Pages

Wednesday 11 March 2015

Tidak Mahu Bercinta Dengan Ramai Lelaki, Alfira Akui Baim Sedia Untuk Kahwin



Jika dilihat pada kesanggupan Baim Wong terbang jauh dari Jakarta semata-mata untuk meraikan sama hari ulang tahun kelahiran Elfira Loy, kami rasa pihak lelaki bagaikan bersungguh-sungguh betul mahu memenangi hati yang tersayang.

Cuma jawapan yang diberikan oleh Elfira Loy bagaikan pula seakan-akan memberi peluang kepada lelaki lain di luar sana untuk menambat hatinya sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya status mereka ketika ini. Jika ya katakan ya.
“Sebetulnya saya tidak suka bercinta dengan orang itu atau orang ini. Saya tidak mahu bercinta dengan ramai lelaki atau bersilih ganti bertukar lelaki di dalam hidup saya. Kalau boleh saya hanya mahu mencintai seorang lelaki dan mengahwininya,” katanya.
“Siapa-siapa pun boleh jadi calon suami saya kalau mereka mahu mengahwini saya. Tetapi saat ini, hanya Baim saja yang mahu melangkah ke fasa yang seterusnya,” jelas Elfira lagi yang sebelum ini pernah mengakui bersedia untuk berkahwin ketika usia muda.
Jika itu jawapan Elfira mungkin juga kini mereka sedang serius bercinta, sebab itulah Baim mahu melangkah ke arah yang lebih serius lagi. Apa-apa pun keputusan Elfira, kami pasti ramai peminatnya yang sangat bersetuju dua jiwa ini disatukan dengan ikatan yang sah. (rtky/syfq)

BENJY TINGGAL DI PONDOK PENGAWAL-Tak Mampu Bayar Wang Jaminan


#Pada 5 Mac lalu, #Benjy dan seorang wanita bernama Julia Ernie Jamaludin didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 9.33 gram dan memiliki dadah jenis sama 3.4 gram di The Reeds Boutique Hotel, No 9 Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, pukul 9.30 malam.
#Dalam perkembangan terbaru, Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan tersebut.
#Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Benjy dan Julia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


#Pada mulanya, >Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon kepada mahkamah supaya menetapkan jaminan sebanyak RM9,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 untuk pertuduhan kedua.
Peguam Farhan Read yang mewakili Benjy bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan atas alasan Benjy tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menumpang tinggal di pondok pengawal bersebelahan rumah rakannya.
Anak guam saya kini tinggal di pondok pengawal rumah rakannya dan agak sukar untuknya mendapatkan wang yang banyak sebagai wang jaminan- Tupai


#Sementara itu, peguam Zaidi Othman yang mewakili Julia turut memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal yang perlu menanggung dua orang anak berusia setahun setengah dan empat tahun.

Anak guam saya juga hanya membantu rakannya berniaga pakaian dengan pendapatan kurang RM1,000. – mStar Online

#Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor kemudiannya membenarkan masing-masing diikat jamin RM4,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 bagi pertuduhan kedua dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Pengakuan mengejutkan Kaka Azraff isu rampas kekasih Tasha Shilla

Hujung minggu lalu, nama Kaka Azraff dikaitkan dengan khabar angin mengenai pergolakan hubungan percintaan antara Tasha Shilla dan kekasihnya, Han Wong.

Lebih parah lagi, Kaka turut dituduh menjadi orang ketiga dan dikatakan telah merampas Han daripada Tasha. Seriouslah?

Hujung minggu lalu, nama Kaka Azraff dikaitkan dengan khabar angin mengenai pergolakan hubungan percintaan antara Tasha Shilla dan kekasihnya, Han.

Lebih parah lagi, Kaka dituduh menjadi orang ketiga dan dikatakan telah merampas Han daripada Tasha. Seriouslah?

"Kaka tak ada kena mengena dalam hal percintaan sesiapa pun. Istilah rampas merampas itu adalah tidak benar sama sekali."

Menurut khabar angin lagi, Kaka juga telah dikeluarkan daripada group WhatsApp yang disertai oleh beberapa rakan artis lain selain dicop perampas.
"Kami tidaklah rapat seperti yang disangka. Kaka cumalah salah seorang rakan selebriti yang mengikut perjalanan mereka ke Bali. Di situ, Kaka okaylah dengan semua, tak ada masalah. Tapi lepas balik dari Bali, Kaka dah tak aktif dalam group WhatsApp tu lagi. Kaka tak pasti group WhatsApp tu ada lagi atau tak, tapi kalau ada lagi, mungkin ada lah. Kaka tak ada dalam tu. – Hot FM"
Hmm soalan di atas tak bertemu jawapan. Tak kisahlah sama ada Kaka yang keluar daripada group WhatsApp itu atau dia dikeluarkan. Yang penting sekarang ni, Kaka dah menjelaskan yang dia bukan punca perpisahan Tasha dan Han.
Mungkin Tasha dan Han boleh berbaik semula dan sambung kembali impian mereka untuk berkahwin tak lama lagi.
Sumber : Ohbulan

Zamani Slam Tunjuk Perkembangan Positif, Naik 9KG Selepas Proses Pemulihan



Tahniah kami ucapkan kepada Zamani Slam yang kini sedang menjalani rawatan dengan jayanya di sebuah pusat pemulihan di ibu negara malah lebih menarik lagi, penyanyi ini juga dikatakan sudah bertambah berat badannya, bukan sekilo dua tetapi 9 kilogram.

Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan sejak akhir Januari lalu. Difahamkan, Zamani akan berada lima bulan lagi berada di pusat pemulihan sebelum bersedia bertemu masyarakat.
“Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.
“Namun ia masih di peringkat awal pemulihan, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas sebutan kes dadah penyanyi tersebut di Mahkamah Majistret Ampang, Isnin lalu.
“Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain. Oleh itu, apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu,” ujar peguamnya lagi.
Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa menetapkan 10 April depan bagi sebutan semula kes terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah. (rtky/syfq)