Pages

Friday, 4 July 2014

Kekasih Tasha Shilla Sedia Masuk Islam,Nikah Tahun Depan !





Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.


Tasha atau nama sebenarnya  Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.


"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," kata Tasha kepada mStar Online.




Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.


Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.



"Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," katanya.



Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.



Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata,  buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.




Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.




Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.


Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.



"Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka," katanya. - mStar Online

Read more: sumber
View the original article here

Jom Lihat Model Wanita Cantik Tapi Berpenyakit Kulit


Winnie Harlow aka Chantelle Winnie adalah top model yang mempunyai keadaan kulit yang dikenali sebagai "vitiligo" atau dalam bahasa melayu "penyakit sopak". Vitiligo adalah keadaan yang menyebabkan kelainan pada bahagian kulit. Ia berlaku apabila, sel-sel yang bertanggungjawab untuk pigmentasi kulit, kulit mati atau tidak dapat berfungsi. 









Pasaraya Terbiar Di Penuhi Ikan Koi Tak Bertuan


Sebuah pusat membeli-belah atau yang biasa kita sebut mall bernama 'New World' di Bangkok, Thailand, telah ditinggalkan sejak ianya terbakar pada tahun 1999.

Mall yang sebelum ini dibanjiri oleh orang ramai untuk membeli-belah kini penuhi air beberapa meter dan menjadi syurga bagi ikan koi dan ikan keli, demikian dilaporkan The Verge (30/06).

Seperti yang dilihat dalam gambar, penulis yang mengambil gambar ini, Jesse Rockwell, menyebutnya "akuarium urban". Rockwell, yang menulis tentang perjalanannya, fotografi, dan blog makanan A Taste of The Road diajak oleh seseorang untuk melawat mall tersebut.

Namun, penduduk tempatan di bandar tua Bangkok "mencegah orang untuk melawat tempat itu." Mereka mengatakan bahawa dia harus menunggu polis untuk melawat tempat itu sebelum masuk. 






Gambar Anak Kerbau Ada Dua Kepala


 Gambar Anak Kerbau Ada Dua Kepala