Pages

Showing posts with label paling. Show all posts
Showing posts with label paling. Show all posts

Tuesday 15 July 2014

Gadis Paling di Cari di Malaysia Pada Tahun 2013


Fatin Liyana adalah seorang gadis yang paling dicari di google search Malaysia pada tahun 2013. Di dalam data yang dikeluarkan oleh google zeitgeist, Fatin Liyana tersenarai di ranking ke-6 dalam kategori “Fastest Rising People” iaitu manusia yang paling dicari di Malaysia pada tahun 2013.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana, kali ini saya akan membongkar siapakah sebenarnya gadis yang bernama Fatin Liyana ini. Fatin Liyana merupakan pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com. Bermula sebagai blogger pada tanggal 5 Januari 2009, gadis cantik molek ini dikenali ramai apabila berjaya menarik minat pembaca setia ke blognya. .

Fatin Liyana merupakan pelajar jurusan perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Pada awalnya, Fatin menulis blog bagi mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada di Indonesia. Pelbagai cerita pahit manis diceritakan pada blognya. .

Antara cerita Fatin di blognya adalah: .

“Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu,” cerita Fatin. Setiap usaha pasti ada hasilnya, setelah 3 tahun laman blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ kini mempunyai 33819 pengikut. Fatin Liyana gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup di blog miliknya itu. “Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti,” katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut.

Terbaru, Fatin sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan. .

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.“Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi,” kata gadis berbintang Gemini ini.

View the original article here

Monday 14 July 2014

PLAT NOMBOR KERETA YANG PALING ANGKUH DI MALAYSIA?

Nice One!

Bukan kereta anak Rozita kerana anak Rozita punya result tak gempak macam di bawah


Sumber Twitter @danialabrardaba

View the original article here

Friday 4 July 2014

Inilah Sungai Paling Menyeramkan Dan Yang Paling Kotor Di Dunia

Sungai Ganges ialah Sungai yang dianggap paling suci oleh penganut Agama Hindu.

Setiap hari ribuan orang datang untuk mandi didalam sungai ini bagi menyucikan diri mereka dari dosa. Setiap hari juga ratusan mayat dibakar di tebing dan debunya ditaburkan ke dalam Sungai.

Menurut kepercayaan masyarakat Hindu, sungai sepanjang 2,510 km ini adalah penjelmaan Dewi Gangga. Sekiranya penganut hindu ingin mencapai TAHAP Moksha, iaitu Kebebasan dari Dilahirkan semula kedunia (seumpama Nirvana dalam ajaran Buddha), mereka perlu menaburkan debu mereka ke dalam Sungai Ganges dalam upacara Asthi Visarjan.

Debu Gandhi dan George Harrison adalah antara debu yang pernah ditaburkan kedalam sungai ini.

Mayat bergelimpangan di Sungai Ganges.

Gambar-gambar diatas menunjukan bagaimana sungai yang di anggap suci oleh bangsa hindu, penuh dengan mayat-mayat membusuk yang terapung dan terdampar tebing sungai, bagi bangsa lain, ini sangat jijik dan mengerikan..



















































View the original article here

Wednesday 2 July 2014

Koleksi Gambar Wartawan Paling Jelita Di World Cup Rio 2014

Wartawan paling Jelita dan Seksi di World Cup Rio 2014 -Selain daripada isteri dan teman wanita pemain bola sepak serta peminat bola sepak, wartawan Piala Dunia juga sangat menarik.
Wartawan berasal dari Mexico, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia.

Aksi Vanessa menari di tepi padang berpakaian seksi mencuri perhatian peminat sukan termasyhur dunia ini.

Kini Vanessa dinobatkan sebagai wartawan kesukaan semua ketika Piala Dunia edisi kali ini !

























View the original article here

Lukisan 3D Paling Besar Dan Terpanjang Di Dunia

Seorang artis China melakar lukisan 3D di jalan raya yang meliputi kawasan seluas 2,737.5 meter persegi, menjadikan ia paling besar di dunia.

Menurut laporan Metro UK, Yang Yongchun dan kumpulannya melukis lukisan bertajuk Rhythms of Youth di jalan raya di kampus Universiti Komunikasi China di Nanjing, ibu negeri wilayah Jiangsu sebagai memperingati Sukan Olimpik Belia Musim Panas yang kedua.

Rhythms of Youth mempamerkan landskap bandar Nanjing dan Sungai Yangtze, selain maskot sukan itu, Lele.

Lukisan yang merangkumi kawasan seluas 27,986 kaki persegi itu mengetepikan  rekod sebelum ini yang berukuran 12,490 kaki persegi dihasilkan artis dari Britain Joe Hill pada 2011, selain meraih gelaran lukisan terpanjang di jalan raya iaitu sepanjang 365 meter.

“Kumpulan saya mengambil masa lebih 20 hari untuk menyiapkan lukisan ini.
“Setiap hari, kami bekerja mulai dari pagi ketika kami dapat membezakan pemisahan warna hingga ke waktu senja ketika sukar untuk kami melihat kerana keadaan persekitaran sudah gelap,” katanya.





View the original article here

Friday 27 June 2014

Swamp Soccer Sukan Paling Kotor Di Dunia

Swamp football (juga disebut swamp soccer) adalah olah raga paling kotor. Percaya atau tidak, sukan ini benar-benar wujud, terdapat juga kejohanan yang dianjurkan di negara-negara Eropah seperti Finland dan United Kingdom. Ia berasal dari Finland, di mana ia mula-mula dimainkan oleh pemain ski merentas desa yang sedang dalam latihan di kawasan paya dalam masa musim panas. Sekarang kejohanan tahunan berlaku di Finland, Sweden, Iceland dan UK. Terdapat tiga jenis pasukan dalam bola sepak paya, pasukan lelaki, pasukan wanita dan pasukan campuran dan semua terdiri daripada 6 pemain.

Kejohanan dunia swamp soccer kini diadakan setiap tahun di paya Vuorisuo, Hyrynsalmi, Finland. Pada kejohanan di tahun 2005 mendapat penyertaan seramai 5000 pemain. Semua pemain harus bermain di dalam kubang lumpur yang tebal. Tak hanya membuat penampilan mereka kelam kabut, lumpur itu juga menghalang pergerakan mereka.













View the original article here