Pages

Showing posts with label dalam. Show all posts
Showing posts with label dalam. Show all posts

Saturday 26 July 2014

Pelik..!!.Tempat Pelancongan Ini Di Penuhi Dengan Pakaian Dalam Wanita



Bra merupakan salah satu pakaian dalam wanita yang paling kontroversi. Oleh kerana itu, tempat pelancongan yang unik di mana ada pagar tempat wanita melepaskan bra ini menjadi tempat pelancongan yang sangat kontoversi.

The Cardrona Bra Fence merupakan objek pelancongan yang kontroversi di Central Otago, New Zealand. Di mana di tempat ini terdapat beratus-ratus bra yang tergantung di atas pagar.

Tempat pelancongan ini bermula muncul pada tahun 1999 semasa di mana ada empat buah bra yang tergantung di pagar dawai, namun hingga saat ini tidak ada yang tahu siapa yang menggantungnya.

Seperti yang dilaporkan oleh Viva.co.id, Berita unik ini pun akhirnya tersebar ke beberapa negara, dan membuat pagar tersebut semakin dikenali oleh banyak orang.

Hingga pada tahun yang sama di bulan Februari terdpat 60 bra yang tergantung di pagar kawat tersebut. Lagi-lagi tidak ada yang tahu siapa yang melakukannya.

Berita ini pun semakin tersebar dan terkenal hingga ada banyak pelancong yang datang ke Central Otago tersebut dan menggantungkan bra di pagar kawat yang sama.

Setelah di bersihkan bra tersebut oleh penduduk setempat, pada tahun 2000 bra di pagar tersebut semakin meningkat iaitu berjumlah 200 bra. Hal ini membuat penduduk tempatan harus membersihkannya lagi.

Namun, kerana berita ini semakin tersebar luas, akhirnya ada banyak para pelancong yang berminat untuk datang ke sana dan menggantungkan bra mereka di pagar dawai tersebut.

Semakin hari semakin banyak para pelancong yang datang ke sana hingg akhirnya jumlah bra di sana semakin meningkat. Pada tahun 2006, bra di sana diketahui sudah berjumlah sebanyak 800 bra.

Jumlah bra tersebut sangat banyak sehingga membuat penduduk di sana merasa risih kerana merosakkan pemandangan. Banyak warga yang lain juga merasa malu dengan hal tersebut, akhirnya mereka memutuskan untuk menempuh upaya hukum agar pagar bra itu benar-benar hilang.

Pada masa tahun yang sama, mahkamah pun memutuskan untuk menghapuskan pagar tersebut, dengan alasan bahaya lalu lintas dan merosakkan pemandangan.

Namun, walaupun begitu masih saja ada para pelancong yang nakal dan masih menggantungkan bra mereka di sana.
View the original article here

Thursday 24 July 2014

10 Adegan Tak Logik Dalam Drama Tempatan


Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Hanya sekadar lawak Jenaka :)

View the original article here

Saturday 19 July 2014

Lelaki Tersangkut, Tertusuk Besi Pagar Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah

Beijing: Seorang lelaki berusia 30 tahun di Wuhan tersangkut pada pagar besi seperti daging kebab apabila tertusuk ketika cuba memanjat pagar berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci.

Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.


FotoWU ketika di hospital.

Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.

Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.

Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu.

Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi
View the original article here

Thursday 17 July 2014

WTF : [Video] Pengacara Tayang Dia Tak Pakai Seluar Dalam Depan Perdana Menteri Serbia

Pengacara Tayang Dia Tak Pakai Seluar Dalam Depan Perdana Menteri Serbia.
Semasa rancangan soal jawab antara Perdana Menteri Serbia Ivica Dacic dan seorang pengacara terkenal Serbia, PM telah dikenakan Prank oleh pengacara terkenal tersebut. Pengacara itu menunjukkannya yang dirinya tidak memakai seluar dalam pada pertengahan rancangan itu.


Pengacara itu dikatakan telah meniru gaya Sharon Stone dalam filem 'Basic Instinct. Namun bahagian Xrated itu telah dicencored kerana dirancang awal. Video itu kini mendapat 1.2 juta orang penontonnya. PM itu kelihatan mengintai bahagian pengacara itu dan kata-katanya agak bercelaru. Tetapi nasib baik kemudian dia cuba untuk mengawal dirinya. Ini adalah salah satu Rancangan TV Prank terkenal di negara tersebut. Video di bawah selepas gambar..

p/s: Bayangkan ini berlaku di negara kita, apa akan terjadi pada pengacara itu?




View the original article here

Thursday 3 July 2014

Rakaman Peminat Gila Terserempak dengan Messi dan Bintang Bolasepak Argentina Dalam Lift Hotel





Selain Messi, beberapa pemain bintang Argentina seperti, Javier Mascherano, Ricky Alvarez, Pablo Zabaleta, Gonzalo Higuain, dan Ezequiel Lavezzi, juga terdapat dalam lift tersebut.


Messi dan kawan-kawan pun hanya tersenyum takut melihat kelakuan peminat Brazil yang tak diketahui namanya itu, yang asyik menyebutkan nama-nama mereka sambil sesekali berteriak. Dalam video itu, Mascherano juga dirakam oleh kamera dalam keadaan yang mengantuk.







Peluang  itu tidak lama, kerana rombongan pemain Albiceleste itu kemudiannya terus keluar lift. Entah mungkin risau  dengan kelakuan peminat Brzail itu atau memang mereka memnag ingin keluar dari lift itu.

Apa  yang pasti ialah , peminat tersebut memang sangat beruntung mendapat  pengalaman berharga berada satu lift dengan sekumpulan bintang bolasepak dunia dari Argentina, walaupun  kesempatan itu hanya berlaku dalam beberapa saat sahaja. 




View the original article here

Video Terperangkap Dalam Spring Kereta Sejauh 100KM Tetapi Masih Bernyawa



RASA ingin tahu menyebabkan seekor anak kucing hampir terbunuh selepas terperangkap dalam suspensi sebuah kenderaan SUV.

Bagaimanapun idea mekanikal pemilik kenderaan dan orang ramai yang menyedari kewujudan seekor kucing dalam gegelung besi berkenaan berjaya menyelamatkan anak kucing itu. Walaupun kenderaan itu sudah di pandu sejauh 100 km.



Detik cemas itu dapat dilihat menerusi sebuah video dari Rusia yang dimuatkan di laman Youtube.

Selepas beberapa minit, gegelung besi itu berjaya ditanggalkan daripada kenderaaan pacuan empat roda berkenaan dan akhirnya usaha menyelamatkan anak kucing itu membuahkan hasil.

View the original article here

Friday 27 June 2014

Jom Lihat Masyarakat Terbuang Yang Hidup Dalam Pembentung

Di bawah jalan yang sibuk di Bucharest, ibu kota Romania, ada sebuah masyarakat bawah tanah penuh dengan orang buangan dan penagih. Mereka mula mencari perlindungan di dalam pembetung hampir dua dekad yang lalu, selepas kejatuhan komunis.

Sekarang, masyarakat aneh dan benar-benar bawah tanah ini telah terikat bersama untuk menjadi sebuah keluarga. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki, yang penuhi tatu dan bekas luka, yang di gelar "Bruce Luce."

Dia ditinggalkan ketika beliau masih berumur tiga tahun, tapi sekarang dia adalah pemimpin dari komuniti underground ini, penuh dengan penagih dadah termengah digelar Aurolac.
Ratusan masyarakat tebuang hidup di rangkaian yang luas dalam saluran pembentungngan.



















View the original article here

Thursday 26 June 2014

KURANG AJAR!!! Wanita Membuat 'Onar' Di Dalam Lif Dikehendaki


Tergamak seorang wanita bertindak di luar jangkaan apabila dengan selamba membuat aksi terlampau dengan kencing di dalam lif yang menjadi kemudahan yang disediakan untuk semua.

Wanita tersebut dilihat bertinggung dan kemudian bangun lalu meninggalkan 'lopak air' dalam lif tersebut.



Aksi tersebut sempat dirakam oleh litar tertutup (CCTV) yang terdapat di penjuru bahagian atas lif tersebut.

Wanita ini dikehendaki oleh Majlis Bandaraya Tanjong Pagar yang telah bertindak menampal poster-poster yang menunjukkan aksi wanita ini bagi mencari wanita 'biadap' terbabit.

Tindakan wanita tersebut telah mengakibatkan lif tergendala buat seketika akibat bau yang tidak menyenangkan.
View the original article here

Wednesday 25 June 2014

KETAHUI 30 0RANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah   RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti                Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin     Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas         RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az- Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur’an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi  Tholib     RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Kha lifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

    
Sumber / Biografi Muhammad Bin Abdullah ( Perjalanan Hidup Seorang Nabi)



View the original article here

Gambar Yang Memberi Erti Yang Sangat Mendalam Dalam Kehidupan


The life of an old man ... or perhaps sad end ... happy?















View the original article here

Gambar Insiden Patah Tulang Dalam Arena Sukan


Insiden Patah Tulang Dalam Arena Sukan























View the original article here

Tuesday 24 June 2014

Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika Kemaluan Wanita

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.


sepit

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang.-mStar


vulva

View the original article here

Friday 30 May 2014

OGHANG GHOMBAU BERSUARA: KJ Tuntut Siasatan Hina Azan Dalam Facebook



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.

Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter  dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.

Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.






View the original article here

Sunday 18 May 2014

CCTV - Bos Cium Setiausaha Dalam Lif ?




Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.
Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut.
Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?