Pages

Showing posts with label pelacur. Show all posts
Showing posts with label pelacur. Show all posts

Friday 28 November 2014

Screenshot inspektor buat laporan polis selepas langgan pelacur?

Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.



Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana duit miliknya telah dicuri.



Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.



Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di bilik air.

Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli!






Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.



Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri.



Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat larangan agama Islam ini seolah-olah diperkotak-katikkan.



Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran.



Sumber asal : Blog Newsredapple






View the original article here

Wednesday 10 September 2014

Pelacur Sorok Jam Rolex Dalam Kemaluan



Las Vegas – Tiga wanita ditahan di sini selepas mereka mencuri dua jam Rolex dan menyorokkannya di dalam kemaluan mereka.

Polis berkata, ketiga-tiga wanita itu mulanya memasuki bilik dua tetamu sebuah hotel di Las Vegas, memberi arak dan melakukan aksi seks dengan mangsa sebelum cuba melarikan diri bersama-sama jam mahal itu.

Bagaimanapun, Bryanna Warren, 23, Trinity Kennard, 23 dan Charmella Triggs ditangkap selepas CCTV dalam lif di hotel kasino Encore merakam dua wanita itu menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluan masing-masing.

Menurut laporan polis, kejadian bermula dengan Bryanna dan Charmella berfoya-foya bersama-sama seorang pelancong warga India di bar hotel berkenaan.


Mereka kemudian minum di biliknya apabila disertai seorang lagi rakan lelaki terbabit.

Wanita itu kemudian mempelawa rakan mereka, Trinit ke bilik itu.

Polis berkata, seorang wanita itu menanggalkan pakaian seorang lelaki berkenaan dan melakukan aksi seks padanya di bilik berasingan menyebabkan lelaki berkenaan menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £7,500 (RM39,240).

Pada masa sama, seorang lagi wanita melayan tetamu lain, menyebabkan dia juga menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £2,500 (RM13,000).

Menurut polis, seorang mangsa itu menyedari jamnya diambil dan ketiga-tiga wanita itu melarikan diri ke arah lif dengan lelaki berkenaan mengejar mereka.

Seorang wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam menembaknya.

Ketika berada di dalam lif, dua wanita itu dirakam menyelak baju mereka, mencangkung dan memasukkan jam ke dalam kemaluan masing-masing.

Polis menahan wanita itu di luar lif selepas pengawal keselamatan dimaklumkan oleh mangsa.
Jam itu ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas mereka.
View the original article here

Monday 28 July 2014

PANAS..!!! Pengakuan: Rumah tangga hancur punca jadi pelacur



  • Gambar Hiasan.Gambar Hiasan.

 1 / 1 

SUDAH 10 tahun saya berada di Malaysia. Saya pernah berkahwin dengan orang Malaysia dan mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan.

Saya dan suami bertemu jodoh ketika saya bekerja di kedai runcit milik keluarga suami. Ketika itu saya masih muda. Kerana sering menghabiskan masa bersama-sama di kedai runcit, kami telah terlanjur.

Saya hamil. Keluarga suami akhirnya menikahkan kami supaya tidak menjadi umpat keji masyarakat. Di awal perkahwinan, hidup kami bahagia sehinggalah lahir anak kedua. Bermula detik itu perangai suami mula berubah. Mungkin kerana saya warga asing, ibu mentua selalu mengungkit perihal latar belakang saya yang dia tidak tahu.

Akibatnya, saya dan suami selalu bertengkar dan suami sudah mula memukul saya. Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, saya akhirnya bertindak merlarikan diri ke Kuala Lumpur. Di sini, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang berjanji mahu menjaga saya. Tapi saya ditipu dan dirogol sebelum diserahkan ke rumah pelacuran.

Selepas beberapa lama saya akhirnya berjaya larikan diri tapi apa lagi kerja yang mampu saya buat di luar sana selain melacur juga?

Tidak tahu ke mana hendak dituju, saya kembali semula ke tempat kerja asal dan bekerja dengan majikan di tempat pelacuran ini. Kalau tanya mengenai anak-anak, bohonglah jika saya katakan saya tidak rindukan mereka.

Saya amat rindukan mereka. Tapi suami langsung tidak mencari saya setelah sekian lama.

Hefni, 35, mangsa.



Sumber : Sinar

View the original article here

Friday 25 April 2014

5 NEGARA PALING RAMAI PELACUR [...MALAYSIA,]

5 Negara Asia Paling Ramai Pelacur. 

M'sia Lebih Tinggi Dari Thailand.
SECARA mengejutkan lima negara di Asia masuk dalam jajaran negara paling ramai pelacur. Hal ini seperti dilansir dalam situsliveandinvestoverseas.com oleh peneliti pelancongan sekaligus penulis Denis Foynes. 
Menurutnya seks sudah menjadi satu hal ditawarkan dan sekitar tiga juta orang sejagat rutin mencari dan menjadi pelaku pelancong seks. Menurut Foyes sejagat juga memiliki 25 agen seks untuk turis secara resmi bermarkas di Kota Miami, New York, dan San Diego, seluruhnya di Amerika Syarikat namun melayani hingga wilayah bumi lain.
Dari data dikumpulkan Foynes, berikut negara Asia paling banyak pelacurnya. Jumlah itu berbanding 10 ribu orang. Berikut ulasannya.

1. Korea Selatan


Foynes melapor110 dari 10 ribu orang Korea Selatan adalah pelacur. Awalnya hanya beberapa kawasan dibolehkan wanita menjajakan diri namun akhirnya tiap distrik pun ada organisasi pelacurnya. Jika ini jumlah yang valid, maka dengan populasi 50 juta penduduk Ibu Kota Seoul, Korea Selatan memiliki 550 ribu pelacur. 

2. Filipina
Kelab malam dan kafe remang-remang memang salah satu pelancungan yang ditawarkan di Filipina. Para perempuan bekerja menjadi pelayan bar namun tidak murni. Banyak dari mereka juga menjajakan diri.?

Filipina tidak melegalkan prostitusi. Menurut Foynes sekitar 85 orng dari 10 ribu penduduk Filipina menjadi pelacur. Saat ini populasi negara itu 97 juta. Itu ertinya sekitar 800 ribu orang di Filipina menjadi wanita pelacur.

3. China.


Pelacuran menjadi ilegal di China namun mereka sering dibiarkan lantaran mereka mampu memberikan devisa bagi negara sekitar lima persen, sebab banyak pengguna jasa wanita ini ternyata para turis?
Dengan populasi 1.3 miliar warga China sekitar 60 orang berbanding 10 ribumenjadi pelacur. Ertinya China mempunyai 7.8 juta wanita pelacur.

4. Malaysia. 
Ternyata meski berdasar hukum pada agama tertentu, Malaysia memiliki jumlah pelacur yang tidak sedikit. Sekitar 52 orang per 10 ribu penduduk dengan populasi 30 juta membuat negara ini memiliki jumlah wanita ini sebanyak 156 ribu jiwa.

Bahkan Amerika Syarikat telah memasukkan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi dengan kekerasan. Di negara ini pula banyak didapati pelacuran kanak-kanak.

5. Thailand

Sekitar 45 orang dari 10 ribu warga Thailand melacurkan diri. Meski ilegal namun pemerintah Negara Gajah Putih sangat bertoleransi, pada hal ini lantaran menarik banyak pelancung untuk datang menikmati sajian seks.

Di pelbagai tempat pelancungan di Thailand hampir saban malam terjadi pesta dan di kehingar bingaran inilah prostitusi terselubung kerap terjadi. Para penjaja cendera hati pun sering menyewakan, tempat mereka bagi turis ingin melepas syahwat namun dana terbatas. Dari jumlah telah disebutkan berbanding dengan populasi 67 juta bererti sekitar 299 ribu orang Thailand jadi pelacur.

Kesimpulan:

Nampaknya, walaupun Malaysia mengaku negara Islam, tetapi lebih tinggi kadar pelacurannya dari Thailand antara 5 negara paling tinggi kadar pelacuran di Asia. Yakni Malaysia 52 orang per 10 ribu penduduk, sedangkan Thailand sekitar 45 orang dari 10 ribu. Indonesia tidak termasuk 5 negara paling tinggi kadar pelacuran di Asia. Dari sudut ini, Malaysia lebih 'boleh' dari Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain negara Asia.


sumber