Pages

Sunday, 8 February 2015

"Pemergian Ayah Pembakar Semangat Kami Untuk Mengubah Kehidupan" - ZERO





Final program Maharaja Lawak Mega 2014 sudahpun melabuhkan tirainya. Antara kumpulan yang mula mendapat tempat di hati peminat adalah kumpulan 3 adik beradik yang berasal dari Sabah iaitu Zero.

Ditanya mengenai kisah hidup mereka bertiga sebelum menyertai MLM, mereka meluahkan bahawa kehilangan ayah yang cacat penglihatan menjadi pembakar semangat untuk mengubah hidup yang lebih baik demi adik beradik yang lain. 

 

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.
Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.

Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami.
Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa. Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak.

Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.
Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2014. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.

Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.
Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami.

Admin: Apapun, kami ucapkan tahniah kepada kumpulan ZERO.

Akhirnya 4 gambar amat kacak kekasih baru Abby Abadi kini terbongkar?


Tabik spring kami dengan Abby Abadi yang begitu cepat mencari pengganti hati meskipun baru bercerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada Jun tahun lalu.

Mungkin inilah yang dikatakan sebagai jodoh itu tak ke mana dan akan datang sendiri jika sudah tiba masanya. Betul tak?

Untuk info, kekasih baru Abby ini seorang jejaka yang sangat kacak dan boleh menyebabkan ramai wanita di luar cair hati pada pandang pertama. Hehehe

Rupanya Ustazah Abby Abadi ni dalam duk kecoh menegur isu agama, dia ni sedang bercinta dengan seorang ustaz yang agak kacak. Nak cari pengganti baru la tu, tak silap Miss A, dia pun dah bercerai dengan bekas suami pada pertengahan tahun lalu.

Sebelum ni ada jugak dengar desas-desus Abby sedang bercinta. Tapi tak tahu pulak gerangan lelaki tu ialah ustaz. Cepat jugak Abby dapat pengganti kan? Boleh jadi keluarga Ustaz dan Ustazah la lepas ni.

Miss A dapat tahu Ustaz tu memang serius dengan Abby dan meracang nak memperisterikan Abby tak lama lagi, benda yang baik memang harus dipercepatkan. Tak manis pulak kalau orang tengok, nampak gayanya macam mereka ni dah lama kenal. lelaki tu pun mesra je dengan anak-anak Abby.
Iyalah, nak mengorat mak kena lah pikat hati anak-anaknya sama. Nanti anak-anak tak suka, memang tak menjadi la nak kahwin dengan mak diorang. Jom kita layan gambar mereka bersama.
Sumber asal : Oh-bintang


6 Gambar rumah baru Fizo Omar dan Mawar yang amat mewah


Pasangan Fizo Omar dan Mawar sememangnya sering kali menjadi perhatian orang ramai dek kerana beberapa siri kontroversi yang dikaitkan dengan nama mereka sebelum ini.

Begitupun, mereka berjaya menepis dan bertahan dengan semua tomahan dan kritikan dari peminat. Kini nama Fizo dan Mawar sudah semakin jarang disebut-sebut.

Akhirnya, semua kontroversi lalu reda juga meskipun memakan sedikit masa.

Gambar rumah baru Fizo Omar dan Mawar - Perkenalan singkat antara Fizo Omar dan Mawar membawa kepada ikatan perkahwinan pada 10 November tahun lalu. Kini, mereka sudah bergelar sebagai pasangan suami isteri yang sah selama 5 bulan.

Melalui gambar-gambar terkini Fizo Omar dan Mawar yang sedang giat mengubahsuai rumah mereka di bawah, jelas membuktikan tindakan berkahwin dahulu dan kemudian bercinta satu langkah yang betul.

Kalau sudah jodoh, tempoh perkenalan singkat bukan masalah utama untuk berkahwin. Yang penting kedua-dua pihak bersedia ke arah itu.







Saturday, 7 February 2015

Sesuatu Yang Menarik Pada Janda Ini Yang Buatkan Korang 'Kagum' Dan Seronok Untuk Melihat!

Pelbagai persoalan yang muncul mengenai status janda . Janda adalah gelaran bagi seorang wanita yang pernah berkahwin. Janda juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan suaminya…

Namun begitu , apabila dengar sahaja perkataan janda, ianya sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin. Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Jom baca 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda tentang janda !

1.) Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menggoda .


2). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah bersedia .

3). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya .

4). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda mudah mesra dan manja .

5). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menggula .

6). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menjaga .

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai bekerja .

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah tahu semua benda .

9). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja .

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda kurang belanja kosnya .

Namun begitu harus diingat ! Bukan semua janda mudah didekati malah kadang kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara....fikir-fikirkanlah ya...

Sumber