suatu hari,Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri dikubur Nabi s.a.aw. Katanya:

“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”

Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya,orang melihat Siti fatimah Azzahra selalu berikat kepala,tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus,bahkan ia sering tidak sedarkan diri.kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan:

“Mana dia ayah yang mencintai kalian itu?Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini.Kalian tidak akan pernah lagi naik keatas punggungnya seperti yang biasa kalian lakukan…”

Pohon yang biasanya mendapatkan kasih sayang itu ,semakin layu dan mengering.
Sumber : Johneox