Thursday 21 May 2015
AWAS !!! Pengguna Lebuhraya Sila Berhati-hati Dengan Taktik Baru Perompak !!
#Salam
para sahabat. Sila ambil perhatian tentang adanya satu kumpulan
perompak pengguna lebuhraya PLUS sedang berleluasa di kawasan sekitar KM
102, di antara Tmn Ria Jaya, pasar Singgah Selalu sebelah Timur dan Tmn
Ria Indah sebelah Barat.
#Modus
operandi mereka ialah meletakkan batu2 dari sungai sebesar buah kelapa
dan berwarna gelap pada waktu tengah malam. Bila kita langgar batu
tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan perompak ini akan menyerang
hendap dan merompak.
Saya
terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari arah
tol tmn Sejati ke tol SP(U). Alhamdulillah kereta saya boleh terus
dipandu, dgn keadaan minyak selinder habis bocor sebab bhg bawah enjin
pecah, sampai enjin mati selepas tol SPU.
Berikut gambar kereta saya dan mangsa lain..
#Malam
tadi seorang kawan,Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami
kemalangan yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam
dari arah utara.
Jadi
rupa2nya penjenayah / pengkhianat anak haram jadah ini, seorang atau
berkumpulan, sudah memasang perangkap di lokasi2 pilihan. Maknanya
operasi puak2 tak berhati perut ini boleh dibuat di mana2 sahaja lokasi
yg strategik di lebuhraya.
#Mungkin
mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya
senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil.
Anak haram sungguh depa ni. Saya harap pihak PLUS dpt mengesan barua2
ini dari rakaman kamera di palang2 tol akan kereta2 syak yang lewat
selepas waktu kejadian.
Selepas
cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa saya
pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu tersebut, dlm
saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak seorang lelaki
berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya sebelah kiri. Skg
baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu dok tunggu di tepi
highway pada waktu2 larut mlm awal pagi mcm tu?
#Dalam
kes saya, Alhamdulillah.. Allah membolehkan kereta saya itu, walau pun
minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di bhg
bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin nak
mati, dan saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati
palang tol lorong SmartTag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35
(dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana
selepas itu baru enjin mati. Habislah hancur bahagian2 dlm enjin yg
bergerak kerana enjin terus hidup sejauh 3 km dlm keadaan tidak ada
minyak enjin.
#Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.
Saya
harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada waktu
dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed trap
pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah kita.
#Tak
terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu memasang
perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap warna
pada laluan sebelah kanan, iaitu laluan laju. Menurut sahabat saya yg
kerja kat PLUS tu gambar2 batu tersebut ada pada PLUS.
Mungkin anak2 haram jadah tu tunggu nak rompak atau tunggu nak panggil tow truck.
Diharapkan
para sahabat berhati2. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis dpt
memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yg seorang atau
bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.
Harap2 korang dapat share kepada kawan-kawan yang lain............
Sumber : nadiaspirasi.com
Kisah Romantis Perkahwinan Gadis Melayu & Jejaka Korea Ini Pasti Buat Korang Tersenyum
Kini Trending
Ibarat bulan jatuh riba. Mungkin itu perumpamaan yang paling tepat dan sesuai untuk menggambarkan kisah menarik gadis Melayu berusia 23 tahun yang berjaya mengahwini jejaka Korea ini.
Siapa sangka bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin beberapa bulan kemudian.
Namun di sebalik perkahwinan tersebut, banyak cerita menarik dan kelakar yang dikongsikan oleh Fadhi sendiri menerusi laman blognya. Kami yakin korang mesti tersenyum sendiri bila baca nanti. So sweet!
Nikah Selepas 3 Bulan Kenal
Menurut Fadhi selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.
Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim namun 3 bulan kemudian mereka berdua melangsungkan pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan.
Sanding pun belum lagi sebab masing-masing busy. Ini kisah bagaimana mereka berkenalan.
Kini Belajar Di Korea
Menurut bacaan kami di blog Fadhi, dirinya kini sedang mengikuti pengajian di Sungkyunkwan University di Korea.
Paling menarik, kalau korang merancang untuk melancong ke Korea, boleh lah dapatkan harga pakej percutian yang sangat murah dengan Fadhi. Tourist guide gitu.
Sebenarnya banyak lagi kisah menarik berkahwin dengan jejaka Korea yang dikongsi oleh Fadhi di blog dirinya. Korang boleh baca sendiri ye.
Kredit Foto : I am Fadhi
PERKAHWINAN TERMAHAL di Malaysia Setakat Ini.! Perghhhh..!
3. Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)
#Salah satu majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung
dalam sejarah Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan
usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
Siapa ranking pertama..???????????????????
4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
#Penyatuan di antara personaliti televisyen popular Marion Caunter dan
Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin
merupakan salah satu majilis perkahwinan yang paling diperkatakan di
dalam arena hibuaran tempatan.
#Majlis perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin
Oriental, dan dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka seperti Elainy
Daly, Deborah Henry, Tom Abang Saufi dan Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin. Bintang pop tempatan Ning Baizura dan Sean Ghazi
menyampaikan persembahan beserta pancaragam Russell Curtis.
#Jumlah tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan tertutup ini
pada tahun 2010 tidak diketahui. Namun, Mandarin Oriental dianggarkan
telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap individu.
#Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.
3. Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)
#Salah satu majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung
dalam sejarah Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan
usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
#Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang
berlangsung pada tahun 2006 tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12
juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah
Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin
RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.
#Pasangan ini kemudiannya menafikan tuntutan tersebut, dengan mengatakan
bahawa kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah
ditaja.
#Walau bagaimanapun, mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen
televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka.
Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan
telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta
penonton seluruh negara.
#Pada tahun 2010, E! News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan
Selebriti Ketiga Yang Paling Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina,
Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan superstar Bollywood, Aishwarya
Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.
2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee
#Pengasas BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus,
Elizabeth Lee telah meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara
yang paling mewah pada tahun 2014.
#Perkahwinan mereka yang bertema karnival telah berlangsung di Stadium
Chin Woo, Kuala Lumpur. Ianya berlangsung seumpama pesta ria yang
meriah, termasuk hiasan tengah karusel berputar, pancaragam ayunan 25
keping, penari aerial trapez, penari balet, perenang serentak, serta
pelbagai jenis kek perkahwinan yang berwarna-warni.
#Menurut salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang
berprofil tinggi ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya
RM54,000 untuk persembahan sahaja.
#Walaupun ia agak sukar untuk menganggarkan jumlah kos perbelanjaan
untuk majlis perkahwinan bertema carnival ini, ada kemungkinan yang
pasangan tersebut telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk karusel
sahaja dan RM50,000 untuk lampu hiasan.
#Kos untuk fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya
untuk perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.
#Sebelum itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan
parti teh pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional
Cina di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.
1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin
#Dengan penajaan yang bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che
Wan dan teman pelakon beliau, Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar
sebagai “perkahwinan yang paling mewah di tahun tersebut”.
#Penajaan termasuk barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.
#Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.
#Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)