Pages

Friday, 19 December 2014

Tindakan mengejut bekas suami Abby Abadi gemparkan dunia hiburan tempatan



Selepas sah bercerai pada 9 Mei lalu, cerita mengenai Abby Abadi dan Farhan tidak lagi begitu hangat diperkatakan orang ramai dan semakin dilupakan dek kerana timbul banyak kontroversi lain sejak akhir-akhir ini.

Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.

Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini,"
ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.
Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,"
ujarnya.

Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.

Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.
Sumber : mStar


Objek Seperti Lintah Dijumpai Dalam Milo Kotak




Semalam seorang individu telah memuat naik dilaman facebooknya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau menjumpai objek yang seakan-akan lintah di dalam minuman milo kotak yang diminumnya


Beliau,Teh Suan Sim Shirley, nyata amat terkejut kerana air tersebut telah diminum oleh anaknya. Beliau menyedari perkara ini apabila anaknya tidak dapat menghabiskan air tersebut kerana tersekat dan meminta tolongnya

Pada mulanya Teh mencuba minum air yang masih tinggal lagi 3/4 kotak tersebut dan berasa pelik dengan air tersebut. Beliau membuat keputusan untuk menebuk kotak tersebut dan terkejut besar apabila menjumpai objek itu.



beliau meminta pendapat orang ramai apa yang harus dilakukannya dan amat bimbang akan kesihatan anaknya kerana telah meminum air yang telah dicemari tersebut.

Perkembangan hari ini beliau dikataka akan membawa perkara ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk tindakan lanjut-Siakapkeli.com.my

Thursday, 18 December 2014

APA SUDAH JADI KEPADA HIDUNG NASHA AZIZ, KENAPA SEMAKIN PELIK? (GAMBAR)



Rasanya memang lama betul tak dengar cerita mengenai pelakon Nasha Aziz. Boleh dikatakan Nasha Aziz adalah antara pelakon kesukaan ammboi. Lakonan dari beliau memang mantap dan berkesan. Apatah lagi dengan pakej lain yang dimilikinya termasuklah kejelitaan wajah beliau sudah tentu menarik perhatian ramai.

Namun begitu, timbul pula isu pelik berkaitan dengan Nasha Aziz. Kononnya ada sesuatu yang berlaku kepada wajahnya. Menerusi forum.cari.com.my, mereka hangat membincangkan mengenai apa yang berlaku kepada hidung Nasha Aziz.  Menerusi sekeping gambar terkini wajah Nasha, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena berbanding hidung beliau sebelum ini yang agak mancung.
hidung nasha aziz
Kalau mengikut komen-komen dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, masih tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan berkenaan.
gambar terkini nasha aziz
nasha aziz
Bagi ammboi, tak perlulah nak lebih-lebih kutuk Nasha. Mungkin perkara ini berlaku kerana kesilapan semasa makeup atau sudut kamera membuatkan wajah Nasha kelihatan tidak berapa ok. Apapun kita tunggu apa-apa ulasan dari Nasha sendiri pihak yang berkenaan dengannya. Bab pembedahan plastik tu ammboi tak berani ulas…
p/s: Semua pada milik kita anugerah Nya… Bersyukurlah…

Gambar mengejutkan, pakaian ketat Siti Nurhaliza terlalu mengancam


Inilah gambar mengejutkan Datuk Siti Nurhaliza ketika tampil amat mengancam dengan menggayakan baju kurung ketat.

Sejak mengambil keputusan untuk berhijab penuh pada Januari tahun lalu, penampilan Dato' Siti Nurhaliza tampak semakin cantik dan anggun pada pengamatan kami.
Tanpa terpengaruh dengan fesyen-fesyen singkat yang sering ditampilkan kebanyakkan artis lain, Siti lebih selesa untuk menggayakan baju-baju kebaya yang tidak begitu ketat untuk disesuaikan dengan tudung labuh rekaannya.
Bagaimanapun, penampilan Datuk Siti Nurhaliza untuk menghiasi muka depan majalah Media Hiburan baru-baru ini agak berbeza. Beliau tampil dengan baju kurang ketat mengikut bentuk yang amat mengancam sehingga menyerlahkan kejelitaannya.