Pages

Showing posts with label Bimbit. Show all posts
Showing posts with label Bimbit. Show all posts

Sunday 15 June 2014

Betul Ke Telefon Bimbit Penyebab Barah Kanser?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang pernah terfikir tak yang telefon bimbit korang tu boleh menjadi penyebab kepada penyakit kanser? Kalau pernah, betul ke informasi atau kajian sains yang korang terima tu?

Tapi yang penting, penggunaan telefon bimbit kalau tak menyebabkan kanser pun, akan menyebabkan kesan sampingan yang lain seperti ketagih facebook, sms atau game Angry Bird. Hehe. Apa-apa pun, korang baca la artikel di bawah tentang persoalan adakah benar telefon bimbit akan menjadi penyebab kepada kanser. P/S: Kematian yang paling dirisaukan oleh Nabi SAW terhadap umatnya adalah kematian mengejut seperti kemalangan kerana takut-takut tak sempat untuk bertaubat. Ya Allah, jauhilah kami dari kematian yang mengejut dan ampunkan lah dosa-dosa kami. Amin.




Betul ke telefon bimbit boleh menyebabkan barah kanser?

LONDON: Telefon bimbit tidak meningkatkan risiko barah, lapor penyelidikan yang membabitkan lebih 350,000 responden oleh penyelidik Denmark yang disiarkan semalam.

Kajian yang didedahkan dalam laman web Jurnal Perubatan British, mencelah siri kajian lain yang memperoleh kesimpulan serupa.

Saintis Institut Kajian Epidemologi Kanser di Copenhagen melihat mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun yang melanggan talian telefon bimbit dan membandingkan kadar ketumbuhan dalam otak dengan mereka tidak melanggan antara 1990 hingga 2007.

“Kajian ini menyokong penyelidikan yang gagal mencari kesan memudaratkan penggunaan telefon di bawah pendedahan normal,” kata Pengarah Perubatan Fizik Hospital Britain Royal Berkshire dan Felo Institut Fizik dan Kejuruteraan Perubatan, Malcolm Sperrin.

Pada Mei, Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia memutuskan telefon bimbit dikategori sebagai kemungkinan mendedahkan barah, meletakkannya sama kategori dengan plumbum dan kloroform. – Agensi

Monday 17 March 2014

Ekslusif #MH370: Misteri Telefon Bimbit Terungkai!

type='html'>KUALA LUMPUR – Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat.


Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri.
“Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.
Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut.
Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba. Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi , lapor utusan
Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.
Sumber : Awani

View the original article here