Pages

Saturday, 26 April 2014

Gambar Hanez Suraya Sebelum dan Selepas Jumpa Romeo

Kecoh 1 Malaysia pasal Hanez Suraya rampas laki orang!! Laki Liyana Manan tu seorang doktor yang khabarnya dah failkan kali kedua perceraian dengan encik Romie, Oktober tahun lepas.

Disebabkan kontroversi murahan ni tak pasal-pasal Hanez faymes satu malam dan banyak gambar-gambar lama telah keluar semula. Jom layankan gambar zaman jahiliah Hanez Suraya.





Ni pulak gambar- gambar terkini Hanez dan Mr R:




 

SUBHANALLAH! - Kubur Ibu Tunggal ini Bercahaya Ketika Dikebumikan (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah, Inilah satu kejadian yang jarang sekali berlaku dan jarang sekali kita diperlihatkan apabila Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar di percaya bercahaya sewaktu hendak di kebumikan.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.



Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.
Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.
Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.
Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Friday, 25 April 2014

Cara Bezakan Ikan Keli Yang Halal & Haram Dimakan Oleh Orang Islam

Memilih makanan yang halal untuk dimakan adalah satu perkara yang penting bagi umat Islam. Jika dahulu ikan keli sangatlah jarang menjadi lauk dalam makanan seharian, tetapi kini tidak dapat dinafikan ikan keli menjadi salah satu ikan yang paling banyak dimakan oleh rakyat Malaysia tidak kira di mana saja berada.

Mungkin disebabkan beberapa faktor termasuklah faktor ekonomi semasa menyebabkan ramai orang mula mencuba untuk makan ikan keli dan seterusnya menjadi lauk kegemaran mereka. Tetapi perlu diingat, ikan keli mempunyai berbagai-bagai jenis, dan jangan terkejut ada antara ikan keli yang tidak boleh dimakan oleh umat islam.

Dibawah terdapat beberapa panduan untuk membezakan mana satu ikan keli yang halal dan boleh dimakan dengan mana satu ikan keli yang tidak boleh dimakan. Diharapkan info ini akan membuka mata para pengguna untuk lebih berhati-hati dalam memilih ikan keli untuk dimasak.



Cara Bezakan Ikan Keli Yang Halal & Haram Dimakan Oleh Orang Islam

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

  • · Kepala berbentuk 'V'
  • · Bentuk badan mirip torpedo
  • · Badan berwarna hitam berkilat
  • · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
  • · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
  • · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

  • · Kepala berbentuk 'U'
  • · Bentuk badan tirus
  • · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
  • · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
  • · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
  • · Digoreng tidak meletup


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. Semoga bermanfaat :)

sumber 

Jehan Miskin Pakai Rantai Salib

Kecoh di laman Instagram apabila Jehan Miskin memuat turun gambar beliau dan isterinya memakai rantai seperti lambang salib
Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, namun peminat Jehan tetap mengutuk dan mempertikaikan tindakannya memakai rantai seperti salib itu. 
Jehan Miskin Pakai Rantai Salib 2
Sehingga hari ini, Jehan masih belum memadamkan gambar tersebut, tanda memprotes dan ingin menunjukkan bahawa rantai tersebut bukanlah rantai salib seperti yang dikomen di laman Instagramnya. 
”Secara jujurnya saya sedih kerana ada lagi orang-orang yang terlalu sensitif dan cepat melenting dengan perkara yang tidak sepatutnya.”
Sebagai orang islam, tidak masuk akal saya mahu memakai lambang salib.’
Jehan juga mempertahankan tindakannya memakai rantai
”Ada yang cakap pada saya, lelaki tidak boleh pakai rantai. Tetapi apa yang saya faham, Ustaz saya beritahu lelaki tidak boleh pakai emas dan bukannya rantai.”
Jehan Miskin Pakai Rantai Salib
Komen LT, baik Jehan buangkan sahaja gambar itu dari laman Instagram dan diamkan diri. Buat apa kita nak mempertahankan isu yang remeh-remeh begini. Simpan sahaja untuk tatapan suami-isteri. 
Jehan Miskin Pakai Rantai Salib 3


Jehan Miskin Pakai Rantai Salib 1 

sumber