Pages

Showing posts with label Dirogol. Show all posts
Showing posts with label Dirogol. Show all posts

Saturday 15 November 2014

Lelaki 19 Tahun Buat Laporan Polis Dakwa Dirogol Wanita


Salinan laporan polis lelaki berumur 19 tahun yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang wanita di Wangsa Maju.

Seorang lelaki berumur 19 tahun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi mendakwa dia telah dirogol oleh seorang wanita di Wangsa Maju Jumaat lepas.

Gambar salinan laporan polis itu telah tersebar di internet hari ini bagaimanapun terdapat unsur pelik di dalam laporan yang diberikan pengadu.

Menurut pengadu, pada kira-kira pukul 10.30 malam, dia bersama rakannya sedang makan di sebuah restoran di Wangsa Maju sebelum dia didatangi seorang wanita dan meminta menghantarnya ke rumah.

Dia mengatakan bahawa dia tidak mahu menghantar wanita itu tetapi terus dipaksa.

“Kemudian, saya bersetuju hantarnya ke rumah di Wangsa Delima 3, Wangsa Maju dengan kereta.

“Ketika sampai di hadapan rumahnya (ketika masih dalam kereta), wanita itu telah peluk dan cium saya, saya menolak tetapi dia tetap cium saya dengan ganas
,” kata pengadu di dalam laporannya.

Menurutnya lagi, wanita itu kemudian telah membuka seluarnya dan seluar pengadu lalu naik ke atas lelaki itu sebelum memasukkan kemaluan pengadu ke dalam kemaluannya.

10 minit kemudian dia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya,” kata pengadu.

Tidak diketahu sejauh mana kesahihan laporan yang dibuat oleh pengadu yang mengatakan bahawa dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan ganas kerana jika benar dia enggan, pengadu boleh sahaja keluar dari kenderaan berkenaan.

Pengadu dilihat mengenali wanita itu berdasarkan nama penuh yang diberikannya di dalam laporan polis.



Di laman Facebook, ada yang mengatakan di ruangan komen bahawa lelaki itu dikatakan membuat laporan polis dirogol untuk mengelakkan wanita berkenaan membuat dakwaan rogol ke atasnya sebagai melepaskan tanggungjawab.

Daripada laporan polis, memang ada banyak lagi kejadian dalam insiden itu yang tidak diceritakan oleh pengadu.





mynewshub.my

View the original article here

Saturday 19 July 2014

Pelajar Diugut, Dan Dirogol Teman Lelaki






gambar hiasan


MIRI – Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lalu, menurut polis.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu.

Mangsa membuat laporan polis pada hari ini, katanya kepada Bernama.


Katanya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan polis sedang memburu suspek.
Gan berkata sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek.

Beliau berkata, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol, lapor Bernama.sumber

View the original article here

Sunday 11 May 2014

Bahaya! Ramai Isteri Seksi Tak Sedar Dirogol Dan Hamil Zuriat JIN

Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat.

Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah.

Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.








View the original article here

Wednesday 19 March 2014

Gadis 13 Tahun Rela Dirogol, Anak Kini Berusia 3 Tahun…

type='html'>GEORGETOWN – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol seorang kanak-kanak pada 2009.
   
Hakim Zulhasni Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hazri Abdul Ghafor 28, selepas mengambil kira kepentingan awam dan pengakuan bersalah tertuduh.
   
Mohd Hazri yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu pada Mac 2009 di sebuah blok Flat Kampong Melayu, Air Itam dan disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam prosiding hari ini Timbalan Pendakwa Raya S. Selvaranjini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Katanya walaupun perbuatan itu dikatakan dipersetujui mangsa tetapi usia mangsa ketika itu baru 13 tahun dan dia masih tidak berfikiran matang.
   
Sementara itu peguam bela Mohd Hazri, Rosli Ismail memohon mahkamah menimbangkan hukuman lebih ringan kerana pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah.
    
Katanya Mohd Hazri yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut kesal dengan perbuatannya dan mahu bertanggungjawab terhadap mangsa serta anak yang kini berusia tiga tahun hasil daripada perbuatan itu.
   
“Mangsa dan tertuduh berkawan, perbuatan itu adalah atas kerelaan mangsa dan tiada kekerasan fizikal terhadap mangsa. Pengakuan salah daripada tertuduh telah mengelakkan mangsa daripada trauma,” katanya.  
    
Mahkamah juga diberitahu bahawa mangsa kini menjalani program pemulihan di sebuah Sekolah Tunas Bakti. – Bernama *Gambar Hiasan

View the original article here