Pages

Showing posts with label dipukul. Show all posts
Showing posts with label dipukul. Show all posts

Sunday 6 July 2014

Susulan Video Wanita Dipukul Kerana Mencuri Kereta Mewah






Menurut maklumat yang admin perolehi, wanita yang menjadi mangsa hukuman diluar undang-undang itu telah parah dibelasah. Bukan setakat dipukul dan diterajang malah dia juga telah dicucuh besi panas pada lengan berkali-kali





Selain daripada keganasan fizikal, wanita itu juga turut disamun. Tablet dan juga wang dalam akaun bank wanita tersebut telah diambil oleh lelaki berkenaan. Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan polis dan suspek utama telahpun dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.





Menurut sumber, wanita berkenaan telah melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki berbangsa cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya.





via-sk

View the original article here

Friday 27 June 2014

Hanya Kerana Bunyi Bising Motosikal, Pelajar Dipukul Hingga Mati


Gempar apabila seorang lelaki disyaki telah memukul seorang pelajar berusia 14 tahun sehingga mati hanya disebabkan oleh bunyi bising motosikal kepunyaan remaja itu.

Dalam kejadian itu, pelajar Tingkatan Dua itu sedang menguji motosikalnya bersama dua lagi rakannya di Bestari Jaya, Hulu Selangor pada malam Ahad yang lalu .

Suspek, 30, kemudiannya telah berhadapan dengan pelajar tersebut dan didakwa memukulnya pada peha kanan dipercayai menggunakan sebatang besi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, remaja lelaki itu telah meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak .

Beliau juga berkata, polis telah mendapat maklumat berhubung insiden itu pada kira-kira jam 11.40 malam, selepas pelajar itu disahkan meninggal dunia oleh sepasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

“Kejadian itu mungkin berlaku antara pukul 9.30 malam dan 11 malam.

“Menurut keterangan doktor, pihak hospital telah menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan ambulan pada jam kira-kira pukul 10.40 malam.

“Remaja itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas pihak hospital telah cuba untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurut Mohd Adnan berkata, suspek telah ditahan di pondok pengawal di kilang di mana dia bekerja beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.

“Pemeriksaan polis telah mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau,” katanya.

Motif di sebalik serangan itu dipercayai berpunca daripada bunyi bising yang sering dibuat oleh mangsa.

Polis juga merampas baju milik suspek dan batang besi yang dipercayai telah digunakan di dalam kejadian tersebut. 

Sumber

View the original article here

Saturday 17 May 2014

Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul orang

Pelakon Nad Zainal cedera parah dipukul orang - Pelakon comel, Nad Zainal yang baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya, Azwan Kombos mengalami kecederaan teruk di bahagian wajahnya selepas dipukul orang.

Punca individu terbabit memukul Nad Zainal tidak pula diketahui namun mungkin itulah sebahagian daripada babak yang perlu dilakonkan oleh beliau bagi menjayakan satu drama bersiri.

Agaknya apa tajuk drama bersiri terbaru lakonan aktres jelita ini? Sebenarnya, penulis suka tengok Nad berlakon sebab memang amat berbakat dan tidak kaku macam beberapa pelakon wanita baru yang lain.






View the original article here