Pages

Showing posts with label ketika. Show all posts
Showing posts with label ketika. Show all posts

Monday 24 November 2014

Bila Gadis Ini Tidak Pakai Hijab Ketika Berjalan Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua!

Bila Gadis Ini Tidak Pakai Hijab Ketika Berjalan Yang Pasti Mengejutkan Anda | What this videos are saying is that the woman is at fault for not wearing “the proper attire” as opposed to rude men. Once again blame the woman, men need to be responsible for their own actions.

Lihat video ini :










View the original article here

Wednesday 19 November 2014

Luahan Hati Polis Trafik Lepas Disaman JPJ Ketika Jalankan Tugas

Luahan Hati Polis Trafik Lepas Disaman JPJ Ketika Jalankan Tugas | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buat hal lagi apabila sikap anggota JPJ yang menggunakan kuasa mereka secara tidak bertanggungjawab telah didedahkan oleh seorang anggota polis trafik.

Kejadian yang berlaku di mana kenderaan polis trafik telah disaman oleh seorang anggota JPJ dan diceritakan di laman Facebook milik anggota polis tersebut.

Sikap anggota JPJ berkenaan menyebabkan anggota polis trafik itu berdukacita dan bakal mewujudkan suasana yang tidak harmoni di antara penguatkuasa di negara ini.


View the original article here

Friday 1 August 2014

Kejam, Remaja Palestin Ditembak Sniper Israel Ketika Mencari Ahli Keluarga

Tembak Gaza
Sebuah video menunjukkan seorang lelaki Palestin di tembak berulang kali dan dibunuh oleh penembak tepat (sniper) semasa beliau sedang mencari ahli keluarganya di Shujaiyeh.

Seorang lelaki yang berbaju hijau dan berseluar hitam dilaporkan ditembak oleh “sniper” ketika cuba menyeberang di lorong antara dua bangunan. Beliau juga ditembak dua kali lagi ketika terlantar atas tanah, lapor Thevocket.com

Serangan itu berlaku ketika sukarelawan dan krew penyelamat dalam usaha mencari mayat selepas 14 hari operasi serangan. Organisasi aktivis ‘International Solidarity Movement’ yang merakam dan memuat naik video itu ke internet, menerangkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan:

The Israeli military just shot a Gazan man trying to reach his family, during an announced ceasefire. He was with a group of municipality workers and international human rights defenders who were attempting to retrieve injured people in the Shujaiya neighborhood…. They shot him, and then continued to fire as he was on the ground. We had no choice but to retreat. We couldn’t reach him due to the artillery fire and then he stopped
moving.

View the original article here

Saturday 26 July 2014

Gambar ekslusif Dyana Sofya ketika kanak-kanak

Gambar ekslusif Dyana Sofya ketika kanak-kanak - Sejak Dyana Sofya diumumkan sebagai calon DAP untuk pilihanraya kecil di parlimen Teluk Intan, anak kepada bekas setiausaha UMNO Ipoh itu mendapat menjadi sebutan hangat orang ramai di laman sosial, blog, akhbar dan dari mulut ke mulut.

Tidak cukup dengan pelbagai pendedahan tentang identitinya, Dyana turut menjadi sasaran fitnah pro-BN yang bukan sahaja menjejaskan imej beliau sebagai peguam dan bekas pelajar UiTM malah turut melibatkan maruahnya.

Bagaimanapun, penulis sangat kagum dengan si gadis berusia 27 tahun ini kerana tidak memperdulikan tomahan yang diterima dan hanya bersikap terbuka dikritik dan memberikan jawapan sesuai dengan pertanyaan yang diajukan.

Untuk mereka-mereka yang belum pernah melihat gambar Dyana Sofya sewaktu kanak-kanak dulu, apakata layan sekeping gambar comel beliau di bawah. Waktu kanak-kanak comel tapi bila dah dewasa setiausaha Lim Kit Siang ini kelihatan begitu jelita sehingga mendapat pujian dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.






View the original article here

Saturday 19 July 2014

Lelaki Tersangkut, Tertusuk Besi Pagar Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah

Beijing: Seorang lelaki berusia 30 tahun di Wuhan tersangkut pada pagar besi seperti daging kebab apabila tertusuk ketika cuba memanjat pagar berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci.

Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.


FotoWU ketika di hospital.

Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.

Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.

Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu.

Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi
View the original article here

Thursday 17 July 2014

Punca aksi selamba Scha-Alyahya tertidur ketika duduk

type='html'>Comel sungguh kelibat model, pelakon dan pengacara terkenal Scha-Alyahya ketika tertidur di atas kerusi. Walaupun gambar selfie tersebut diambil seperti bergurau namun beliau memang kelihatan agak penat dan keletihan. Mungkin tengah menahan lapar kot.

Khabarnya, usia kandungan Scha-Alyahya kini sudah mencecah 7 bulan manakala rezekinya bersama suami Awal Ashaari semakin bertambah-tambah di bulan ramadhan ini.

Tahniah dengan kehadiran orang ketiga tidak lama lagi. Pasti akan mengeratkan hubungan mereka sebagai suami isteri sejak berkahwin pada 4 Mei 2014.













View the original article here

Wednesday 25 June 2014

Maut Ketika Berjudi Ketika Solat Jumaat



TUMPAT – Seorang warga emas menemui ajal akibat serangan jantung selepas melarikan diri dari serbuan polis dalam kejadian judi sabung ayam di sebuah kebun rambutan di Kampung Kubang Panjang, Chabang Empat di sini, petang kelmarin.

Mangsa merupakan lelaki Melayu berusia 63 tahun dari Pasir Mas ditemui mati pada jam 6 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi serbuan judi sabung ayam tersebut.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, mayat mangsa ditemui di lokasi tersebut selepas anggota polis membuat pemeriksaan di sekeliling lokasi serbuan.

“Mangsa dipercayai suspek kes judi yang cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kematiannya akibat serangan jantung,” katanya.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan ketika solat Jumaat berlangsung oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menahan 19 lelaki termasuk 10 lelaki Siam dan 9 lelaki Melayu ketika leka berjudi sabung ayam di dalam kebun rambutan itu.

“Empat daripada 19 suspek yang ditangkap gagal mengemukakan pengenalan diri, kesemua lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari berakhir 24 Jun ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya,  kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 44(g) Ordinan Binatang 1953 dan Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990.

Katanya, polis turut merampas 15 ekor ayam sabung, peralatan sabung ayam dan wang tunai RM725.

“Wang tunai dan ayam sabung itu digunakan suspek untuk dipertaruhkan dalam kegiatan judi tersebut,” katanya. - SINARHARIAN

View the original article here

Thursday 8 May 2014

Mangsa kemalangan ini melakukan sesuatu yang pelik ketika menunggu kehadiran ambulans

Seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik, sambil menunggu kehadiran ambulans.

Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar. Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.

"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis. Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu.

"Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan. Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge.

sumber

Saturday 19 April 2014

10 cara menghargai ibubapa ketika mereka masih hidup

Redha Allah S.W.T. adalah terletak pada redha ibu bapa kita. Kalau ibu bapa kita marah atau kecil hati dengan kita, maka jawabnya susah lah hidup kita. Bukan hanya di dunia kita tak selamat (tiada keberkatan), malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti.


Jadi, seribupilihan menyeru kepada anda semua agar mentaati dan jagalah kedua ibu bapa anda sebaik mungkin. Sementara mereka masih hidup ini, cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh.

Sebenarnya banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu bukan sahaja berbentuk material semata-mata malah, ianya merangkumi elemen spiritual dan hubungan kasih sayang yang perlu ditunjukkan oleh setiap insan bernama ANAK. Apatah lagi jika ibu bapa anda semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Berikut ini seribupilihan kongsikan 10 bakti /kebaikan yang boleh anda lakukan untuk ibu bapa anda :




1. Menghulurkan bantuan kewangan @ material

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.




2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.




3. Memberi kasih sayang


Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.


Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.


Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.




5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya saya lagi. Baginda S.A.W. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya, "Apa lagi?" Jawab Baginda S.A.W. : "Berjihad pada jalan Allah."




6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ;
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud:
"Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."





7. Bercakap dengan lemah lembut


Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah S.A.W. bermaksud:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah S.A.W., dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.







8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.





9. Meluangkan masa bersama-sama


Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.









10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa


Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.


Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. Jangan jadi macam saya, dah meninggal baru nak menyesal.

sumber

Saturday 15 March 2014

Khadijah dengar suara ketika sedekah bacaan Al-Quran untuk #MH370

type='html'>Khadijah Md. Dewi dalam satu komennya di status Facebook Ustaz Ahmad Dusuki telah mengejutkan ramai pengguna media sosial. Beliau berkongsi pengalamannya mendengar suara orang ramai yang menyebut nama Allah dan mengerang kesakitan ketika beliau membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Printscreen seperti dibawah:


Dalam status itu juga, Nar Biel Belikov dalam komennya turut memberitahu pengalaman isterinya yang bermimpi akan terhempasnya sebuah kapal terbang. 

Selain mendapat "likes" yang banyak daripada pengguna Facebook, komen itu turut mendapat respon negatif kerana dianggap kelak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa. 

Mungkin ada benarnya teguran yang dibuat memandangkan perakuan seperti itu sememangnya tidak memberi apa-apa bantuan kepada misi mencari dan menyelamat. 

View the original article here