Pages

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday 15 July 2014

Bulan Ramadhan pun ada Remaja Iklan Jual Diri Di Facebook?!

Penggunaan medium laman sesawang sosial seperti, Facebook Twitter Instagram dan sebagainya sememangnya telah mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia. Bermacam-macam info dan benda yang dapat kita perolehi dengan laman sosial ini. Tetapi awas di setiap baiknya mesti juga ada buruknya. Kesilapan kita di media sosial boleh mengundang aib pada diri sendiri.

Seperti gambar 'screen shot' yang viral di Facebook kat atas ini,tidak diketahui ianya adalah daripada pemilik akaun ataupun dipedajal kawan.

Apa pun jangan mengundang malu sendiri lebih lebih lagi keluarga. Sentiasalah berhati-hati dan berwaspada kerana dunia dihujung jari boleh menjatuhkan kita ! Janganlah buat kerja tanpa berfikir dan perlulah ingat Tuhan dan keluarga sentiasa.



View the original article here

Thursday 3 July 2014

Piala Dunia 2014 Mesut Ozil Mengaku Tidak Puasa Bulan Ramadhan

Kehadiran Ramadhan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia.




Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.





Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.













Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.





Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya.





Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.





Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil.





Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.





Via - Astro Awani

View the original article here

Rahsia Felixia Yeap Peluk Islam Pada 5 Ramadhan 1435Hijrah

Alhamdulillah,bulan ramadhan tahun ini kita mendapat saudara baru dalam Islam. Siapa lagi kalau tidak Felixia Yap yang merupakan model dahulunye kini mendapat hidayah. Jom ikuti laporan mengapa beliau masuk Islam pada tarikh 5 Ramadhan.









Felixia Yeap yang kini model pakaian muslimah mengumumkan akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam.





Felixia juga mendedahkan punca kenapa pilih tarikh 5 Ramadan. Menurut Felixia, ia kerana hari berkenaan jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya. Katanya lagi, hari itu juga adalah hari kegemaran Nabi Muhammad SAW.













“Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis). Saya pilih 5 Ramadan kerana 3 Julai ini ialah hari jadi saya. Hari itu juga adalah hari kegemaran Nabi Muhammad SAW,” katanya.





Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa. Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.





“Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah,” katanya.





Via-HarianBlogger

View the original article here

Sayu dan Sebak Menjelang 1 Ramadhan

Dalam keadaan keluarga kami tak sabar untuk berpuasa, adik pula maut,” rintih Nabila Safie, 19, yang menggigil sebaik melihat mayat adiknya tersangkut di celah pengadang besi lebuh raya.




Adiknya terbabit dalam kemalangan ngeri yang turut mengorbankan seorang lagi penunggang motosikal, lewat petang kelmarin.





Nahas jam 6.05 petang di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang masih dalam pembinaan dekat Bandar Seri Bandi itu mengakibatkan adik Nabila, Muhamad Syafiq, 15, pelajar sebuah sekolah pondok dan buruh ladang sawit, Muhsan, 47, maut di lokasi kejadian.













Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bertembung menyebabkan Mohamad Syafiq tercampak dan tersangkut di celah pengadang lebuh raya, sementara motosikal jenis Yamaha LC ditunggangnya terseret sejauh 29 meter.





Muhsan yang berasal dari Lombok, Indonesia pula tersembam ke atas jalan dan cedera parah di muka serta kepala.





Ketika kejadian, Muhsan baru pulang dari bekerja di Ladang Ketengah Jaya dan menghala ke arah Kuantan.





Dia gagal mengelak dari bertembung dengan Mohamad Syafiq yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bersama beberapa rakan lain.





Kemalangan turut menyebabkan motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa rosak teruk dan beberapa komponen motosikalnya hancur.





Nabila berkata, adiknya, anak ketiga daripada lima beradik, keluar bersama rakan-rakannya jam 2.30 petang selepas solat Jumaat.





“Semasa dia keluar rumah dan bawa motosikal ayah, saya rasa tak sedap hati. Dada berdebar-debar, tapi saya tak sangka musibah menimpa Syafiq.





“Sejak tiga hari kebelakangan ini dia gemar menyakat saya dan buatkan saya marah. Rupa-rupanya itulah gurauan akhir saya bersamanya,” katanya.





Nabila yang merupakan anak kedua berkata, adiknya belajar bidang Syariah di Madrasah As Sirotol Mustaqim (Pondok Al Mustaqim) Kampung Batu 4 dekat Binjai dan setiap minggu dia akan pulang ke rumah mereka di Kampung Bukit Takal untuk menghabiskan cuti hujung minggu.





Sementara itu, Penyelia Ladang Ketengah Rakyat, Mohd Azam Abdullah berkata, Muhsan bekerja dengan pihak ladangnya sejak sembilan tahun lalu dan seorang pekerja yang rajin.





“Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Saya difahamkan sebelum kejadian, dia dalam perjalanan menuju ke rumah pekerja ladang. Memang setiap hari dia berulang-alik menggunakan laluan ini,” katanya.





Urusan penghantaran pulang jenazah mangsa ke Lombok akan diuruskan sepenuhnya pihak syarikat.





Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kemalangan itu.





Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat.





P/s : Berhati-hati dijalanraya...Takziah

View the original article here