Pages

Showing posts with label Ekslusif. Show all posts
Showing posts with label Ekslusif. Show all posts

Saturday 26 July 2014

Gambar ekslusif Dyana Sofya ketika kanak-kanak

Gambar ekslusif Dyana Sofya ketika kanak-kanak - Sejak Dyana Sofya diumumkan sebagai calon DAP untuk pilihanraya kecil di parlimen Teluk Intan, anak kepada bekas setiausaha UMNO Ipoh itu mendapat menjadi sebutan hangat orang ramai di laman sosial, blog, akhbar dan dari mulut ke mulut.

Tidak cukup dengan pelbagai pendedahan tentang identitinya, Dyana turut menjadi sasaran fitnah pro-BN yang bukan sahaja menjejaskan imej beliau sebagai peguam dan bekas pelajar UiTM malah turut melibatkan maruahnya.

Bagaimanapun, penulis sangat kagum dengan si gadis berusia 27 tahun ini kerana tidak memperdulikan tomahan yang diterima dan hanya bersikap terbuka dikritik dan memberikan jawapan sesuai dengan pertanyaan yang diajukan.

Untuk mereka-mereka yang belum pernah melihat gambar Dyana Sofya sewaktu kanak-kanak dulu, apakata layan sekeping gambar comel beliau di bawah. Waktu kanak-kanak comel tapi bila dah dewasa setiausaha Lim Kit Siang ini kelihatan begitu jelita sehingga mendapat pujian dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.






View the original article here

Monday 17 March 2014

Ekslusif #MH370: Misteri Telefon Bimbit Terungkai!

type='html'>KUALA LUMPUR – Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat.


Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri.
“Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.
Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut.
Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba. Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi , lapor utusan
Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.
Sumber : Awani

View the original article here