Pages

Tuesday 4 November 2014

Luahan sedih Rozita Che Wan tidak sanggup dimadukan dengan wanita lain

Kelahiran bayi pertama pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada Ahad lalu (01.11.2014) di Pusat Perubatan Ampang Puteri mengeratkan lagi hubungan suami isteri dua selebriti terkenal ini yang dibina sejak setahun lalu (12.12.2013).
Begitupun, Che Ta sebelum ini pernah membuat luahan hati berhubung tidak sanggup bermadu dengan wanita lain seperti yang dialami segelintir artis wanita lain.
 
Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,”
katanya.

Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya, dipetik dari akhbar Sinar Harian.
 

No comments:

Post a Comment