Pages

Showing posts with label BRAZIL. Show all posts
Showing posts with label BRAZIL. Show all posts

Monday 14 July 2014

Datuk Bung Mokhtar kongsi gambar coli @ bra perlekeh Brazil

type='html'>Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pernah mencetuskan kontroversi apabila menyamakan pasukan bolasepak Jerman sebagai Adolf Hitler selepas mereka membelasah Brazil 7-1 di laman sendiri.

Kenyataan itu mendapat reaksi negatif dari kebanyakkan pengguna di twitter kerana ia dikatakan menggambarkan cara pemikiran Bung Mokhtar yang tidak matang.

Menariknya, status Bung tersebut turut disebarkan oleh segelintir peminat kepada beberapa akaun Twitter media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al-Jazeera. Ia kemudian mendapat respon dari duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael.
Menurut H.E Holger Michael, kenyataan ahli perlimen itu tidak boleh diterima dan sekadar menggambarkan tahap pemikirannya sendiri. Katanya, dia mengalu-alukan sokongan terhadap pasukan Jerman tetapi menolak untuk menyamakannya dengan pemerintah kejam, Adolf Hitler.

Menyedari statusnya kini tersebar di media antarabangsa, Bung terpaksa tampil memberi penjelasan dengan menulis satu lagi tweet berserta sekeping gambar coli atau bra dalam bahasa inggeris dengan tujuan mengejek pasukan Brazil. - Kredit kepada blog ekeleh.


View the original article here

Wednesday 9 July 2014

Piala Dunia: Brazil ke final, belasah Jerman 7-1

type='html'>Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia, sebentar tadi.

Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Jerman diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.

Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga.




Sumber





View the original article here

Thursday 26 June 2014

Pemuda Brazil Memeluk Islam Semasa Piala Dunia 2014

Takbir, Allahuakbar! Kesungguhan Islamic Education & Research Academy menyampaikan kempen dakwah semasa Piala Dunia 2014 di Brazil berlangsung menampakkan hasil positif apabila pemuda bernama Analdino tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk memeluk Islam.

Analdino

Jom saksikan Analdino ucap 2 kalimah syahadah:



Ikuti kisah beliau:
Analdino menerima Islam di Brazil dengan pasukan kami di Piala Dunia.

Analdino berjumpa dengan kami di San Bento, beliau telah melawat Masjid sebelum di bandar lain dipanggil Brasilia dan dia mendapati ia tempat yang sangat spiritual, selepas perbualan ringkas dan kami memberikan kepadanya al-Quran untuk dibaca. Beliau mengambil Al-Quran dan mencium ia twice.Then kita mengucapkan selamat tinggal dan berpisah. Selepas sedikit manakala kita berubah lokasi dakwah dan pergi ke kawasan lain. Di sana kami bertemu beliau sekali lagi dan kali ini selepas perbualan ringkas beliau mengambil syahadat dengan John Fontain. Dia begitu gembira untuk datang ke dalam lipatan Islam dan beliau berkata umat Islam adalah yang terbaik dan dia memberikan mesej khas kepada Brazil lain tentang Islam.

Artikel Asal:


Analdino accepts Islam in Brazil with our team at the World Cup.

Analdino met us in San Bento, he had visited the a Mosque before in another city called Brasilia and he found it a very spiritual place, after a brief conversation and we gave him the Quran to read. He took the Quran and kissed it twice.Then we said goodbye and parted. After a little while we changed the location of dawah and went to another area. There we met him again and this time after a brief conversation he took shahada with John Fontain. He was so happy to come into the fold of Islam and he said Muslims are the best and he gave a special message to other Brazilians about Islam.

sumber: www.iera.org

View the original article here

Tuesday 24 June 2014

Inilah Gadis-Gadis Cantik Yang Menghiasi Piala Dunia Brazil 2014




Penyokong pasukan Brazil terus bersorak tanpa henti ketika menyaksikan perlawanan kumpulan A di antara Brazil dan Croatia di Corinthians Arena, Sao Paulo pada 12 Jun lalu. — Foto AFP/FABRICE COFFRINI



2

Peminat pasukan Colombia memegang bendera nasionalnya sebelum perlawanan kumpulan C antara Colombia dan Greece bermula pada 14 Jun 2014. — Foto AFP/ARIS MESSINIS



2

Seorang penyokong pasukan Portugal bersorak sebelum perlawanan kumpulan G antara Jerman dan Portugal bermula di Arena Fonte Nova di Salvador, Brazil pada 16 Jun 2014. — Foto AP/Paulo Duarte



2

Teman wanita Mario Balotelli, Fanny Neguesha hadir pada perlawanan bola sepak kumpulan D di antara England dan Itali di Arena da Amazonia di Manaus, Brazil. — Foto AP/Antonio Calanni



2

Empat gadis jelita dari Argentina memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara itu semasa menonton perlawanan Piala Dunia kumpulan F di antara Argentina dan Bosnia-Herzegovina di Maracana, Brazil. — Foto Matthias Hangst/Getty Images for Sony



2

Penyokong Korea Selatan memakai jersi pasukan negaranya turut hadir memberi semangat kepada pasukan Asia itu semasa menyaksikan perlawanan Piala Dunia kumpulan H di antara Korea Selatan dan Rusia pada 17 Jun 2014 di Arena Pantanal, Cuiaba. — Foto Adam Pretty/Getty Images for Sony



2

Peminat setia England bersorak sambil mengibarkan bendera kebangsaan mereka ketika menonton perlawanan Piala Dunia kumpulan D di antara England dan Uruguay di Arena de Sao Paulo pada 19 Jun 2014. — Foto Richard Heathcote/Getty Images for Sony




2

Penyokong dari Honduras ketika menantikan perlawanan Piala Dunia kumpulan E di antara Perancis dan Honduras bermula di Stadium Beira-Rio, Porto Elegre pada 15 Jun lalu. — Foto AFP/RODRIGO ARANGUA



2

Penyokong pasukan Mexico memberi sokongan semasa menonton perlawanan awal kumpulan A di antara Brazil dan Mexico di FIFA FAN FEST yang diadakan di Sao Paulo, Brazil. — Foto EPA/CARLOS VILLALBA RACINES



2

Penyokong Belgium memberi senyuman kepada kamera semasa menyaksikan perlawanan kumpulan H di antara Beligum dan Algeria di Stadium Mineirao, Belo Horizonte pada 17 Jun 2014. — Foto EPA/DENNIS SABANGAN



2


2

Peminat pasukan Jepun menantikan perlawanan Piala Dunia kumpulan C di antara Ivory Coast dan Jepun di Arena Pernambuco, Brazil pada 14 Jun 2014. — Foto AP/Petr David Josek



2

Seorang wartawan dari Korea Selatan sempat mengambil ‘selfie’ ketika menonton perlawanan Piala Dunia antara Mexico dan Brazil di Sao Paulo, Brazil pada 17 Jun 2014. Foto AP/Dario Lopez-Mills



2

Seorang peminat skuad tuan rumah Brazil ceria memberikan sokongan di upacara pembukaan temasya empat tahun sekali itu di Sao Paolo.

DEMI PIALA DUNIA FIFA 2014 KERAJAAN BRAZIL SANGGUP BUNUH RAMAI ANAK-ANAK JALANAN






HARGA nyawa anak-anak jalanan bagaikan tikus yang tidak bernilai...
KEJAM! TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN! SADIS!!!

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan siapa mereka jika berita ini adalah benar belaka. 







LAPORAN DARI PORTAL cyberwarzone.com
Dikatakan, menjelang Piala Dunia FIFA 2014 polis-polis Brazil  giat membersihkan ramai anak-anak jalanan agar suasana persekitaran jalan itu kelihatan bersih ketika mereka menyelenggarakannya nanti.



Menurut sumber mereka 'dibersihkan' dengan cara ditembak mati 'on the spot'. Itulah fakta mengerikan yang terpaksa mereka laksanakan dan ianya menggambarkan betapa zalimnya kerajaan Brazil dengan pemerintahan kapitalisme yang menganggap nyawa manusia langsung tidak berharga demi mengaut keuntungan.

KEMPEN MEMBERSIHKAN BANDAR DARI GELANDANGAN.

Itulah bukti jika undang-undang dan aturan dibuat manusia hanya memikirkan materialistik dan kewangan semata-mata tanpa melihat dari sudut keagamaan dan norma-norma kehidupan. 

"Nao Vai Ter Copa". Video ini telah dibuat untuk menghentikan 'PIALA DUNIA FIFA 2014' di Brazil. Lihat mesej video.


Oleh:Namialus_2020
Sumber:cyberwarzone.com
Video:Youtube

View the original article here