Pages

Thursday, 6 November 2014

Luahan menyayat hati Rozana Misbun isteri Awie buat anak-anak


Airmata kami turut jatuh setitis demi setitis tatkala membaca luahan hati isteri Awie, Rozana Misbun buat anak-anaknya yang amat menyayat hati.

Memang sukar bagi seorang ibu dipisahkan dari anak-anak apatah lagi jika berbulan-bulan lamanya. Ikatan kasih yang sudah lama bertaut sejak dari dalam kandungan tidak mudah untuk diputuskan begitu sahaja. Serius susah.

Air yang dicincang takkan putus! Begitu jugalah perasaan dan hati seorang ibu yang rindukan anaknya.

Kerinduan tersebut telah diluahkan oleh Rozana Misbun, 36, terhadap anak-anaknya yang kini di bawah jagaan Awie. Katanya, dia terlalu rindukan mereka hingga wajah anak-anaknya itu terbawa-bawa dalam mimpi.

"Hampir lima bulan saya menderita kerana terlalu rindukan anak-anak. Saya cuba hubungi mereka, tetapi nombor seperti tidak digunakan lagi. Sehinggakan hampir setiap hari saya mimpi berjumpa dengan mereka," ujarnya.

Tambah Rozana, sejak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberi hak jagaan sementara kepada Awie (22 Julai), dia tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan anak-anaknya. Rozana ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

"Saya percaya satu hari nanti, mimpi tersebut benar-benar menjadi kenyataan kerana saya yakin berada di pihak yang benar.

"Sehingga kini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah dan berharap kebenaran akan ditunjukkan jua. Harap-harap dapat berjumpa dengan mereka segera. Tetapi sama ada mereka sayangkan saya lagi atau tidak, saya tidak mahu fikir. Saya serahkan perkara itu kepada Allah,"
katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah semalam mengarahkan Rozana mengemukakan akuan bersumpah sebagai bukti berhubung dakwaannya mengatakan perkahwinannya dengan Awie tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaan anak (hadanah) secara ex-parte kepada mahkamah sebelum ini.

Awie dan Rozana didakwa berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12 - PORTAL MYARTIS.

POLIS KEMARUK SELUAR DALAM WANITA


 Seorang anggota polis ditahan selepas dia didakwa menawar untuk melepaskan seorang wanita yang didakwa melakukan kesalahan sekiranya dia dibenar mencium kaki wanita itu.

Patrick Quinn, 26, dilapor menahan kereta wanita itu pada Ogos lalu kerana insurans kenderaan itu tamat tempoh.

Quinn memberitahu wanita itu dia terbau ganja di dalam kereta berkenaan. Wanita itu menafikannya.

Anggota polis itu kemudian melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut sementara wanita itu menunggu di dalam kereta peronda.

Quinn didakwa memberitahu wanita itu mengenai kegemarannya mencium kaki wanita dan menawar melepaskannya jika dia dibenar mencium kakinya.

Dia juga memberitahu mangsa mengenai keinginan menjilat kaki itu, menurut penolong pendakwa raya Daniel Werlinger.

Wanita itu menanggalkan kasutnya tetapi Quinn mengubah fikiran.

“Dia memberinya satu lagi pilihan. Memandangkan wanita itu memakai skirt, Quinn menawar melepaskannya jika dia memberi seluar dalamnya,” kata Werlinger.

Dia melepaskan wanita itu tanpa mencium atau menjilat kaki wanita berkenaan.

Wanita itu membuat laporan polis dan penyiasat mengenal pasti Quinn menerusi kesan jari pada kad insurans mangsa.- Agensi

LAYAN NAFSU PEGAWAI ATAU DIPENJARA...

 Bersetuju melayan nafsu pegawai polis atau dipenjara.

Itu dilema dihadapi model kelab malam yang ditangkap polis  baru-baru ini.

Media semalam melaporkan, wanita bujang beranak lima itu mendakwa anggota polis berpangkat superintendan merogolnya di dalam pejabat pegawai keselamatan itu.

Kata pengadu yang hanya dikenali sebagai Leila, 29, kejadian itu turut disaksikan seorang rakan sekerjanya.

Dia tampil membuat laporan bersama peguamnya di pejabat Biro Siasatan Kebangsaan (NBI).

Sumber berkata, tertuduh baru saja dilantik sebagai Ketua Operasi Khas Polis Manila minggu lalu dan menjadi orang kepercayaan Ketua Polis Daerah Manila.

Kata Leila, kejadian berlaku jam 2 petang pada 23 Oktober lalu di Fort Bonifacio.

“Dia mengarahkan rakan saya memandang dinding ketika menyerang saya secara seksual, manakala pistol besarnya diletakkan di atas meja berhampiran kami,” katanya.- Agensi

6 Gambar ekslusif anak Rozita Che Wan oleh Easkey Photography


Baru saja dilahirkan ke dunia pada Ahad lalu, kini anak perempuan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin semakin mendapat publisiti meluas bukan sahaja di media-media massa malah di blog-blog hiburan dan laman sosial.

Tak sangka, begitu ramai sekali peminat Che Ta. Kecoh satu Malaysia dibuatnya mengalahkan artis hollywood pula kalau tak silap kami.

Baru-baru ini, Annas Easkey Photography tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar ekslusif si bayi perempuan. Memang terlalu comel dan tembam kan.

Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi pada Ahad lalu, gambar pelakon jelita ini dan bayinya dikongsikan kepada umum sebelum mula menjadi sensasi dan disebarkan di laman-laman sosial.

Rata-rata memuji kecomelan wajah bayi perempuan Che Ta dan Zain Saidin.

Selain itu, ramai juga yang terpegun melihat keadaan wajah dan rambut Che Ta yang maintain meletop seperti biasa, siap dengan bulu mata palsu yang tidak pernah ditinggalkan.

Sedangkan ibu yang baru melahirkan, biasanya kelihatan agak pucat dan letih selepas kehilangan banyak darah.
Sementara itu, Easkey Photography juga tidak melepaskan ruang yang ada bagi mengambil beberapa gambar posing ekslusif bayi perempuan Che Ta. Jom tengok di bawah.