Pages

Monday, 21 April 2014

Shahz Jaszle Kantoi Lagi?



Pelakon yang sering dilanda kontroversi, Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali dengan nama Shahz Jaszle kini menimbulkan tanda tanya sama ada dia masih lagi menjadi tunangan orang atau sudah kembali bujang.




Ini ekoran tindakannya memuat naik gambar bersama seorang gadis yang bukan tunangnya. Keadaan menjadi panas apabila tunang Shahz, Redzwani Puteri memberi komen pada gambar tersebut. Tetapi tidak berapa lama selepas itu, dia memadamkan gambar kontroversi itu di akaun Instagram miliknya.





Belum selesai kes khalwat, sudah ada kontroversi baru yang dicipta. Yang menjadi persoalan, bila hubungan mereka ditentang keluarga Redzwani ekoran kes khalwat tempoh hari, Shahz begitu tegas dalam memperjuangkan hubungan cinta mereka sehingga pernah menyatakan dia dan Redzwani akan kahwin lari meskipun ia pilihan terakhir.

Jadi, apa yang sudah terjadi?

sumber 

Fesyen Teletubbies Riang Ria Bertudung Rebecca Nur Al Islam Dapat Perhatian

Kami menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mana mana selebriti tempatan lebih lebih jika ianya melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh.





Tetapi, pada hemat kami yang tidaklah pandai mana ini, ianya haruslah selari dengan pemakaian lainnya dan bukan bertudung semata mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram.

Baru baru ini, Rabecca Nur Al Islam telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara dan busana yang dikenakan pelakon ini seakan tidak sesuai dengan imej bertudung beliau.

Peminat yang perasan akan penampilan selebriti ini ada yang meninggalkan komen mengatakan ianya terlalu ketat dan tidak kurang juga ada yang menyamakan penampilan beliau itu tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies.

sumber 

Saya Sangka Duduk Berehat Itu Bagus Untuk Kesihatan. Rupanya Saya Salah! Bahagian Potensi Kanser Itu Sangat Menakutkan.

sitting
Orang selalu menyamakan santai dengan duduk. Mungkin kebanyakan kita bersetuju, tetapi masalahnya ialah jika berada pada posisi duduk sepanjang hari, sebenarnya kita sedang membunuh diri perlahan-lahan tanpa kita sedari. Sekurang-kurangnya, itulah yang empat pakar berkata dalam infographic yang terperinci di atas ini.

Mengenai isu kesihatan yang serius yang dinyatakan sebelum ini, salah seorang rakan saya tidak mengendahkan amaran ini. Beliau seorang penulis seperti saya, dan beliau telah membangunkan tabiat yang tidak baik iaitu duduk untuk jangka masa yang lama. Ketika itu, kebanyakan masa, beliau telah dirantai dan duduk di kerusinya selama berjam-jam sambil menaip keyboard komputernya.  Setiap hari, isterinya akan mendesak beliau untuk keluar dan pergi berjalan. Isterinya akan mendorong beliau untuk melangkah keluar dari pejabatnya dan bergerak supaya beliau tidak akan terkena penyakit yang kronik dari tabiat buruknya itu. Beliau telah mengikuti nasihat isterinya. Hari ini, beliau bersyukur beliau mendengar isterinya, kerana semakin hari semakin banyak artikel-artikel yang keluar menceritakan bahaya duduk lama-lama yang boleh membawa kepada maut.

Gambar Afgan Dicium dan Dipeluk Peminat Wanita di PICC


Kalau sebelum ini kita selalu mendengar penyanyi Anuar Zain dikerumuni peminat fanatiknya terutama di persembahan eksklusifnya seperti malam makan malam koporat atau persembahan sempena Minggu Setiausaha. Situasi sama juga turut dilalui penyanyi kelahiran Indonesia, Afgan.

Malam tadi, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), telah berlangsungnya persembahan penyanyi berusia 25 tahun ini sempena minggu Setiausaha 2014, 'Seceteries Week@PICC'.

Dan satu momen yang mencuri perhatian sekalian penonton ialah diketika jejaka yang nama sebenarnya Afgan Syah Reza ini mendendangkan lagu 'Jodoh Pasti Bertemu', tanpa diduga meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipinya. Menyambut mesra ciuman dari peminat berkenaan, lantaran penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya.


Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, 'Panas Asmara', Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminat. Namun belum sempat dia 'melawat' dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuni dirinya.

Meskipun persembahan kali ini memberi peluang secara eksklusif kepada peminat mendekati diri penyanyi ini, pada pemerhatian penulis, persembahan nyanyian live Afgan hanyalah biasa-biasa sahaja.

Sayang sekali, komunikasi Afgan dengan peminat juga kurang. Membuat persembahan dalam masa lebih kurang 1 setengah jam, lagu lain yang didendangkan seperti 'Pesan Cinta', 'Bawalah Cinta' dan 'Terima Kasih Cinta'.

Sebelum itu ditampilkan penyanyi Jazz yang tidak asing lagi, Noryn Aziz yang membuat persembahan pembukaan. Pujian buat Noryn kerana meskipun sedang hamil empat bulan namun tidak menghalang beliau memperdengarkan vokal dan persembaan yang mantap menerusi lau seperti 'Natural Woman', medley 'Rolling in the Deep' dan 'Set Fire to the Rain', 'Tinta Putih', 'Cinta Sejati' serta medley 'Happy' dan 'You to Me Are Everything'.

Majlis juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah dan acara tamat pada kira-kira jam 11.15 malam.