Pages

Showing posts with label Kredit. Show all posts
Showing posts with label Kredit. Show all posts

Monday 28 July 2014

Curi Kad Kredit Dan Barangan Berharga Milik Mangsa Pesawat MH17







 BARANGAN mangsa MH17 dipercayai dikeluarkan dari beg mangsa. FOTO EPA

Keiv (Russia): Wang dan barang berharga mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di utara Ukraine dipercayai menjadi tumpuan pencuri. Pesawat MH17 terhempas bersama ratusan tubuh yang ‘berselerakan’di sebuah lapangan dikelilingi oleh berbagai harta benda milik mangsa termasuk buku kanak-kanak, permainan kad, selipar, surat dan piring hitam lama.

Menurut seorang ahli politik Ukraine, beliau mendakwa perompak telah turun ke tempat kejadian, mencuri barang-barang berharga dari 298 penumpang dan anak kapal.

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.