Pages

Showing posts with label Teman. Show all posts
Showing posts with label Teman. Show all posts

Thursday 27 November 2014

3 Foto mesra Chacha Maembong dengan teman lelaki

Dalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 minggu kedua semalam, Chacha Maembong yang dilihat mesra bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasihnya di belakang kerusi juri program berkenaan berjaya dirakam.


Ini menimbulkan tanda tanya mengenai identiti jejaka tersebut yang kami lihat amat intim jika berdasarkan beberapa keping gambar atau screenshot di bawah.

Sumber gambar : Page Media Hiburan













View the original article here

Friday 29 August 2014

Kerana Barang Tersebut Palsu Wanita Ini Membaling Begnya Ke Arah Teman lelakinya



Pada masa ini, sudah banyak produk fashion yang kelihatan sama dengan kebanyakan produk branded dan mahal. Namun, mereka yang taat boleh mengetahui mana produk asli dan palsu.

Hal seperti ini pun boleh menjadi sebuah polemik dalam hubungan cinta. Contohnya yang berlaku di China baru-baru ini. Seorang wanita khabarnya melemparkan beg tangan branded pemberian teman wanitanya, kerana tahu bahawa barang itu palsu.

Awalnya, wanita ini tak sedar bahawa apa yang ia kenakan adalah barang KW aka tidak original. Teman lelaki adalah orang luar negeri dan ia mengatakan bahawa beg itu dibeli di luar negeri. Maka wanita ini mengira beg tersebut adalah barang mahal dan original.

Ia pun membawanya ke tempat penilai barang-barang mewah. Namun, di sana penilai barang itu mengenali bahawa beg wanita tersebut palsu. Entah merasa shock atau malu, wanita itu pun datang ke teman wanitanya dan langsung membaling beg itu ke arahnya.

View the original article here

Friday 1 August 2014

Niat murtadkan teman wanita



  • Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini.Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini.

 1 / 1 

GEORGETOWN - Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya.

Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan.

“Saya tinggal di perkampungan orang Melayu dan amat sukakan cara hidup mereka, sehinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya.

Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.

“Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya, sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat, maksudnya saya lebih baik dan dari situ
saya membenci Islam.

"Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” katanya.

Terlalu cinta teman wanita

Namun wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah itu lebih bijak dan berfikir panjang.

Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan.

“Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.

“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” katanya.

Disebabkan terlalu mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk belajar selok-belok Islam.

Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik.

Islam tidak hina Isa

Azley berkata, dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan.

Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan.

“Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa, dan itu membuatkan saya terkedu, sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad.

“Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa, saya begitu kagum, dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja.

“Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid
USM,” katanya.


Tidak tanggal rantai

Ceritanya bukan berakhir di situ saja, Azley berkata, terdapat kenangan yang begitu menjadikannya emosional.

“Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya.

“Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya.

Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya.

Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat.

Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun ALLAH lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza.

Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam.

“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” katanya.

View the original article here

Saturday 19 July 2014

Pelajar Diugut, Dan Dirogol Teman Lelaki






gambar hiasan


MIRI – Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lalu, menurut polis.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu.

Mangsa membuat laporan polis pada hari ini, katanya kepada Bernama.


Katanya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan polis sedang memburu suspek.
Gan berkata sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek.

Beliau berkata, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol, lapor Bernama.sumber

View the original article here