Pages

Showing posts with label Secara. Show all posts
Showing posts with label Secara. Show all posts

Saturday 19 July 2014

Israel Mulakan Serangan Darat Secara Besar-Besaran Terhadap Palestin






Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari ini mengarahkan tenteranya untuk memulakan serangan darat di Gaza, kata satu kenyataan rasmi dari pejabatnya.


Saksi dari Reuters dan penduduk Gaza melaporkan senjata berat, ketenteraan laut dan serangan helikopter boleh dilihat di sepanjang sempadan Gaza.


"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan IDF untuk memulakan operasi darat malam ini untuk menyerang pengganas dari Gaza ke Israel," kata kenyataan itu.








Kepulan asap kelihatan setelah Israel mengumumkan serangan darat - Gambar BBC

Dia berkata matlamatnya adalah untuk "mewujudkan satu realiti di mana penduduk Israel boleh hidup dalam keadaan selamat dan aman tanpa keganasan berleluasa yang berterusan, manakala memberi satu tamparan yang hebat kepada infrastruktur keganasan Hamas".

Serangan itu adalah selepas 10 hari Israel melancarkan serangan udara ke bumi Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin.

Tentera Israel berkata Gaza telah melepaskan lebih 1,300 roket ke Israel, dan pegawai-pegawai kesihatan Palestin berkata 233 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tentera laut Israel. Seorang awam Israel telah dibunuh oleh serangan dari Gaza. - SiakapKeli.com

View the original article here

Wednesday 19 March 2014

20 Foto: Taeyang Peluk Peminat, Seungri Pula Menyanyi Lagu Hari Jadi Secara Istimewa

type='html'>
Tidak kira berapa kali ahli kumpulan Big Bang hadir ke Malaysia sekalipun, peminat di negara ini tidak pernah jemu memberikan sokongan padu dan tetap juga teruja setiap kali melihat penyanyi kesayangan mereka berdiri di atas pentas.
Biarpun konsert yang berlangsung malam semalam tidak diadakan dalam skala yang besar seperti sebelum ini, namun Sunway Surf Beach yang menjadi lokasi rasmi penganjuran G-Dragon Taeyang Seungri “Thinking Of You” Fan Meeting Show itu tetap dibanjiri dengan peminat-peminat K-Pop tegar.
Sejak dari awal petang lagi mereka sudah berkumpul di hadapan pentas menantikan kemunculan tiga penghibur pujaan dari Korea Selatan itu walaupun dibasahi rintik-rintik hujan.
Taeyang Peluk Peminat Perempuan, Seungri Pula Menyanyi Lagu Hari Jadi Secara Istimewa
Sekitar pukul 7 malam, tiga orang peminat bertuah telah dipanggil naik ke atas pentas untuk bersama-sama dengan G-Dragon, Taeyang dan Seungri dalam satu sesi beramah mesra menerusi permainan Dress Up.
GD, Taeyang dan Seungri digandingkan dengan seorang peminat wanita sebagai pasangan mereka sebelum artis-artis itu diminta memilih kostum comel dan menarik untuk dipakai oleh peminat mereka.
Apa yang membuatkan peminat menjerit teruja atau mungkin juga cemburu ialah apabila Taeyang memeluk mesra salah seorang peminat bertuah yang juga pasangannya untuk permainan itu sewaktu mereka diminta untuk mengambil gambar bersama.
Taeyang Peluk Peminat Perempuan, Seungri Pula Menyanyi Lagu Hari Jadi Secara Istimewa
Dalam masa yang sama, Seungri juga berjaya mengambil hati peminat yang hadir dengan gelagat comelnya di atas pentas sambil ditemani pasangan peminat bertuah yang kebetulan menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari tersebut.
Pada mulanya Seungri agak keberatan untuk menyanyikan lagu Hari Lahir memandangkan suaranya sedikit serak akibat sakit tekak namun atas desakan peminat yang lain, Seungri tetap juga berbuat demikian demi menggembirakan gadis itu di hari istimewanya.
Tidak berapa lama selepas mereka meninggalkan pentas, Taeyang kemudiannya memulakan persembahan pada malam tersebut dengan lagu Superstar, I Need A Girl, Only Look At Me danRinga Linga sambil diiringi sorakan gembira dari pengunjung yang hadir.
Sebaik mengakhiri persembahannya, Taeyang sempat menyatakan rasa teruja kerana berpeluang bertemu dengan peminatnya di sini sekali lagi selain berhasrat untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Taeyang Peluk Peminat Perempuan, Seungri Pula Menyanyi Lagu Hari Jadi Secara IstimewaAdrenalin peminat dibangkitkan lagi sebaik sahaja Seungri muncul di atas pentas dan menyanyikan lagu Let’s Talk About Love + Gonna Talk To U, Strong Baby versi remix, GGBE dan What Can I Do sambil ditemani penari-penari wanita yang rancak menari bersamanya.
Seluruh ruang Surf Beach itu kembali dimeriahkan dengan jeritan dan sorakan kegembiraan sebaik G-Dragon yang lama dinanti kemunculannya mempersembahkan lagu One Of A Kind, Go, Crayondan Crooked tanpa mempedulikan hujan yang turun semakin lebat.
Bukan sahaja GD, peminat juga langsung tidak kisah dibasahi hujan asalkan mereka terhibur malam itu. Malah dapat dilihat, seorang bapa tidak berganjak dari menemani anak perempuannya yang berusia dalam lingkungan 6-7 tahun menonton konsert itu sambil memakai baju hujan.
Tidak hanya terhenti di situ, Taeyang, Seungri dan GD kemudiannya meneruskan persembahan secara bertiga menerusi lagu Let’s Talk About Love dan Bad Boy. Walaupun basah lencun ketika ini namun ketiga-tiga mereka tetap bertenaga hingga ke akhir konsert.
Taeyang Peluk Peminat Perempuan, Seungri Pula Menyanyi Lagu Hari Jadi Secara Istimewa
Cukup sejam masa berlalu, mereka kemudiannya menyampaikan lagu terakhir berjudul Fantastic Baby. Peminat yang masih belum puas berhibur tetap bersorak mahukan persembahan seterusnya namun akhirnya akur apabila diberitahu konsert itu telah tamat.
Meskipun kehadiran Big Bang pada kali ini tidak dilengkapi dengan kemunculan dua ahli lain iaitu Top dan Dae Sung, namun sedikit sebanyak kerinduan peminat terhadap kumpulan itu terubat juga selepas melihat persembahan mantap dari GD, Taeyang dan Seungri.
Bagi yang tidak berkesempatan menonton persembahan mereka secara langsung malam semalam, jom tengok foto-foto yang dirakam oleh penganjur di bawah ini.

Taeyang Peluk Peminat Perempuan, Seungri Pula Menyanyi Lagu Hari Jadi Secara Istimewa

View the original article here