Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan
pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang
dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan
rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian
yang lebih terperinci tentang bulan .
Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah
terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah
terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua
ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Allah berfirman:
“Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S.
Al-Qamar: 1)” Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya
bulan di zaman Nabi saw. masih di Mekah.Hal ini terjadi ketika kaum
musyrikin ’mencabar’ Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan
meminta membelah bulan....
Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah
menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw bersabda:
Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)
Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah
saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian),
maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya
bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw ..(Shahih Muslim No.5015)
Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah
Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, ”Wahai Muhammad, kalau engkau
benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang
boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?
Rasulullah bertanya, ”Apa yang kamu inginkan?” Mereka menjawab, ”Cuba
belah bulan …” Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah
agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w. agar
mengarahkan telunjuknya ke bulan.
Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan
itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata,
”Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”
Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja
”menyihir” orang yang ada di sampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir
orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu
orang-orang yang akan pulang dari perjalanan....
Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti
orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan
yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang musyrik pun
bertanya, ”Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka
menjawab,”Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan
terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian
bersatu kembali … ”
Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap
kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: ”Sungguh,
telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat
tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya
berkata,” Ini adalah sihir yang terus-menerus ”, dan mereka
mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan
benar-benar telah tetap … (sampai akhir surah Al-Qamar).
Sila baca al-quran untuk selengkapnya..
What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over
200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear
all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous
rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form
sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above.
Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers.
Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but
the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research.
The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969
during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar
surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge
gained from Apollo 10, landed on the Moon....
Sumber lain
http://www.hoax-slayer.com/moon-split-miracle.shtml
http://en.wikipedia.org/wiki/Rille
http://www.thunderbolts.info/tpod/2006/arch06/060315rille.htm
Tambahan:
Dongeng-dongeng tentang bulan terbelah ini boleh kita dapati pula dalam haiku (dongeng Jepun)....
Cerita bulan terbelah dua ada dalam manuskrip hindu di India yang
menceritakan bahawa terdapat bulan terbelah dua dan tarikhnya sama
dengan kewujudan …
Namun cerita mengenai ini tidak akan kita dapatkan dalam legenda-legenda
di Amerika atau Eropah.Kemungkinan terbesar tidak adanya cerita ini
adalah pada saat peristiwa tersebut, di belahan bumi tersebut
orang-orang memang tidak dapat melihat bulan. Mengapa? Karena saat itu …
siang hari !!!
SUMBER