Pages

Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Friday 25 July 2014

Gempar : Ezany kongsi gambar Isteri dan ‘Skandal’ di facebook

Boleh dikatakan, kemelut rumah tangga Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas tersiar di akhbar utama dan turut dilaporkan Mynewshub semalam.
Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.

Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan ‘kes’ isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook. 


Hari ini sahaja, Ezany telah memuat naik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.



Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.

Tak dinafikan, memang hebat sungguh dugaan yang terpaksa ditempuh Ezany pada bulan mulia ini.
Namun diharapkan dia tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga. 


Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan. Credit MNH

View the original article here

Monday 14 July 2014

Datuk Bung Mokhtar kongsi gambar coli @ bra perlekeh Brazil

type='html'>Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pernah mencetuskan kontroversi apabila menyamakan pasukan bolasepak Jerman sebagai Adolf Hitler selepas mereka membelasah Brazil 7-1 di laman sendiri.

Kenyataan itu mendapat reaksi negatif dari kebanyakkan pengguna di twitter kerana ia dikatakan menggambarkan cara pemikiran Bung Mokhtar yang tidak matang.

Menariknya, status Bung tersebut turut disebarkan oleh segelintir peminat kepada beberapa akaun Twitter media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al-Jazeera. Ia kemudian mendapat respon dari duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael.
Menurut H.E Holger Michael, kenyataan ahli perlimen itu tidak boleh diterima dan sekadar menggambarkan tahap pemikirannya sendiri. Katanya, dia mengalu-alukan sokongan terhadap pasukan Jerman tetapi menolak untuk menyamakannya dengan pemerintah kejam, Adolf Hitler.

Menyedari statusnya kini tersebar di media antarabangsa, Bung terpaksa tampil memberi penjelasan dengan menulis satu lagi tweet berserta sekeping gambar coli atau bra dalam bahasa inggeris dengan tujuan mengejek pasukan Brazil. - Kredit kepada blog ekeleh.


View the original article here