Pages

Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Friday 5 September 2014

Kucing Jana Pendapatan Lebih Rm5 Ribu Sebulan Melalui Iklan

Hei.. tahukah anda? Haiwan juga boleh menjana pendapatan yang lumayan.




Seekor kucing yang mempunyai ekspresi wajah yang 'muram' atau 'merajuk' menjadi haiwan yang menerima pendapatan sebanyak 1,000 pound bersamaan dengan RM5,238 sehari dengan penglibatannya dalam iklan dan rancangan televisyen.




Kucing yang dikenali sebagai Grumpy Cat itu berjaya memperolehi kontrak iklan makanan kucing Friskies berjumlah 300,000 pound (RM1.57 juta). 



Bertuah betul pemiliknya, Tabatha Bundesen. Tak perlulah dia bekerja dengan sesiapa lagi. Kerja jaga kucingnya saja dah memberi pulangan yang lumayan.


Seekor lagi kucing, Bronte di Rugby, Britain pula menerima bayaran 1,000 ke atas sehari juga terbabit dalam beberapa projek iklan. 




Menurut pemiliknya, Caroline Bailey, Bronte tidak akan bangun dari katilnya jika bayaran yang diberikan tidak memenuhi syarat-syarat berkenaan yang ditetapkan oleh wanita itu termasuk bayaran serta kemudahan haiwan comel tersebut.


Bronte mula popular selepas terlibat dalam iklan smartphone yang disaksikan lebih 5 juta penonton di YouTube. - (Laporan asal di Utusan Malaysia)

View the original article here

Tuesday 15 July 2014

Bulan Ramadhan pun ada Remaja Iklan Jual Diri Di Facebook?!

Penggunaan medium laman sesawang sosial seperti, Facebook Twitter Instagram dan sebagainya sememangnya telah mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia. Bermacam-macam info dan benda yang dapat kita perolehi dengan laman sosial ini. Tetapi awas di setiap baiknya mesti juga ada buruknya. Kesilapan kita di media sosial boleh mengundang aib pada diri sendiri.

Seperti gambar 'screen shot' yang viral di Facebook kat atas ini,tidak diketahui ianya adalah daripada pemilik akaun ataupun dipedajal kawan.

Apa pun jangan mengundang malu sendiri lebih lebih lagi keluarga. Sentiasalah berhati-hati dan berwaspada kerana dunia dihujung jari boleh menjatuhkan kita ! Janganlah buat kerja tanpa berfikir dan perlulah ingat Tuhan dan keluarga sentiasa.



View the original article here

Wednesday 14 May 2014

Iklan Menampilkan Luis Suarez Yang Sangat Lawak

Ah, Luis Suarez.. Pastinya kebanyakan peminat Liverpool sekarang agak bengang juga dengan mamat ni disebabkan tension akibat komen yang dibuat beliau baru-baru ini yang ingin berhijrah ke kelab lain (saya juga, haha!). Walaupun begitu, mungkin selepas menonton iklan yang menampilkan Suarez ini pandangan anda akan berubah buat seketika.

View the original article here