Pages

Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Friday 1 August 2014

Kejam, Remaja Palestin Ditembak Sniper Israel Ketika Mencari Ahli Keluarga

Tembak Gaza
Sebuah video menunjukkan seorang lelaki Palestin di tembak berulang kali dan dibunuh oleh penembak tepat (sniper) semasa beliau sedang mencari ahli keluarganya di Shujaiyeh.

Seorang lelaki yang berbaju hijau dan berseluar hitam dilaporkan ditembak oleh “sniper” ketika cuba menyeberang di lorong antara dua bangunan. Beliau juga ditembak dua kali lagi ketika terlantar atas tanah, lapor Thevocket.com

Serangan itu berlaku ketika sukarelawan dan krew penyelamat dalam usaha mencari mayat selepas 14 hari operasi serangan. Organisasi aktivis ‘International Solidarity Movement’ yang merakam dan memuat naik video itu ke internet, menerangkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan:

The Israeli military just shot a Gazan man trying to reach his family, during an announced ceasefire. He was with a group of municipality workers and international human rights defenders who were attempting to retrieve injured people in the Shujaiya neighborhood…. They shot him, and then continued to fire as he was on the ground. We had no choice but to retreat. We couldn’t reach him due to the artillery fire and then he stopped
moving.

View the original article here

Monday 28 July 2014

Briged Al-Qassam Cipta ‘Burung Ababil’ Mengejutkan Tentera Israel


Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membuat kejutan terbaru dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama “Ababil”, sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil.

2



Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!

Sumber: HarakahDaily

View the original article here

Tuesday 22 July 2014

Protes Anti Israel Merebak Ke Seluruh Dunia



371893 anti Israel protest Protes Anti srael Merebak di Seluruh Dunia

PROTES anti Israel marak di seluruh dunia. Hal ini kerana rejim Tel Aviv menekan ke hadapan serangan udara ke Jalur Gaza yang terkepung.

Pada hari Jumaat (18/07/2014), penunjuk perasaan Mesir mengecam kekejaman Israel terhadap warga Palestin di Gaza. Para penunjuk perasaan meminta kerajaan Mesir untuk membantu mangsa pengeboman Israel.

Di Jordan, ribuan orang turun ke jalan-jalan di ibu negara, Amman, untuk mendedahkan perpaduan dengan rakyat Gaza. Para penunjuk perasaan melaungkan slogan-slogan untuk menyokong gerakan rintangan Palestin Hamas yang mengawal Gaza.

Demonstrasi anti-Israel juga digelar di Romania, Itali, Afghanistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Indonesia, dan beberapa negara lain.

Sementara itu, protes kekerasan pecah di Kashmir India, di mana beribu-ribu orang turun ke jalan selepas solat Jumaat untuk menyuarakan kemarahan pada serangan Israel.

Pesawat-pesawat pejuang Israel telah melakukan serangan udara di Gaza sejak 8 Julai. Pada hari Khamis, beribu-ribu tentera Israel juga melancarkan pencerobohan darat ke wilayah Palestin yang berpenduduk padat.

Hampir 310 orang telah terbunuh dalam serangan terkini pencerobohan Israel terhadap Jalur Gaza
. [rika/islampos/presstv]
View the original article here

Sunday 20 July 2014

Gambar Rakyat Palestin Sedang Tidur Kepenatan Melarikan Diri Dari Serangan Israel

Hari ini sudah masuk hari ke-2 tentera Israel melancarkan serangan darat terhadap Gaza. Disini turut dikongsikan beberapa keping gambar rakyat palestin yang sedang tidur kepenatan di  kawasan sekolah setelah melarikan diri daripada serangan Israel di Utara Gaza. - 








Sumber gambar: Twitter.com

View the original article here

Saturday 19 July 2014

Israel Mulakan Serangan Darat Secara Besar-Besaran Terhadap Palestin






Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari ini mengarahkan tenteranya untuk memulakan serangan darat di Gaza, kata satu kenyataan rasmi dari pejabatnya.


Saksi dari Reuters dan penduduk Gaza melaporkan senjata berat, ketenteraan laut dan serangan helikopter boleh dilihat di sepanjang sempadan Gaza.


"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan IDF untuk memulakan operasi darat malam ini untuk menyerang pengganas dari Gaza ke Israel," kata kenyataan itu.








Kepulan asap kelihatan setelah Israel mengumumkan serangan darat - Gambar BBC

Dia berkata matlamatnya adalah untuk "mewujudkan satu realiti di mana penduduk Israel boleh hidup dalam keadaan selamat dan aman tanpa keganasan berleluasa yang berterusan, manakala memberi satu tamparan yang hebat kepada infrastruktur keganasan Hamas".

Serangan itu adalah selepas 10 hari Israel melancarkan serangan udara ke bumi Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin.

Tentera Israel berkata Gaza telah melepaskan lebih 1,300 roket ke Israel, dan pegawai-pegawai kesihatan Palestin berkata 233 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tentera laut Israel. Seorang awam Israel telah dibunuh oleh serangan dari Gaza. - SiakapKeli.com

View the original article here

Friday 4 April 2014

MH370: Penyiasat Jepun Bongkar Penglibatan ISRAEL dan George Soros


Kembar MH370 - Penyiasat Jepun Bongkar Penglibatan Israel dan Soros | Ia bukan semata-mata satu kebetulan, apabila rahsia mengenai peranan Mossad dalam rampasan MH370 sudah mula meletup, apabila kedutaan dan konsulat Israel tiba-tiba ditutup disebabkan oleh kononnya "satu mogok oleh kakitangan diplomatik".

Alibi ini diwujudkan bertujuan untuk menghalang agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh Asia dan dunia Barat untuk menyoal ejen perisikan Israel dan tenteranya mengenai keberadaan dan nasib beratus-ratus penumpang MH370.


Kor diplomatik negara Yahudi itu seperti menyembunyikan kepalanya ke dalam cangkerang kura-kura, mungkin kerana terkena hentakan kuat daripada seorang wartawan penyiasatan, Christopher Bolly, yang sebelum ini telah mendedahkan tentang penglibatan tangan Israel di belakang serangan 11 September.

Berdasarkan laporan saksi dari rangkaian pemerhati kapal terbang di Eropah dan Israel, Bollyn juga tekah melaporkan bahawa wujud model pengeluaran yang serupa dengan Malaysia Airlines Boeing 777 sekarang tersimpan di dalam bengkel lapangan terbang Tel Aviv.

Syarikat Boeing yang berpangkalan di Seattle sentiasa memasang pesawat secara berpasangan sebagai satu amalan standardnya, tetapi persoalannya ialah bagaimana sebuah jet telah disewabeli oleh syarikat Penerbangan Malaysia manakala sebuah lagi yang hampir sama diserahkan secara rahsia kepada kerajaan Israel tanpa sebarang pesanan-belian daripada syarikat penerbangan El Al yang dikendalikan oleh negara tersebut.

Bollyn telah membongkar fakta bahawa kedua-dua jet itu telah dihantar ke sebuah syarikat pihak ketiga, yang pengurus atasannya mempunyai hubungan akrab yang cukup lama dengan George Soros.

Dari garis masa peristiwa, ia adalah jelas bahawa pemindahan pesawat dan rampasan pesawat berikutnya adalah sebahagian daripada satu strategi yang lebih besar, bertujuan untuk :

Pertama, satu serangan dengan bendera palsu (false-flag) yang dirancang melibatkan pembunuhan beberapa orang rakyat Amerika (di atas pesawat) dan yang akan dipersalahkan nanti ialah kedua-dua rakyat Iran yang turut berada di dalam pesawat MH370 tersebut, bagi meminta Rumah Putih meluluskan ketetapan supaya serangan udara terhadap kemudahan nuklear dan pertahan udara Iran dapat dilakukan

Kedua, kecurian terang-terangan terhadap teknologi utama yang berkaitan dengan mikrocip Kinesis Freehold Semiconductor, pengawalmikro paling kecil di dunia, untuk digunakan dalam sistem persenjataan yang akan memastikan tentera Israel sentiasa unggul selama beberapa dekad akan datang.

Umpan dan Pementik

Mengapa Israel perlu melakukan serangan bendera-palsu dengan merampas pesawat-kembar Malaysia, sedangkan satu pesawat sudah memadai untuk muslihat ini? Pesawat yang masih baik di Tel Aviv akan dipasang semula dengan pemasangan secara rahsia, avionik terkini (elektronik penerbangan, peluru DU dan bahan letupan bersuhu tinggi), namun bukti rekaan yang berasal dari Malaysia amat diperlukan bagi menyempurnakan muslihat ini.

Oleh itu, tag logam dan bahagian-bahagian lain yang dikenalpasti perlu dikeluarkan daripada MH370, bersama-sama pembalut tempat duduknya, pakaian seragam anak kapalnya dan mayat kedua-dua rakyat Iran, yang dibekukan di rumah mayat. Penipuan ini akan menjadi lengkap apabila jenama pesawat Malaysia digantikan dengan pelekat El Al.

Rencana kulit majalah TIME dan New York Times akan terbang semudah pesawat jet yang ditawan, menerbitkan tajuk seperti "Perampas Iran menawan kru pesawat dan menerbangkan jet ke lapangan tentera di Iran. Kemudian Pengawal Revolusi memuatkan pesawat dengan tong-tong minyak untuk satu misi bunuh diri terhadap orang awam yang tidak bersalah dan ahli Kongres kita di Washington DC.

Kita meratapi kehilangan Capitol dan Rumah Putih dengan api yang marak menyala yang memusnahkan separuh daripada ibukota yang kita cintai ini, tetapi kita akan menghadapi masa depan dengan penuh keberanian dan akan memberi keadilan terhadap yang negara pengganas tersebut.

Paksi Jahat itu akan berkongsi nasib bersama rakannya . Sekarang, daripada Superdome, mari kita dengar dendangan Lady Gaga menyanyikan Star-Spangled Banner."

Itulah diantara kata-kata semangat yang mampu memukau purata rakyat Amerika untuk keluar daripada sikap anti-perang mereka. Ya, propaganda direka bagi santapan si tolol.

Boeing Melangkah: Kita Tahu Mengapa Kita Di sini

Moto Boeing begitu secocok dengan MH370. Tiada pengeluar pesawat lain (jika dibandngkan dengan McDonnel Douglas sebagai contoh atau Hughes yang telah lama menghilang) lebih dekat dengan perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat. Lebih daripada sekadar sebuah syarikat perniagaan, Boeing sebenarnya adalah sebuah entiti dengan rangkaian kemudahan yang luas di sekitar Seattle dan di setiap lapangan terbang utama di seluruh dunia.

Yang kurang diketahui ialah adalah hubungannya dengan syarikat penerbangan tak ternama yang beroperasi di pulau-pulau terpencil, di mana menjadi rutin bagi mencari anggota badan manusia yang terpotong terapung di dalam Puget Sound. Syarikat itu melayan semua kehendak pelanggan-pelanggannyya, keinginan dan fantasi paling liar, seperti yang dinyatakan dalam ungkapannya yang terdahulu: Sempadan Baru Selamanya (Forever New Frontiers)

Salah satu rekaan barunya adalah pemanduan tanpa juruterbang (remote piloting) untuk pesawat awam, ia berdasarkan kepada teknologi peperangan "drone", yang dibangunkan Boeing dari prototaip yang direka di Israel. Pasangan kembar 777 Malaysia dan Israel adalah dari edisi baru, dan oleh itu ia mampu terbang tanpa wayar.

Boeing menyerahkan jet berkembar ini kepada orang tengah pada bulan Oktober 2013 , yang kemudian menyerahkan salah satunya kepada Malaysia Airlines pada bulan November.

Masa tersebut berkebetulan sama dengan pelantikan Joanne Magruire, seorang eksekutif veteran Bahagian Angkasa Lockheed Martin, menjadi ahli lembaga pengarah Freescale Semikonductors, yang kakitangannya di Kuala Lumpur terlibat di dalam merekabentuk mikrocip Kinesis KL02, berada di pesawat kapal MH370 . Pelan ini berjalan lancar.

Di tulis oleh Yoichi Shimatsu,bekas editor kumpulan Japan Times di Tokyo, seorang penulis sains berpangkalan di Hong Kong. Sumber: Greenboc

 sumber