Pages

Friday, 14 November 2014

Justin Bieber Bayar RM267,400 Kerana 'Telur'


New York: Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana insiden baling telur yang dilakukannya Januari lalu.

Penyanyi remaja berkenaan dituduh membaling telur ke arah rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Menurut majalah hiburan TMZ, Bieber melunaskan bayaran ganti rugi itu dan kini mengikuti kelas menangani kemarahan.

Buat masa ini Bieber diletakan dalam pemerhatian dan nampaknya dia berusaha untuk membetulkan kesilapannya.

Menurut sumber, dia sudah mengikuti enam daripada kelas berkenaan sebelum melakukan kerja kemasyarakatan.

Jika penyanyi berkenaan mematuhi hukuman yang dikenakan, dia dijangka dapat menamatkannya menjelang 10 Februari tahun depan.

Bagaimanapun, menurut sumber, tempoh pengawasannya hanya akan berakhir pada 2016. - Agensi

MetroOnline
View the original article here

Kanak-kanak Kasihan Ini Akan Mati Jika Berpeluh



Fred James Mesti Berada dalam Keadaan suhu normal, kerana berpeluh dapat menyebabkannya kehilangan nyawa dan oleh kerana itu ibu bapanya hendaklah memastikan anaknya dalam keadaan sejuk pada setiap masa.


Ketika cuaca cerah dan hangat, kanak-kanak biasanya menghabiskan masa mereka diluar rumah dengan bermain bola atau saling bekejar-kejaran.


Namun pekara ini bukanlah suatu pilihan bagi Fred James, kerana pekara tersebut dapat menyebabkan kematiannya.


Budak berusia 5 tahun itu menderita keadaan genetik yang jarang berlaku, dimana dia lahir tanpa kelenjar peluh (liang ruma) dan tidak boleh berpeluh.


Dan jika tubuh Fred menjadi terlalu panas, ia akan terkena serangan yang sangat membahayakan nyawanya.


Untuk mengelakkan pekara itu, kedua orang tuanya iaitu Jon James (39), dan Sarah Jones (33), dari Truro, Cornwall, harus memastikan suhu badan anak mereka itu tetap sejuk dengan menggunakan kipas, semburan air dan bongkah ais.


"Kami melakukan segala sesuatu yang kami boleh untuk menjaganya agar tidak kepanasan. Ini bermakna dia harus diawasi sepanjang masa. Dia terkena sawan ketika terlalu panas dan ini sangat menakutkan kami." jelas si ibu, Sarah.


Sarah berkata bahawa dia mengetahuinya sejak anaknya dilahirkan.













Fred berjaya diselamatkan setelah mengalami masalah pernafasan, dan dia kemudian harus berada dalam rawatan intensif selama empat hari pertama hidupnya.


Bahkan ia juga beberapa kali terkapar dan tak bernyawa akibat keadaannya ini.


Diketahui, Fred menderita penyakit yang disebut Anhidrotic Ectodermal Displasia, dimana penderitanya tidak mempunyai kelenjar peluh.


"Kelebihan panas adalah kebimbangan terbesar pada pesakit kelainan ini, kerana akan menyebabkan serangan yang tiba-tiba dan boleh menyebabkan kematian jika tidak diawasi dengan betul." jelas Diana Perry, Ketua Pegawai Eksekutif dari Ectodermal Displasia Society.


Dia menambah bahawa masalah lain yang juga dihadapi adalah menjaga suhu tubuh pesakit tetap stabil ketika bulan-bulan musim sejuk, dan merupakan yang paling sukar kerana suhu badan pesakit cenderung terlalu sejuk dan sukar untuk dihangatkan.


Gejala utama yang lain adalah kurangnya gigi. Dimana beberapa pesakit kelainan ini tidak mempunyai gigi susu sama sekali, dan mungkin beberapa gigi dewasa tidak akan berkembang.


Di UK hanya 400 orang yang diketahui menderita Ectodermal Displasia, dan hingga saat ini tidak ada penyembuhnya.

sumber

View the original article here

Solat Di Parkir PWTC, Akhirnya Zahiril Adzim Beri Penjelasan Sebenar

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.
“Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.
“Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online.
Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.
10805691_294550327420856_2564110245858365863_n1
Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.
Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.
“Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.
“Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya.
MSTAR ONLINE

2 Foto terbaru Marissa Alyahya, adik perempuan Scha-Alyahya semakin cun melecun


Pelakon dan pengacara steady, Scha-Alyahya ada seorang adik kembar bernama Marissa Alyahya. Orangnya bukan sahaja tinggi malah secantik dan sejelita kakaknya.

Menariknya, penampilan Marissa Alyahya sejak akhir-akhir ini semakin memukau dan cun melecun. Tentu ramai jejaka kacak di luar sana perasaan dengan perubahan Marissa ini.

Gambar terkini adik perempuan kembar Scha-Alyahya - Dalam diam rupanya Scha Alyahya mempunyai seorang adik perempuan kembar yang hampir sama dengan raut wajahnya. Yang membezakan dua adik-beradik ini ialah cara senyuman dan ketinggian.

Apapun, kejelitaan dan keputihan kulit muka Scha lebih menyerlah mungkin kerana pengambilan produk-produk kecantikan yang bermacam-macam sejak beliau bergelar artis terkenal tempatan.