Pages

Showing posts with label terbang. Show all posts
Showing posts with label terbang. Show all posts

Friday 28 November 2014

Aidil Zafuan sanggup terbang ke Bali kerana isteri mengidam martabak manis

Ini nama dia cinta sejati. Walaupun dah dekat sebulan, tapi Aidil Zafuan tetap gigih melayan kehendak isterinya, Zarema Zainal yang mengidam martabak manis.

Mungkin disebabkan makanan tersebut sukar dicari di Malaysia, maka pasangan ini dilihat telah terbang ke Bali semata-mata untuk mendapatkan apa yang diidam. Tak untung ke dapat suami macam ni?

Alang-alang dah sampai sana, takkan pergi balik hari semata-mata untuk makan, betul tak? Nampaknya, Aidil turut mencuri peluang untuk terus bercuti di sana bersama adik kembarnya dan Ayu Raudhah.

Baguslah, selagi masih boleh berjalan naik kapal terbang, lebih baik melancong sepuasnya. Mana tahu nanti bila anak dah lahir, tak cukup masa pula nak bercuti panjang.

Tapi kami tertarik melihat sekeping gambar yang tersebar di Internet menunjukkan Aidil-Zarema dan Zaquan-Ayu double date menunggang motor bersiar-siar di Bali. Bukan setakat Aidil dan Zaquan sahaja kembar, tapi makin lama muka Zarema dan Ayu pun makin nampak seiras.

Apapun, kami mendoakan agar Zarema selamat melahirkan anak sulungnya kelak. Korang rasa anak ketiga Aidil ni lelaki ke perempuan? Mungkin dapat kembar pula kali ni.



Sumber asal : Portal Ohbulan












View the original article here

Saturday 15 March 2014

Dato' Seri Najib sahkan Pesawat MH370 terus terbang, komunikasi dimatikan!

type='html'>

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak melalui sidang media tergempar di Hotel Sama-Sama sebentar tadi mendedahkan beberapa perkara penting mengenai kehilangan pesawat MH370.

Menurut Dato' Seri Najib, pasukan penyiasat mengesahkan pesawat MH370 terus terbang ketika signal terakhir diterima dari menara kawalan. Pesawat itu juga disahkan melakukan Air Turn Back ketika di lokasi terakhir tersebut.

Apa yang mengejutkan, Alat komunikasi, ACARS Pesawat MH370 telah ditutup sebelum melintasi pantai timur, semenanjung Malaysia. Komunikasi terakhir antara MH370 dengan satelit pada pukul 8.11 pagi, 8 Mac 2014. Walaubagaimanapun Lokasi terakhir tidak dapat diketahui.

Pencarian tertumpu kepada dua koridor:
  1. KORIDOR UTARA: Utara Thailand ke Sempadan Kazakhstan
  2. KORIDOR SELATAN: Sempadan Indonesia ke Selatan Lautan Hindi
Tambah Dato' Seri Najib Lagi, Pihak Berkuasa belum mengesahkan sebarang rampasan Pesawat MH370 seperti yang dilaporkan media (Associated Press (AP)). Menurut Dato' Seri Najib, Pasukan penyiasat masih menyiasat seluruh kemungkinan yang berlaku mengenai punca pesawat MH370 menukar arah.

Operasi Mencari dan Menyelamat di Laut China Selatan kini ditamatkan. -TengokTVonline

View the original article here

Salinan Laporan Polis Nelayan ternampak pesawat terbang rendah!

type='html'>

Satu Laporan Polis dari seorang nelayan menemukan satu lagi petanda yang boleh membantu penemuan pesawat MH370. Laporan polis beliau seperti dibawah:

"Pada 8/03/2014 Jam lebihkurang 0130HRS saya bersama kawan saya nama panggilan "Pader Rohim" semasa sedang memancing di Kuala Besar, Badang telah ternampak lampu sebuah pesawat melalui lokasi kami, lampu tersebut adalah dari sebuah kapal terbang saya merasa hairan kerana pesawat tersebut terbang agak rendah dari kebiasaan pesawat lain yang saya selalu nampak sebelum ini. Pesawat tersebut kelihatan terbang dibawah awan dari arah laluan keluar negara. Selepas balik rumah pada siang hari saya dapat tahu ada satu kapal terbang dari syarikat MAS telah hilang. Sekian laporan saya."

Baca pula laporan berita dari Sinar Harian:

Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.

“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

Semoga masih ada harapan untuk menemukan pesawat MH370 dengan keadaan selamat.

View the original article here