Pages

Tuesday 29 July 2014

Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17

Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17 - Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah mengambil semua 196 mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 Malaysia Airlines terhempas.



Wartawan Associated Press (AP) melihat puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak dan membawa pergi. 



Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas.

Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro, berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata.

Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa Berita Harian.






View the original article here

Isteri Ezany Nizarif dilarikan seseorang pada waktu subuh

Gempar Lizda Nuryanti, isteri Ezany Nizarif ghaib dari rumah waktu subuh - Berikutan tindakan Lizda Nuryanti, isteri Ezany Nizarif tidak pulang rumah sejak empat hari lalu, aktor itu telah membuat laporan polis.



"Pada hari Khamis, 17 Julai yang lalu, saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi dan saya mendapati isteri saya tiada. Pintu bilik terbuka, pintu rumah pun tidak berkunci. Saya lihat kunci rumah yang selalu dia bawa pun ada di rumah. Saya cuba hubunginya tetapi gagal. Saya tidak tahu apa yang berlaku," demikian dakwa pelakon Ezany Nizarif, 41, mengenai satu laporan polis yang dibuatnya semalam.



"Saya buat laporan itu untuk tujuan keselamatan dan saya sendiri tak tahu apa status isteri saya sebenarnya. Sama ada dia menghilangkan diri, dilarikan, diculik atau sebagainya. Saya tak tahu isteri saya ke mana. Tapi ada sumber yang memberitahu saya, orangnya adalah seorang wanita.



"Dia telah menghantar mesej kepada saya menerusi laman Facebook dan mengatakan suaminya ada hubungan dengan isteri saya. Sudah lebih empat hari dia menghilang, jadi bila saya buat laporan polis, saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut."






View the original article here

Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar

Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar - Pemain perseorang nombor satu dunia, Lee Chong Wei tampil membuka mulut dan membuat pendedahan pertama berhubung punca prestasi merudum pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren pada saingan Piala Thomas yang sedang berlangsung ketika ini.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia dan barisan kejurulatihan sudah lama mengesan perubahan pada diri Liew namun enggan memberitahu kepada umum sebaliknya memberi nasihat dan teguran berterusan. Katanya lagi, penurunan prestasi pemain berusia 27 tahun itu disebabkan sikap ego yang tinggi selepas memenangi gelaran pertamanya di Terbuka Perancis pada 2012.

“Dia ingat dia sudah bagus. Masa sesi latihan apabila jurulatih bagi nasihat, dia tak mahu ikut. Sudah mula seperti tidak mahu terima nasihat orang lain. Saya sendiri pernah marah dia. 

Saya beritahu kepadanya, masa dia masih berada di bawah, memang tiada tekanan tapi bila dia sudah menghampiri standard saya, tekanan pasti berbeza."



View the original article here

Luahan mengejut Enot mengenai perangai sebenar bekas suami

Luahan mengejut Enot mengenai perangai sebenar bekas suami - Selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.

Walaupun memberikan jawapan yang tidak secara langsung namun ramai pasti mengetahui maksud Enot di sebalik penjelasannnya. Kata ibu kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina itu, dia sudah serik untuk berkahwin kerana tidak mahu lagi menanggung suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami. 

"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik." 

Untuk pengetahuan, Enot pernah berkahwin dengan bekas suami kedua, Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 namun bercerai lima tahun kemudian kerana tiada persefahaman. Dengan bekas suami pertama pula, Enot dikaruniakan dua cahayamata.




View the original article here