Pages

Showing posts with label Trafik. Show all posts
Showing posts with label Trafik. Show all posts

Wednesday 19 November 2014

Luahan Hati Polis Trafik Lepas Disaman JPJ Ketika Jalankan Tugas

Luahan Hati Polis Trafik Lepas Disaman JPJ Ketika Jalankan Tugas | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buat hal lagi apabila sikap anggota JPJ yang menggunakan kuasa mereka secara tidak bertanggungjawab telah didedahkan oleh seorang anggota polis trafik.

Kejadian yang berlaku di mana kenderaan polis trafik telah disaman oleh seorang anggota JPJ dan diceritakan di laman Facebook milik anggota polis tersebut.

Sikap anggota JPJ berkenaan menyebabkan anggota polis trafik itu berdukacita dan bakal mewujudkan suasana yang tidak harmoni di antara penguatkuasa di negara ini.


View the original article here

Friday 27 June 2014

Ops Warta Buru Pesalah Trafik

Ops Warta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta mulai Isnin depan, bagi mengesan pesalah trafik tegar di seluruh negara.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata, sasaran utama operasi besar-besaran itu ialah pesalah yang enggan menyelesaikan saman trafik tertunggak berjumlah RM1.9 juta serta waran tangkap yang belum diselesaikan.

“Operasi kali ini juga memberi tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau ‘strobe light’ tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya dalam Facebook PDRM pada Rabu.
Bagaimanapun, katanya, operasi itu tidak akan membabitkan cermin gelap.

Operasi cermin gelap ditangguhkan, sementara menunggu keputusan kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap oleh Kementerian Pengangkutan.

Sumber: TheRakyatPost

View the original article here