Pages

Sunday, 18 May 2014

5 Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah

Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah - Pelakon veteran Mak Mah atau nama sebenarnya Ruminah Sidek, 68, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang juga peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al-Fatah Rahim, 70.

Majlis akad nikah itu berlangsung di kediaman abang ipar pelakon itu di Klang kira-kira jam 9.20 pagi Sabtu yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang. Mohd Jani Sarman bertindak selaku saksi kepada majlis tersebut.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran berserta tujuh dulang hantaran yang berupa air minuman Twister, kasut, Al-Quran, beg tangan, kek, sejadah dan telekung. Manakala pihak lelaki pula menerima hantaran berupa tuala, tepak sirih, kek, satu set wangian, set pakaian, sejadah dan buah-buahan.

Antara selebriti yang hadir ke majlis berkenaan yang turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O ialah Abon, AR Badul, Aida Gadis Melayu, Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila.












View the original article here

Biodata Dyana Sofya, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang

Biodata Dyana Sofya, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang - Sejak penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah menerima kecaman teruk dari masyarakat.



Ini merupakan rentetan kepada tomahan yang diterima Dyana Sofya selepas menyertai parti DAP tahun lalu dan menjadi wanita melayu pertama dilantik sebagai setiausaha politik kepada penasihat parti itu, Lim Kit Siang. 



Difahamkan, tujuan kemasukannya ke dalam parti DAP ialah bagi memperjuangkan agenda penghapusan hak istimewa yang diterima kumpulan bumiputera di Malaysia.



Memandangkan nama wanita graduan UiTM ini menjadi bahan bualan hangat peminat sejak semalam maka penulis ingin berkongsi biodata ringkas Dyana untuk informasi kita bersama.



Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud

Umur : 27 Tahun

Asal : Ipoh, Perak

Agama : Islam

Status : Bujang

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM

Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)

Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah

Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia







View the original article here

Inilah Tanda Anda Dan Pasangan Anda Semakin Tua

Anda sedar tak yang anda semua dah makin dimakan usia. Bermacam-macam perkara berlaku dalam sedar tak sedar dan perkara tersebut kadang-kadang anda ingat dan kadang-kadang anda lupat. Berikut adalah tanda-tanda anda dan pasangan semakin tua.

1) Dulu jalan berpegang-pegangan dan sekarang ini berjalan masing-masing memandang kadang-kadang.

2) Dulu tidur berhadap-hadapan, sekarang saling membelakangi.

3) Dulu sering pakai minyak wangi, sekarang saling sapu minyak angin.

4) Dulu makan yang sedap-sedap dan sekarang sama-sama makan ubat.

5) Dulu boleh berlari, sekarang nak berdiri pun sakit sendi.

6) Dulu hidup mesti terus, sekarang hidup menunggu mati.

Semua orang akan lalui perkara sebegini apabila dimamah usia nanti. Kita nantikan sahaja…





 

Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik

Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik - Penampilan pelakon dan model terkenal, Sasha Saidin yang juga merupakan kakak kepada suami Rozita Che Wan kini sudah berubah dan semakin berbeza.

Kalau sebelum ini rambut perang Zain Saidin pernah dikecam peminat sehingga menjadi punca Che Ta mengamuk di laman Instagram, kakaknya pula turut mengubah warna rambut menjadi perang terang.

Pada penulis, penampilan aktres berusia 38 tahun itu lebih cantik dan anggun jika kekal dengan imej berambut hitam. Ini kerana, dengan warna rambut perang sekarang, Sasha kelihatan sedikit berusia dan menakutkan.

Korang boleh perhatikan sendiri perbezaan gambar beliau ketika berambut hitam dan perang di bawah. Mungkin adalah lebih baik kalau Sasha kembali ke imej berambut hitam, pasti ramai jejaka kacak di luar sana akan terpesona dan terpikat.












View the original article here