Pages

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Friday 1 August 2014

Kejam, Remaja Palestin Ditembak Sniper Israel Ketika Mencari Ahli Keluarga

Tembak Gaza
Sebuah video menunjukkan seorang lelaki Palestin di tembak berulang kali dan dibunuh oleh penembak tepat (sniper) semasa beliau sedang mencari ahli keluarganya di Shujaiyeh.

Seorang lelaki yang berbaju hijau dan berseluar hitam dilaporkan ditembak oleh “sniper” ketika cuba menyeberang di lorong antara dua bangunan. Beliau juga ditembak dua kali lagi ketika terlantar atas tanah, lapor Thevocket.com

Serangan itu berlaku ketika sukarelawan dan krew penyelamat dalam usaha mencari mayat selepas 14 hari operasi serangan. Organisasi aktivis ‘International Solidarity Movement’ yang merakam dan memuat naik video itu ke internet, menerangkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan:

The Israeli military just shot a Gazan man trying to reach his family, during an announced ceasefire. He was with a group of municipality workers and international human rights defenders who were attempting to retrieve injured people in the Shujaiya neighborhood…. They shot him, and then continued to fire as he was on the ground. We had no choice but to retreat. We couldn’t reach him due to the artillery fire and then he stopped
moving.

View the original article here

Sunday 20 July 2014

Gambar Rakyat Palestin Sedang Tidur Kepenatan Melarikan Diri Dari Serangan Israel

Hari ini sudah masuk hari ke-2 tentera Israel melancarkan serangan darat terhadap Gaza. Disini turut dikongsikan beberapa keping gambar rakyat palestin yang sedang tidur kepenatan di  kawasan sekolah setelah melarikan diri daripada serangan Israel di Utara Gaza. - 








Sumber gambar: Twitter.com

View the original article here

Saturday 19 July 2014

Israel Mulakan Serangan Darat Secara Besar-Besaran Terhadap Palestin






Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari ini mengarahkan tenteranya untuk memulakan serangan darat di Gaza, kata satu kenyataan rasmi dari pejabatnya.


Saksi dari Reuters dan penduduk Gaza melaporkan senjata berat, ketenteraan laut dan serangan helikopter boleh dilihat di sepanjang sempadan Gaza.


"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan IDF untuk memulakan operasi darat malam ini untuk menyerang pengganas dari Gaza ke Israel," kata kenyataan itu.








Kepulan asap kelihatan setelah Israel mengumumkan serangan darat - Gambar BBC

Dia berkata matlamatnya adalah untuk "mewujudkan satu realiti di mana penduduk Israel boleh hidup dalam keadaan selamat dan aman tanpa keganasan berleluasa yang berterusan, manakala memberi satu tamparan yang hebat kepada infrastruktur keganasan Hamas".

Serangan itu adalah selepas 10 hari Israel melancarkan serangan udara ke bumi Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin.

Tentera Israel berkata Gaza telah melepaskan lebih 1,300 roket ke Israel, dan pegawai-pegawai kesihatan Palestin berkata 233 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tentera laut Israel. Seorang awam Israel telah dibunuh oleh serangan dari Gaza. - SiakapKeli.com

View the original article here