Pages

Thursday 12 February 2015

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat




Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
ALFATIHAH

TERSENTUH HATI... Azwan Ali Dedah Kisah Kemenangan Kumpulan Zero...

#Dari awal lagi, Azwan Ali sudah meramalkan bahawa Zero akan menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Ternyata ramalan Azwan Ali benar belaka....



#Apabila ditanya mengapa Azwan Ali siang-siang lagi sudah meramalkan Zero sebagai juara MLM2014, jawapannya yang diberikan Azwan cukup mudah.....



#Kata Azwan Ali: "Zero memang sesuatu dan saya mula melihat mereka sesuatu terutama sekali Saiful sejak 3 tahun yang lepas. Masa itu, saya didik mereka untuk sebuah drama di RTM berjudul 3 Abdul yang mengisahkan Saiful menjadi mak nyah dan berkawan dengan Sharifah Sakinah - seorang pengkid....

#"Saya juga adalah pengarah dan penulis skrip drama tersebut. Malangnya, drama tersebut teah ditolak oleh RTM serta tidak dapat disiarkan berikutan isu pelawak mengenakan baju wanita yang ketika itu telah telah mencetuskan kontroversi di dalam negara....

 #"Tapi, ketika itu saya reda dengan penolakan drama tersebut. Nak buat macam mana, tidak ada rezeki saya dengan barisan pelakon 3 abdul termasuklah Zero pada ketika itu," kata Azwan Ali kepada Portal Murai....


#Menurut Azwan Ali lagi, sepanjang mengenali Zero pada ketika itu, dia dapat melihat sendiri kesukaran serta kepayahan yang terpaksa dilalui oleh kumpulan lawak 3 beradik itu demi menempatkan diri mereka di dalam industri hiburan tanah air....

Artikel Terbaru : BAYARAN MEWAH! WARTAWAN DEDAH PERANGAI SEBENAR JEP SEPAHTU!

#"Mereka memang merangkak untuk cari rezeki dan untuk survived. Seringkali mereka mengadu dengan saya pelbagai perkara terutama bagaimana untuk mencari peluang di dalam industri ini....

#"Saya sering memdengar luahan mereka dan pada waktu yang sama turut sama membantu membakar semangat mereka untuk berjuang.....

#"Melihat persembahan mereka di final MLM 2014, aku yakin mereka akan menang. Bayangkan dalam ramai-ramai peserta, mereka telah melakukan persembahan tarian Naga....

#"Walaupun mereka mengambil budaya Cina di dalam persembahan mereka itu tapi mereka santat profesional dan langsung tak mecemarkan sensitiviti masyarakat Cina. Bagi saya mereka memang layak untuk menang....

#"Kemenangan mereka itu juga bagi saya adalah satu ludahan buat pelawak2 sedia ada yang selama ini berangan serta berasakan mereka hebat.....



#"Dan kepada Zero, bila dah ada di puncak, janganlah lupa rumput yang ada di bumi. Jangan lupa diri dan korang asal susah jangan sekali-kali lupa asal-usul korang," kata Azwan Ali lagi....

#Sumber asal : Portal Murai..

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi.



انا لله وانا اليه راجعون
Bismillah...
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan meninggal pada jam 9.45 malam ini.
Meninggalnya beliau di malam Jumaat. Moga Allah rahmati rohnya di kalangan yang beramal soleh di syurga Firdaus.
Al-Fatihah

10 Gambar wajah anak sulung Aidil Zafuan dan Zarema Zainal kini didedahkan


Sejak bersalin pada 5 Februari lalu, pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal belum pernah mendedahkan anak sulung mereka yang diberi nama Ayden Zeeyad.

Bagaimanapun, hari ini melalui sumber rotikaya, beberapa keping gambar wajah Ayden telah dikongsikan untuk tatapan umum.


Berita kelahiran anak pertama pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal disambut para peminat pemain bolasepak untuk Johor Darul Takzim (JDT) ini dan ramai juga teruja apabila sekali lagi Aidil Zafuan dikurniakan cahayamata lelaki.

Menurut sumber kami sebelum ini, Zarema Zainal telah selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di Klang beberapa hari lalu dan hari ini kami menerima beberapa keping gambar sekitar fotografi kelahiran baru ini.

Camora Arts yang mengirimkan e-mail berkata sesi fotografi ini dijalankan hanya selepas lima hari kelahiran Ayden Zeeyad, oh ya, itu nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada anak sulung mereka. Ringkas dan senang disebut.

Ini merupakan buat pertama kalinya pasangan Aidil Zafuan & Zarema Zainal mendedahkan wajah anak mereka kepada umum dan menurut jurugambar, mereka ketengahkan konsep dongeng (fairy tales) untuk sesi fotografi kali ini - Rotikaya