Pages

Showing posts with label ramai. Show all posts
Showing posts with label ramai. Show all posts

Monday 24 November 2014

Gambar Di Sebelum Dan Hari Kematian Arwah P.Ramlee Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Ramai (9 Gambar)

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.
Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.

PERMULAAN KERJAYA SENI

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang

Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

PERKAHWINAN

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.

Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

ANAK ANAK

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

MENINGGAL DUNIA

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Gambar P-Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat:


SOLAT JENAZAH







Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia



Semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. 



View the original article here

Tuesday 18 November 2014

3 Gambar; Artis Wanita Bertudung MEROKOK Di Khalayak Ramai!!!


Sudah semestinya seorang artis atau selebriti mempunyai tanggungjawab sosial untuk menjadi contoh dan pedoman kepada peminat. Namun, sebagai peminat anda seharusnya lebih bijak mengambil pengajaran daripada artis dan selebriti kesukaan anda.



View the original article here

Tuesday 15 July 2014

Ramai Wanita Kini Sudah Hilang Harga Diri

Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.

Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa.

Hujung minggu baru ni, saya ke sebuah pasar segar berhambiran rumah saya. Ketika beratur di kaunter bayaran, terdengar suara seorang wanita awal 20-an menyoal tentang tanda harga kepada seorang pekerja kaunter sebelah saya. Saya memandang, sekadar nak kenal pemilik suara. Terkejut dan tiba-tiba saya rasa amat malu kerana terpandangkan pakaiannya: bajunya pendek menampakkan pusat dan pinggang seluarnya berada di bahagian bawah perut.

Sungguh, jika tertarik sikit sahaja pun, pasti akan menampakkan alat sulitnya. Ya Allah!! Terasa kudung kepala saya tika itu. Dalam cubaan bersahaja, lelaki yang disoal wanita tadi tiba-tiba bersuara: seluar kau dah londeh tu. Kang aku naik geram, jangan nak salahkan aku pulak!! Ya Allah!!! Saya rasa macam nak lari sahaja dari situ. Malu… malu sangat!! Tapi wanita tadi, saya dengar tergelak manja. Astaghfirullah!! Apa dah jadi? Ke mana perginya rasa malu di dalam diri?

Semalam, dalam perjalanan balik dari kerja, ketika bergerak perlahan dalam kesesakan jalan raya, melintas di hadapan kereta kami (saya dan adik-adik berkongsi kereta) sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan muda. Wanita muda tersebut memakai baju pendek dan seluarnya pula menampakkan belahan lubang duburnya ketika membonceng motosikal tersebut.


Sekadar gambar hiasan

Sungguh! Kalau dimasukkan sebatang pen, pasti akan terlekat kuat dan tak jatuh walau motosikal dipandu laju. Adik saya yang memandu kereta berusaha ingin mengejar motosikal tersebut, nak khabarkan lubang duburnya dah dilihat orang tapi, mana mungkin sebuah kereta dapat menegjar motosikal tika kesesakan sedemikian.

Itu dua kes yang terdekat. Sebelum ini pun dah banyak kali saya nampak. Cuma sejak kebelakangan ini makin banyak pula kes wanita berpakaian tetapi bertelanjang dan membuatkan saya berfikir, ke mana perginya harga diri anda sebagai wanita? Kenapa nak dedah? Cantik sangatkah punggung anda tu? Lawa sangatkah pusat anda tu? Itu belum lagi yang sesenang hati mendedahkan belakang badan, bahagian dada malah bahagian paha?

Allahu akbar!! Tak ada lagikah rasa malu di dalam diri?

Yang paling menyedihkan, kebanyakan yang berpakaian tetapi bertelanjang ini adalah wanita Melayu yang kebanyakannya tahu dan faham sangat dengan hukum menutup aurat? Kalau lah tak nak ikut saranan hukum syarak agar menutup aurat pun, berpeganglah dengan prinsip budaya timur yang terkenal dengan adab dan sopan!!

Kalau dah berpakaian mendedahkan alat sulit sendiri, sopan apa lagi?? Ada pulak yang berpakaian dan cantik menutup semua aurat yang wajib ditutup tetapi berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan. Kalau yang kering tu, tak la ngeri sangat.

Tapi ada yang berbadan besar dan gempal. Bak kata Mr Os dalam sebuah filem tika saya remaja dulu (tak ingat apa tajuknya): dia punya ‘bumper’, kalau buat kari, 10 biji kelapa pun tak cukup… dah susuk badan macam tu, masih lagi nak berpakaian mengikut bentuk badan!! Seramnyaaa!!!

Jangan salah faham….

Saya bukan menghina! Apa yang saya bincangkan ini adalah satu hakikat, satu kebenaran. Saya sendiri bersusuk badan besar, bertudung labuh menutup dada tetapi jika sesekali angina bertiup hingga pakaian melekat di badan, saya dah kalut nak betulkan! Kenapa? Sebab saya malu menampakkan susuk badan saya. Kalau mempunyai susuk tubuh badan yang cantik pun, tak perlu nak tunjukkan kepada umum. Cukuplah pamerkan kecantikan tersebut kepada suami anda.

Mungkin ada yang berpandangan: alaa, ada kes perempuan pakai tudung pun kena rogol jugak!! Ya! Saya akui kebenaran tersebut. Tahukan anda, kenapa jadi begitu? Sebab sikap dan perangai wanita yang tak ada harga diri, sesuka hati mendedahkan aurat dan susuk badan mereka kepada lelaki ajnabi.

Dah kalau anda dah selalu dedah dan pamerkan, manalah nak tarikh perhatian lagi sebab dah tak ada harga!! Rasa teringin yang anda mulakan di dalam naluri lelaki jahat inilah, dilampiaskan kepada wanita-wanita yang berusaha menjaga maruah dan harga diri. Sebab itulah ada kes wanita bertudung menjadi mangsa seks lelaki buas. Jika tidak ada yang mendedahkan, takkan ada keinginan berunsur kebinatangan di dalam diri lelaki!!

Tak perlulah nak dedah lagi!! Tak guna buat pameran percuma, lelaki tengok pun tak teringin nak pilih anda sebab dah pasti, terpaksa berkongsi dengan lelaki lain! Ya lah!! Lelaki lain pun boleh tengok? Apa lagi yang istimewanya?? Lantas… jika bukan anda yang menjaga harga diri anda sendiri, siapa lagi!!

Artikel ini ditulis oleh: Suzana Ghazali

Penulis adalah seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie

Aktif memberikan ceramah dan kursus berkaitan motivasi diri, kerjaya, pendidikan, perkahwinan, keibubapaan, diskusi undang-undang dan guaman syarie pernah menjadi Panel jemputan di RTM, Media Prima dan Astro.

Berpengalaman mengendalikan kes-kes rumahtangga sejak 1998.

*Artikel ini sebenarnya ditulis beberapa tahun lepas tetapi ingin kami kongsikan semula untuk tatapan dan renungan buat para pembaca HarianBlogger.Com

Kredit Blog: Suzana Ghazali
View the original article here

Tuesday 1 July 2014

3 Gambar Lelaki Ditembak Mati Depan Khalayak Ramai

Hukuman terhadap para penjenayah di negara-negara Timur Tengah memang terkenal keras. Namun, hukuman terhadap pesalah di Yaman ini benaar-benar mengerikan dan membuat sesiapa merasa takut.

Seorang lelaki tukang gunting rambut yang tidak diketahui identitinya ini dijatuhi hukuman mati setelah membunuh dan mencacatkan budak lelaki berusia 11 tahun yang memasuki kedai potong rambutnya. Ia berkeras bahawa si budak tersebut hendak mencuri.











 Tertuduh diperkenankan menjalankan solat untuk terakhir kalinya
                  
Lelaki  malang ini dijatuhi hukuman mati dengan dieksekusi menggunakan senapan mesin otomatis AK-47 sebanyak 4 tembakan di belakang kepalanya di hadapan orang banyak di tengah bandar ibukota, Sanaa pada pertengahan September 2013.






Polis Yang  melaksanakan si terdakwa dengan serangan senapang AK-47 di hadapan banyak orang (gambar selepas ditapis disini)

Benar-benar merupakan sebuah eksekusi mati yang kejam, namun dirasa boleh membuat para penjahat berpikir seribu kali untuk berbuat jahat.(Daily Mail, Mirror)


sumber:

Tuesday 24 June 2014

DEMI PIALA DUNIA FIFA 2014 KERAJAAN BRAZIL SANGGUP BUNUH RAMAI ANAK-ANAK JALANAN






HARGA nyawa anak-anak jalanan bagaikan tikus yang tidak bernilai...
KEJAM! TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN! SADIS!!!

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan siapa mereka jika berita ini adalah benar belaka. 







LAPORAN DARI PORTAL cyberwarzone.com
Dikatakan, menjelang Piala Dunia FIFA 2014 polis-polis Brazil  giat membersihkan ramai anak-anak jalanan agar suasana persekitaran jalan itu kelihatan bersih ketika mereka menyelenggarakannya nanti.



Menurut sumber mereka 'dibersihkan' dengan cara ditembak mati 'on the spot'. Itulah fakta mengerikan yang terpaksa mereka laksanakan dan ianya menggambarkan betapa zalimnya kerajaan Brazil dengan pemerintahan kapitalisme yang menganggap nyawa manusia langsung tidak berharga demi mengaut keuntungan.

KEMPEN MEMBERSIHKAN BANDAR DARI GELANDANGAN.

Itulah bukti jika undang-undang dan aturan dibuat manusia hanya memikirkan materialistik dan kewangan semata-mata tanpa melihat dari sudut keagamaan dan norma-norma kehidupan. 

"Nao Vai Ter Copa". Video ini telah dibuat untuk menghentikan 'PIALA DUNIA FIFA 2014' di Brazil. Lihat mesej video.


Oleh:Namialus_2020
Sumber:cyberwarzone.com
Video:Youtube

View the original article here

Monday 12 May 2014

TOLONG SEBARKAN!! Ramai Dah Mati Disebabkan Pad Wanita

Adakah anda tahu bahawa pad pakai buang yang biasa digunakan bahaya untuk pengguna?
Pad telah dicemari oleh toksik ( dioksin ) yang boleh memasuki badan anda dan perlahan- lahan melalui peredaran darah, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkumpul dan membunuh anda dalam diam. Kemudian apa yang berlaku? Anda sudah tahu jawapannya.



56 perempuan mati sebab guna pad whisper, stayfree etc.. Guna satu pad untuk sepanjang hari sebab bahan kimia terpakai dalam ultra napkins(pad).. yang tukarkan cecair kepada gel.. Itu menyababkan kanser dalam pundi kencing dan rahim.. So, tolong guna pad daripada cotton, dan jika guna ultra pad, tolong tukar sekurang-kurangnya setia 5 jam.. Jika masalama, darah period akan menjadi kehijauan, dan bektiria terbentuk akan memasuki rahim dan badan.. Jadi jangan malu untuk foward mesej ini kepada semua kawan-kawan termasuk lelaki dan perempuan, so mereka boleh share dengan kawan-kawan, isteri dan sesiapa sahaja yang diorang care.. Elak kanser payudara, jaga anak-anak anda, basuh bra setiap hari, jangan gunakan bra hitam ketika musim panas, jangan guna bra semasa tidur.. Elakkan penggunaan bra dawai yang kerap. Sentiasa tutup dada anda dengan skarf or tudung ketika bawah sinaran matahari. Gunakan deodorant yang bukan mengandungi anti perspirant. Ini ialah mesej perkhidmatan awam dari Tata Cancer Hospital.








 Share kepada semua teman perempuan yang anda sayang tanpa ragu- ragu, kepada kawan-kawan perempuan yang anda kenal. Perhatian kepada wanita, jangan mandi dan basuhkan kepala anda untuk 3 hari pertama period, bahaya. Dibuktikan oleh sains perubatan, 80% wanita mati ketika beranak disebabkan oleh dinding rahim yang membengkak sebab mandi ketika awal kitaran haid. Tolong jangan ragu-ragu untuk inform kepada semua wanita!!!!
I share because i CARE.. =)

Sunday 11 May 2014

Bahaya! Ramai Isteri Seksi Tak Sedar Dirogol Dan Hamil Zuriat JIN

Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat.

Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.

Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah.

Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.








View the original article here

Friday 25 April 2014

5 NEGARA PALING RAMAI PELACUR [...MALAYSIA,]

5 Negara Asia Paling Ramai Pelacur. 

M'sia Lebih Tinggi Dari Thailand.
SECARA mengejutkan lima negara di Asia masuk dalam jajaran negara paling ramai pelacur. Hal ini seperti dilansir dalam situsliveandinvestoverseas.com oleh peneliti pelancongan sekaligus penulis Denis Foynes. 
Menurutnya seks sudah menjadi satu hal ditawarkan dan sekitar tiga juta orang sejagat rutin mencari dan menjadi pelaku pelancong seks. Menurut Foyes sejagat juga memiliki 25 agen seks untuk turis secara resmi bermarkas di Kota Miami, New York, dan San Diego, seluruhnya di Amerika Syarikat namun melayani hingga wilayah bumi lain.
Dari data dikumpulkan Foynes, berikut negara Asia paling banyak pelacurnya. Jumlah itu berbanding 10 ribu orang. Berikut ulasannya.

1. Korea Selatan


Foynes melapor110 dari 10 ribu orang Korea Selatan adalah pelacur. Awalnya hanya beberapa kawasan dibolehkan wanita menjajakan diri namun akhirnya tiap distrik pun ada organisasi pelacurnya. Jika ini jumlah yang valid, maka dengan populasi 50 juta penduduk Ibu Kota Seoul, Korea Selatan memiliki 550 ribu pelacur. 

2. Filipina
Kelab malam dan kafe remang-remang memang salah satu pelancungan yang ditawarkan di Filipina. Para perempuan bekerja menjadi pelayan bar namun tidak murni. Banyak dari mereka juga menjajakan diri.?

Filipina tidak melegalkan prostitusi. Menurut Foynes sekitar 85 orng dari 10 ribu penduduk Filipina menjadi pelacur. Saat ini populasi negara itu 97 juta. Itu ertinya sekitar 800 ribu orang di Filipina menjadi wanita pelacur.

3. China.


Pelacuran menjadi ilegal di China namun mereka sering dibiarkan lantaran mereka mampu memberikan devisa bagi negara sekitar lima persen, sebab banyak pengguna jasa wanita ini ternyata para turis?
Dengan populasi 1.3 miliar warga China sekitar 60 orang berbanding 10 ribumenjadi pelacur. Ertinya China mempunyai 7.8 juta wanita pelacur.

4. Malaysia. 
Ternyata meski berdasar hukum pada agama tertentu, Malaysia memiliki jumlah pelacur yang tidak sedikit. Sekitar 52 orang per 10 ribu penduduk dengan populasi 30 juta membuat negara ini memiliki jumlah wanita ini sebanyak 156 ribu jiwa.

Bahkan Amerika Syarikat telah memasukkan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi dengan kekerasan. Di negara ini pula banyak didapati pelacuran kanak-kanak.

5. Thailand

Sekitar 45 orang dari 10 ribu warga Thailand melacurkan diri. Meski ilegal namun pemerintah Negara Gajah Putih sangat bertoleransi, pada hal ini lantaran menarik banyak pelancung untuk datang menikmati sajian seks.

Di pelbagai tempat pelancungan di Thailand hampir saban malam terjadi pesta dan di kehingar bingaran inilah prostitusi terselubung kerap terjadi. Para penjaja cendera hati pun sering menyewakan, tempat mereka bagi turis ingin melepas syahwat namun dana terbatas. Dari jumlah telah disebutkan berbanding dengan populasi 67 juta bererti sekitar 299 ribu orang Thailand jadi pelacur.

Kesimpulan:

Nampaknya, walaupun Malaysia mengaku negara Islam, tetapi lebih tinggi kadar pelacurannya dari Thailand antara 5 negara paling tinggi kadar pelacuran di Asia. Yakni Malaysia 52 orang per 10 ribu penduduk, sedangkan Thailand sekitar 45 orang dari 10 ribu. Indonesia tidak termasuk 5 negara paling tinggi kadar pelacuran di Asia. Dari sudut ini, Malaysia lebih 'boleh' dari Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain negara Asia.


sumber