Pages

Tuesday, 20 May 2014

Aksi Che Ta & Zain Saidin bercium di Eiffel Tower undang kontroversi

Aksi Che Ta & Zain Saidin bercium di Eiffel Tower undang kontroversi - Dua hari lepas, Rozita Che Wan telah berkongsi sekeping gambar romantik sedang bercium dengan suaminya, Zain Saidin di hadapan Eiffel Tower, Paris di laman Instagram miliknya.

Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi dari pengikut-pengikutnya sehingga ada yang turut menjadi aksi mereka sebagai bahan jenaka dan sindiran. Motif pelakon dan pengacara itu berkongsi foto berkenaan tidak pula diketahui namun seperti kurang disenangi peminat pula.

Di sebalik komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap Che Ta, terdapat juga peminat yang cuba berfikiran positif dengan menganggap Rozita Che Wan dan suami tidak bercium cuma merapatkan muka masing-masing untuk bergambar semata-mata.

Apapun, penulis hanya berfikiran positif dan yakin bahawa apa yang dimuatnaik itu sekadar untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan peminat.







View the original article here

Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac

Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac - Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah binti Abdul Jalil, 45, telah memuatnaik sekeping foto yang mengandungi keterangan 'Datuk Hans Isaac' menerusi laman Instagram miliknya.

Foto tersebut diambil ketika Ziela Jalil terserempak secara tidak sengaja dengan kawan rapat Neelofa itu baru-baru ini di satu tempat yang dirahsiakan.

Perkongsian berkenaan menimbulkan tanda tanya dari kalangan wartawan samada Hans Isaac kini sudah bergelar Datuk atau Ziela sekadar bergurau. Ini kerana, tiada sebarang penganugerahan pingat kebesaran yang ditujukan kepada aktor kacak itu selain gelaran kontroversi oleh Kerajaan Naning.

Hans yang dihubungi media semalam bagaimanapun tidak menjawab sebarang panggilan disebabkan beliau sedang sibuk di Singapura atas urusan kerja. Apapun, jika benar Hans Isaac sudah bergelar Datuk maka ia satu berita gembira buat peminatnya.






View the original article here

Artikel tentang GST tayang gambar wanita menggoda

Artikel tentang GST tayang gambar wanita menggoda - Pelik tapi benar bagi sebuah artikel yang mengulas tentang Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) namun diselitkan pula dengan gambar seksi wanita yang amat menggoda.

Apakah motif di sebalik perkongsian gambar wanita seksi itu? Adakah ia bertujuan untuk menarik perhatian pembaca semata-mata? Sepatutnya, gambar ilustrasi GST yang dimasukkan agar menambah kefahaman para pembaca.




View the original article here

Doakan kami untuk kali yang terakhir - Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah?

Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah - Berita perkahwinan Abby Abadi dan Farhan sekitar September tahun lalu memang mengejutkan. Ramai tidak menyangka bekas pelakon itu memilih seorang jejaka yang sembilan tahun muda darinya untuk dijadikan suami.

Apa yang menarik tentang kehidupan mereka berdua selepas berkahwin ialah penyebaran beberapa keping gambar romantik yang memperlihatkan hubungan mereka sangat utuh dan saling memahami antara satu dengan yang lain.

Bagaimanapun, hakikat sedemikian seolah-olah sudah berubah apabila Abby Abadi secara terbuka memuatnaik beberapa kenyataan tersirat di laman Instagram miliknya yang berbaur seperti bermasalah dengan suami dan seakan dalam pertimbangan untuk bercerai.

Apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut status terbaru bekas isteri Norman Hakim itu di Instagram, beliau meminta pengikut-pengikutnya agar mendoakan rumahtangga mereka buat kali yang terakhir. Kenapa buat kali yang terakhir? Adakah pasangan ini mahu bercerai pula?












View the original article here