Pages

Tuesday, 24 March 2015

2 Foto Wisma Dato' Aliff Syukri bernilai RM25 Juta ini buat anda tercengang!

Pergh. Itu je yang kami boleh cakap! Kami agak terkesima apabila Dato Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya memaklumkan bahawa wajahnya bakal terpampang besar di bangunan bernilai RM 25 Juta!

Lebih mengujakan lagi, wisma mewah yang memakan belanja sebanyak RM 2 juta untuk kos renovasi itu adalah hasil penat lelahnya selama ini menempuhi dugaan sebagai pengasas produk kecantikan. Salute Dato!

"Saya sedang melihat progress di bangunan baru saya..Bermula berniaga dipasar tani 2 tahun berturut-turut dan menjaja dari office ke office dan berkat sabar dan usaha dahulu…tak ada kata-kata yang boleh saya ungkapkan dgn kata-kata…hari ni adalah hari yang paling-paling bersejarah dalam hidup…saya,wife saya,team d’herbs stokis pengguna mak abah nenek kontraktor semua…

insyallah wisma yang berwarna hijau bertemakan logo @dherbsworldwide yang mempunyai rumah pengawal persendiriaan lift 4unit dan tanah persendirian seluas seekar setenggah dan size banggunan seluas 32000sq juga akan di pagar dan dilengkapi dengan power liff yg besar,sky caffe, beauty spa,dan private parking ini dlm 1 bumbungn..hhahaha ini baru lah namaya wisma bukan lot kedai biasa yg saya diami sekrang yg..

saya nak buktikan syarikat melayu bumiputra juga mampu duduk sama tinggi berdiri sama renda dengan syarikat antara bagsa yg saya contohi selamaa ini iaitu avon..syukur penat jereh saya berbaloii..saya rasa sperti berangan…..wisma ini berada di lokasi stategik ditengah bandar kota damansara daerah petaling jaya wisma bernilai rm25juta dan kos renovationya mncecah rm2juta!!saya seakan bermimpi dengan pencapaian saya pd umur 27tahun tanpa bantuan/sponser/pinjaman dr mana mana pihak.."

Sunday, 22 March 2015

SAYU !! Ucapan Aniversary Ke2 Dari ALYAH Untuk RAMLI MS Yang Sangat Menyentuh Hati

SAYU!! UCAPAN ANIVERSARY DARI ALYAH BUAT RAMLI MS
# Sedar tak sedar, diam tak diam, rupa-rupanya usia perkahwinan di antara penyanyi popular Alyah dan komposer Datuk Ramli MS kini sudahpun masuk tahun kedua.



#Rasanya macam baru aje semua ini berlalu kan? Sebagai memperingati kembali ikatan janji setia yang telah terbina ketika dua tahun lalu,  penyanyi jelita itu telah menghadiahkan sekeping kad yang tertulis kata ucapan ulangtahun perkahwinan mereka uang sangat menyentuh hati.





Status terkini  Instagram #Alyah, telah dimuatkan sekeping gambar kad ucapan uang tahun kepada suaminya  dengan kata-kata yang sungguh menyentuh hati.

#Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Alyah memang redha terhadap segala dugaan yang telah menimpa perkahwinannya.


#Semua orang memang  dah pun maklum tentang peristiwa yang melanda hubungan antara pasangan suami isteri selebriti  ini kan? Di sebabkan keprihatinan, ramai peminat yang telah mendoakan agar rumahtangga Alyah akan sentiasa bahagia dan dirahmati.

#Apapun, kami ingin mengucapkan Happy 2nd Anniversary kepada Alyah dan Ramli. Semoga tak lama lagi akan menimang cahaya mata pula.

Ustaz Kazim Elias buat pendedahan disihir 4 kali kerana berdakwah

Meskipun tidak lagi muncul dalam program televisyen selepas ini, bukan bermakna susuk tubuh bernama Mohd Kazim Elias ini luntur semangatnya dalam berdakwah.
Mohd Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebaliknya berkata, beliau akan terus menyebarkan ilmu ALLAH ini dengan cara ‘low profile’ kepada seluruh masyarakat Islam.
Bercakap kepada Sinar Online, Ustaz Kazim berkata, jika tidak mampu berhadapan dengan rintangan sebagai pendakwah, sudah lama beliau bersara, namun itu bukan pilihannya.
“Alhamdulillah saya sudah berdakwah lebih kurang 24 tahun, saya pernah melalui pelbagai ranjau dan duri dalam berdakwah. Saya pernah disihir empat kali dan pernah dibedah sebab sihir apabila dibedah doktor kata tidak menjumpai ‘penyakit’ itu, namun saya terus berdakwah.

“Namun kini, saya rasa pendekatan saya mungkin perlu berubah, biarlah saya memberi peluang kepada pendakwah muka baharu untuk berceramah,” luahnya.
Berbicara lanjut Ustaz Kazim berkata, selain pernah ditipu bayaran beliau juga acapkali difitnah.
“Saya pernah diberi cek tendang, dan sudah banyak kali akaun palsu FB dibuat untuk menjatuhkan saya. Tetapi saya terus sabar. Sekarang saya fikir sudah tiba masanya saya ‘menghentikan’ semua itu, jadi saya pilih tidak perlulah lagi saya muncul di kaca televisyen, cukuplah sekadar saya berceramah di tempat awam hanya apabila ada orang panggil,” tuturnya.
Namun begitu ujarnya, peminat masih boleh menontonnya di kaca televisyen menerusi rancangan “Kalau Dah Jodoh” di Astro Oasis, rancangan “Bismillah” terbitan TV3 dan satu lagi di rancangan “Kopi Bersama Ustaz Kazim” di TV9.
“Hanya itu sahaja, saya juga sudah batalkan 10 program yang melibatkan saya,” katanya.
Kelmarin, Kazim membuat keputusan menarik diri daripada muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen menerusi Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Batu Kurau yang disiarkan secara langsung melalui siaran RTM1.
Bagaimanapun beliau akan meneruskan ceramah bagi rancangan yang telah dipersetujui secara hitam putih termasuk program ‘Kalau Dah Jodoh’ yang kini masih berbaki 10 episod.
Sumber : Beritamalaysia

15 Foto sekitar karpet merah Anugerah Drama Festival KL 2015

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2015), festival drama lebih besar, lebih dramatik serta menyediakan platform untuk menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan kini kembali bagi tahun 2015!
Pada tahun kedua ini, DFKL 2015 yang dibawakan oleh TV3 dan TV9 menjanjikan pengisian yang lebih baik, menarik dan turut menampilkan wajah-wajah baru seperti pelakon, pelawak, pengarah filem dan animasi yang terkemuka dan mendapat pengiktirafan tidak hanya dalam industri hiburan tanah air malahan luar negara.
DFKL pada tahun ini turut mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia sebagai duta utama DFKL 2015. Sementara Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. 
Mereka akan mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.
Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman akan terlibat dalam bengkel yang bakal diadakan pada 14 dan 15 Mac nanti. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. 
Antaranya ialah Datuk Yusof Haslam, Sheila Rusly, Remy Ishak, Adi Putra, Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque), Usamah Zaid (Wau Studio), Nizam (Animonsta),Tariq (Glue Studios) dan ramai lagi - Budiey.
Apapun, mari saksikan 15 foto sekitar karpet merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 yang sedang berlangsung ketika ini.