Pages

Monday, 19 May 2014

Gambar wanita solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur undang tanda tanya

Gambar wanita solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur undang tanda tanya - Aksi seorang wanita bergelar makcik solat di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur menjadi bahan bualan hangat di laman sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna facebook.

Menurut salah seorang pengguna facebook MRM, dua keping gambar di bawah adalah bersumberkan dari King Jason. Menariknya, sepanjang tempoh wanita berkenaan solat, seorang polis trafik secara sukarela menjaganya.

Setakat ini, sebab sebenar makcik tersebut bertindak melakukan solat di tepi Jalan Maharajalela Kuala Lumpur tidak dapat dipastikan.






View the original article here

Pelawak Ajak Shiro biar anak dibelit ular sawa di rumah

Pelawak Ajak Shiro biar anak dibelit ular sawa di rumah - Penulis agak terkejut dengan perkongsian pelawak Ajak Shiro mengenai sekeping foto di laman Instagram miliknya yang jelas memperlihatkan anaknya sedang dibelit ular sawa sederhana besar ketika tidur di rumah.

Adakah perkara tersebut salah satu hobi beliau untuk melawak dan berhibur? Pasti ramai pengikut laman Instagram peribadinya berasa geli hati dan marah dengan tindakan sedemikian kerana takut membahayakan anak sendiri yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Melalui caption panjang lebar pada gambar berkenaan, Ajak membuat luahan hati tentang kenangan mereka ketika isterinya mengandungkan si anak kecil sewaktu dia menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia. Salah satu cabaran pada masa itu ialah dia terpaksa bermain dengan ular.









View the original article here

Wajah sebenar emak Lana Nordin kini didedahkan

Wajah sebenar emak Lana Nordin kini didedahkan - Rasanya, Lana Nordin belum pernah mendedahkan wajah sebenar emaknya kepada umum namun baru-baru ini menerusi akaun Instagram, beliau telah berkongsi dua keping gambar sedang memeluk ibunya dengan caption berbunyi.

"MM&I??with my lovely emak sempena hari ibu...thanks to @biancomimosa for d gorgeous dress n KOSMO....sayanggggg mak."



Ternyata, ibu pelakon itu cantik bertudung dan mempunyai raut wajah yang agak berbeza dengan Lana.








View the original article here

Punca sebenar wanita bertelekung solat di atas jejantas Kuala Lumpur

Punca sebenar wanita bertelekung solat di atas jejantas KL - Seorang wanita bertelekung yang dikenali sebagai Anita Shiar, 27, mengejutkan orang ramai di laman sosial apabila dua keping gambarnya sedang solat dan khusyuk membaca al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur semalam telah tersebar di facebook.

Kesahihan gambar wanita itu melakukan solat di jalan berkenaan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad selepas menerima maklumat awam kira-kira jam 1.30 petang Sabtu.

Menurut sumber, punca sebenar Anita Shiar tiba-tiba terdetik di hati melakukan tindakan sedemikian ialah kerana beliau mendakwa bermimpi ditimpa sesuatu perkara atau kejadian yang tidak baik serta mendapat alamat dari mimpi tentang lokasi atau tempat untuk bersolat. Oleh sebab itu, Anita solat di mana-mana.

Sebagai pengetahuan, Anita Shiar ialah seorang wanita berbangsa Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan maklumat tentangnya hanya diperolehi secara lisan. Beliau kini dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.




View the original article here