Pages

Saturday, 9 May 2015

UITM "HALAU" IBU DATANG HADIRI MAJLIS KONVOKESYEN...DISEBABKAN??

Hanya kerana tidak berpakaian mengikut kod etika yang telah ditetapkan, seorang ibu yang datang jauh dari Sarawak tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan bagi menyaksikan anak perempuannya menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen UiTM, Shah Alam.
Marjorie Abdullah, berkongsikan kisah pengalamannya itu melalui laman Facebooknya serta memuat naik dua gambar ketika menghadiri konvokesyen anak gadisnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Inilah pakaian yang dipakai menyebabkan saya dihalau keluar dari majlis konvokesyen UiTM, Shah Alam," tulisnya dalam kapsyen gambar tersebut.
Menurut sumber, kod etika berpakaian bagi majlis konvokesyen UiTM telah menetapkan, para pelajar perempuan serta ibu atau waris wanita yang hadir ke majlis itu hanya dibenarkan memakai baju kurung atau blaus, manakala seluar adalah tidak dibenarkan.
Menurut Marjorie, dia tidak tahu mengenai kod etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM itu kerana dia tinggal di Sarawak. Marjorie juga mendakwa arahan mengenakan pakaian itu tidak dinyatakan dalam kad jemputan.
"Saya tidak sepatutnya memakai seluar untuk menghadiri konvokesyen itu, tetapi saya berada di Sarawak dan mereka tidak menerima alasan itu," katanya yang mengakui kesilapannya.
Akibat dari insiden itu, anak gadis dan tunangnya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis konvokesyen masing-masing selain dari tidak berpuas hati dengan tindakan UiTM yang langsung tidak mahu bertolak ansur dengan ibunya yang datang dari jauh.
Insiden yang menimpa Marjorie itu mendapat perhatian dari netizen dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap apa yang terjadi pada Marjorie dan anaknya.
Netizen juga turut mempertikaikan tindakan UiTM yang 'tegas tidak bertempat' sehingga menidakkan seorang ibu melihat anaknya mengenggam segulung ijazah.
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kod etika pakaian majlis berkenaan bukanlah peraturan baru. Ia sudah lama diamalkan dan menafikan dakwaan Marjorie yang mengatakan kod etika itu tidak dijelaskan dalam kad jemputan.

"Etika ini perlu diikuti, kerana ia melibatkan disiplin dan sekiranya tidak ditetapkan, pelbagai ragam pakaian akan dikenakan," katanya.
Reaksi yang berlainan pula dari bekas-bekas pelajar UiTM yang menyifatkan tindakan Marjorie itu adalah satu tindakan yang tidak cerdik kerana dia telah memviralkan 'kebodohan' dirinya kepada orang ramai.
"Masuk rumah orang kenalah ikut cara rumah orang. Sama juga dengan kes ini, masuk ke majlis orang, kena ikut kod etika pakaian yang telah ditetapkan oleh UiTM," kata mereka.Sumber

Mendiang Karpal Singh Membongkarkan Rahsia Saiful Bukhari Yang Mengejutkan Umat Islam

Assalamualaikum all the geng thanks sudi singgah semasa mencari info untuk dikongsikan kepada umum admin terbaca sesuatu yang menarik daripada fan pages Amran Fans. Pada mulanya tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh si Amran ni last-last baru dapat tangkap ia perbualan antara Saiful dan Anuar itulah dialognya S dan A anda lihat Print screen dibawah
kemudian ribuan peminat Amran yang memberikan pelbagai komen status Amran Tersebut NAmun apa yang sangat mengejutkan anda baca sendiri komen daripada Peminat Amran ini tak pasti dimana beliau mendapatkan info ini
dialog diatas KS ialah Karpal Singh manakala SB: ialah Saiful Bukhari jadi anda fikirkanlah sendiri jika tidak keberatan sila share info ini melalui button share yang disediakan dibawah
 
sumber 

15 GAMBAR - FAHRIN AHMAD SAH BERGELAR SUAMI ELENA HANI

Segala tanda tanya mengenai identiti bakal isteri Fahrin Ahmad, 36, sudah terjawab apabila Fahrin telah selamat dinikahkan dengan Elena Hani Eleas, 37, dengan hanya sekali lafaz pagi tadi.

Difahamkan Elena isteri kepada Fahrin adalah seorang pramugari penerbangan Emirates (Arab Saudi).

Di dalam majlis tersebut, Fahrin telah memberi mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin kepada Elena Hani.

Klik gambar untuk size besar




Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu telah dihadiri oleh ibubapa kedua belah pihak dan tetamu yang terdekat.

Tahniah diucapkan!





























Sebab Kenapa Buang Air Besar Mencangkung Lebih Baik Dari Duduk?

Apa jenis tandas yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis tandas. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.
Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.
Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.
Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja tandas jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang dilampirkan.
Sebab Kenapa Buang Air Besar Mencangkung Lebih Baik Dari Duduk? Sebab Kenapa Buang Air Besar Mencangkung Lebih Baik Dari Duduk?

Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.
Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.
Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.
Ajarlah anak-anak berak bertinggung. Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.