Pages

Showing posts with label REMPUH. Show all posts
Showing posts with label REMPUH. Show all posts

Friday 16 May 2014

Punca sebenar kereta viva rempuh pesawat MAS di KLIA

Punca sebenar kereta viva rempuh pesawat MAS di KLIA - Kejadian tidak diduga kereta viva hilang kawalan lalu merempuh pesawat MH740 milik MAS menjadi perhatian orang ramai sepanjang hari ini.

Ramai menyifatkan kemalangan tersebut sebagai pelik dan tidak masuk akal. Ia berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.

Menurut sumber, insiden itu didakwa berpunca daripada kelalaian pemilik kereta berkenaan yang gagal menarik brek tangan atau handbrake dengan kemas sehingga menyebabkan ia bergerak sendiri tanpa disedari.

Bagaimanapun, kedua-dua kereta dan kapal terbang terbabit tidak mengalami sebarang kerosakan teruk, hanya kesan calar pada badan masing-masing akibat bergesel.




View the original article here

3 Gambar kereta Viva rempuh pesawat MAS di KLIA

Gambar kereta Viva rempuh pesawat MAS di KLIA - Sebuah kereta perodua viva yang dipandu oleh seorang kakitangan MAS hilang kawalan dan kemudian merempuh salah satu pesawat MAS di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Punca kejadian itu berlaku masih dalam siasatan manakala orang ramai mengakui terkejut dengan insiden berkenaan.

Apa dah jadi dengan MAS ini? Sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, pelbagai kejadian kemalangan yang mencemaskan berlaku melibatkan kapal terbang milik mereka.








View the original article here

Wednesday 26 March 2014

NGERI !!! 5 GAMBAR TOYOTA VELLFIRE HANCUR REMPUH BELAKANG LORI, TIGA BERANAK MAUT

type='html'>Bandar Baharu : Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Kilometer 170 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran sempadan Bandar Baharu-Nibong Tebal, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.



Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Asisten Superintenden Azmi Abu Bakar berkata, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Bandar Baharu ke Pulau Pinang.

"Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah isteri pemandu berusia 36 tahun serta dua anak mereka berusia lima dan satu tahun.

"Suami mangsa berusia 36 tahun dan anaknya berusia dua tahun serta pembantu rumah warga Filipina cedera parah dan dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya.






Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here