Pages

Showing posts with label Pernah. Show all posts
Showing posts with label Pernah. Show all posts

Monday 24 November 2014

Gambar Di Sebelum Dan Hari Kematian Arwah P.Ramlee Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Ramai (9 Gambar)

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.
Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.

PERMULAAN KERJAYA SENI

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang

Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

PERKAHWINAN

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.

Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

ANAK ANAK

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

MENINGGAL DUNIA

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Gambar P-Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat:


SOLAT JENAZAH







Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia



Semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. 



View the original article here

Tuesday 15 July 2014

Mengaku pernah hamilkan Selena Gomez


LOS ANGELES, 24 JUN 2014: Sebuah laporan mendedahkan bahawa Justin Bieber pernah menghamilkan 2 orang wanita termasuklah kekasih on-again off again bintang pop tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Justin Bieber pernah menghamilkan Selena Gomez kira-kira 3 tahun yang lalu, namun kandungan itu hilang selepas Selena mengalami keguguran.

Selain itu, Justin juga pernah menghamilkan seorang wanita lain yang dikatakan sebagai peminatnya.

Sumber dalaman memberitahu bahawa pihak pengurusan Justin Bieber sanggup melakukan apa saja untuk menutupi cerita tersebut demi untuk mempertahankan imej penyanyi Baby itu yang benilai USD150 juta.

Sebaik saja mendapat pengesahan bahawa kedua-dua wanita tersebut telah menghamilkan anak Justin Bieber, mereka telah diberikan bantuan kewangan tetapi salah seorang daripadan mereka telah disingkirkan daripada hidup penyanyi kelahiran Kanada yang baru berusia 20 tahun itu.

Sudah tentulah wanita yang disingkirkan itu adalah peminat Justin Bieber.

View the original article here

Friday 20 June 2014

Gambar Bunga Yang Luar Biasa Pelik Yang Mungkin Anda Belum Pernah Lihat

Terdapat banyak tumbuhan pelik atau unik di dalam alam semula jadi, kebanyakan daripada anda mungkin tidak tahu ianya wujud.

Ada yang karnivor atau hanya mekar untuk beberapa jam setiap tahun ... dan beberapa daripadanya benar-benar kelihatan seperti sesuatu yang sangat pelik. Ia adalah satu fenomena yang dikenali sebagai pareidolia.















































View the original article here

Tuesday 8 April 2014

Gambar-gambar yang pernah dilupakan pihak polis

Hina_TG_NIk_AzizMenghina sesiapa sahaja baik rakyat atau pemimpin atau bini pemimpin tentu tak akan akan dipersetujui oleh mereka yang ingat tentang agamanya…
Tindakan wajar pihak polis amat dituntut rakyat. Terkini, wajar bagi polis menahan pemilik akaun FB yang menghina bini PM.
Namun, kerana melibatkan nama Rosmah Mansor bini PM, polis bingkas bertindak, menjadi pantas, cepat dan betul untuk menahan pemilik akaun tersebut. Juga kelihatan tak sabar-sabar nak mendakwanya [di sini].
Namun begitu juga, polis tak menghiraukan atau melupakan apabila penghinaan yang dilakukan ke atas pemimpin pembangkang seperti gambar-gambar di atas. Polis terus menjadi lesu kerana tak pernah kita mendengar ia diambil perhatian oleh pihak polis untuk bertindak.
Oleh itu keadilan pihak polis dituntut bukan hanya untuk Rosmah Mansor tetapi melibatkan semua…

Friday 4 April 2014

Lindsay Lohan Dedah Nama Aktor Yang Pernah Ditidurinya



Lindsay Lohan

Pelakon Lindsay Lohan yang bakat lakonannya mula dicungkil sejak dari usia kanak-kanak lagi, membuat pengakuan berani apabila mendedahkan nama sebilangan besar jejaka popular Hollywood yang pernah menidurinya satu ketika dulu.

Antara yang ada dalam senarai nama tersebut ialah mendiang Heath Ledger, Adam Levine, Orlando Bloom, Ashton Kutcher, Zac Efron dan Benicio Del Toro.


Lindsay yang popular dengan filem Mean Girls walau bagaimanapun hanya mendedahkan sedikit sahaja senarai nama tersebut kerana kebanyakan lelaki yang pernah menidurinya kini sudah berkeluarga.

Lindsay sebelum ini pernah terlibat dengan banyak kes jenayah antaranya penggunaan dadah dan alkohol sehingga memaksanya memasuki pusat pemulihan sebanyak enam kali. -MyNewsHub

View the original article here