Pages

Showing posts with label MOTOSIKAL. Show all posts
Showing posts with label MOTOSIKAL. Show all posts

Tuesday 8 July 2014

Budak 12 Tahun Terjun Motosikal Lepaskan Diri Daripada Penculik

Keberanian seorang murid tahun enam melompat dari motosikal penculiknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di Taman Melewar, dekat Gombak, di sini semalam.






Muhammad Mujahid Mohd Sharbi





Dalam kejadian jam enam petang itu, Muhammad Mujahid Mohd Sharbi, 12 tahun, terjun dari motosikal ketika melalui jalan berbukit di persimpangan jalan Kampung Padang Balang-Jalan Kampung Bandar Dalam, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia diculik, di Jalan Marmar 1, Taman Melewar. 





Menurut bapanya, Mohd Sharbi Kamaruzzaman, selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar. 





Beliau berkata, ketika kejadian, Mujahid sedang berjalan kaki dari rumahnya ke padang bola di taman itu apabila tiba-tiba seorang lelaki, dipercayai keturunan India menariknya menaiki motosikal dan memecut ke arah Kampung Padang Balang.





Bagaimanapun, anaknya tidak dapat memastikan jenis dan nombor motosikal berkenaan. Beliau juga telah membuat laporan kejadian di Balai Polis Setapak.Menurut bapanya, Mohd Sharbi Kamaruzzaman, selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar. 





Via-SK

View the original article here

Friday 27 June 2014

Hanya Kerana Bunyi Bising Motosikal, Pelajar Dipukul Hingga Mati


Gempar apabila seorang lelaki disyaki telah memukul seorang pelajar berusia 14 tahun sehingga mati hanya disebabkan oleh bunyi bising motosikal kepunyaan remaja itu.

Dalam kejadian itu, pelajar Tingkatan Dua itu sedang menguji motosikalnya bersama dua lagi rakannya di Bestari Jaya, Hulu Selangor pada malam Ahad yang lalu .

Suspek, 30, kemudiannya telah berhadapan dengan pelajar tersebut dan didakwa memukulnya pada peha kanan dipercayai menggunakan sebatang besi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, remaja lelaki itu telah meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak .

Beliau juga berkata, polis telah mendapat maklumat berhubung insiden itu pada kira-kira jam 11.40 malam, selepas pelajar itu disahkan meninggal dunia oleh sepasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

“Kejadian itu mungkin berlaku antara pukul 9.30 malam dan 11 malam.

“Menurut keterangan doktor, pihak hospital telah menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan ambulan pada jam kira-kira pukul 10.40 malam.

“Remaja itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas pihak hospital telah cuba untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurut Mohd Adnan berkata, suspek telah ditahan di pondok pengawal di kilang di mana dia bekerja beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.

“Pemeriksaan polis telah mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau,” katanya.

Motif di sebalik serangan itu dipercayai berpunca daripada bunyi bising yang sering dibuat oleh mangsa.

Polis juga merampas baju milik suspek dan batang besi yang dipercayai telah digunakan di dalam kejadian tersebut. 

Sumber

View the original article here

Thursday 1 May 2014

5 GAMBAR 20 MOTOSIKAL TERGOLEK 3 KERETA TERBABAS AKIBAT TUMPAHAN DIESEL DI JALAN DUTA

KUALA LUMPUR: Lebih 20 motosikal tergelincir dan tiga kereta terbabas selepas melanggar pembahagi jalan kerana permukaan jalan yang licin berikutan tumpahan minyak diesel sepanjang satu kilometer di Jalan Duta di sini hari ini.


Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, tumpahan minyak itu berlaku apabila sebuah lori tangki minyak tiga tan bocor dan melalui sepanjang jalan itu jam 2.20 petang tadi. 







"Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan, namun dilaporkan stabil. Sebelas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas terlibat dalam operasi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Bagi tujuan pembersihan jalan itu, laluan menghala ke Jalan Duta dari Pusat Bandaraya dan Batu Caves ditutup sehingga kerja-kerja membersih jalan itu selesai malam ini. - Bernama

View the original article here