Pages

Showing posts with label Rampas. Show all posts
Showing posts with label Rampas. Show all posts

Tuesday 29 July 2014

Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17

Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17 - Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah mengambil semua 196 mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 Malaysia Airlines terhempas.



Wartawan Associated Press (AP) melihat puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak dan membawa pergi. 



Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas.

Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro, berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata.

Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa Berita Harian.






View the original article here

Wednesday 16 April 2014

Isu Rampas Suami - Hanez Suraya Tarik Diri


Rampas Suami - Hanez Suraya Tarik Diri
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai duta produk kecantikan Aura White  gara-gara kontroversi percintaannya dengan suami orang.

Bagaimanapun pelakon itu tidak pernah digugurkan sebagaimana diperkatakan segelintir pihak sebelum ini. Pegawai pemasaran produk itu, Nurul Lina memberitahu, Hanez sendiri yang telah memohon untuk menghabiskan baki kontrak enam bulan yang diikat sejak Disember lalu tanpa mahu memperbaharuinya.

Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya.

Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin, katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Sebuah akhbar pada Selasa menerusi ruangan pojok melaporkan Hanez Suraya tidak akan menyambung kontrak dengan produk kecantikan Aura White gara-gara kontroversi dia bercinta dengan suami orang selain turut mempunyai masalah disiplin.

Gara-gara kontroversi itu juga, Aura White dilaporkan turut terkena tempias  apabila jualan produk itu terus jatuh merudum. Dalam pada itu Nurul berkata  produk itu menjadi lebih popular dan jualan semakin meningkat selepas kontroversi berkenaan. Hanez yang dihubungi mStar Online  pula enggan memberi komen berhubung hal berkenaan.

Sementara itu, pelakon baharu, Amyra Rosli pula dikatakan akan menggantikan Hanez sebagai duta produk berkenaan memandangkan wanita itu menepati ciri-ciri penuh sebagai duta Aura White.

sumber

Thursday 20 March 2014

PDRM Rampas Simulator Penerbangan Milik Kapten Zaharie

type='html'>

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan mereka telah merampas sebuah simulator dari rumah juruterbang pesawat MH370 yang masih hilang, semalam.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sekumpulan pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman telah merampas simulator tersebut sewaktu memeriksa rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, di Shah Alam, Selangor.
“Simulator itu kini berada dalam tangan kami dan sedang dipasang kembali untuk disiasat oleh pakar kami,” kata Khalid dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan menurut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meliputi rampasan, keganasan dan sabotaj.
Beliau menambah, siasatan polis bukan sahaja meliputi penumpang dan krew pesawat tetapi termasuk kakitangan sokongan sebelum pesawat tersebut berlepas. -utusan

View the original article here