Pages

Tuesday, 20 May 2014

Foto Nabila Huda cedera berlumuran darah di tangan dan badan

Foto Nabila Huda cedera berlumuran darah di tangan - Seram tengok tangan Nabila Huda yang penuh dengan akibat tercedera. Gaun yang dipakai pelakon seksi ini pun penuh dengan darah sehingga menimbulkan kebimbangan tentang apa sebenarnya yang berlaku ke atas Nabila.

Selepas menjenguk di laman Instagram ibu tunggal ini, penulis baru tahu bahawa Nabila sedang terlibat dalam penggambaran sebuah filem bergenre seram yang tidak diketahui judulnya. Beliau melakonkan watak sebagai seorang wanita yang suka minum darah.

Penulis pasti, lakonan yang dibawakan oleh Nabila tidak mengecewakan dan bakal menggamit perasaan paling seram dalam diri penonton apabila filem ini ditayangkan nanti. Rasanya, ini filem pertama Nabila melakonkan watak bergenre hantu.








View the original article here

Fesyen melampau Sharifah Sakinah tersebar

Fesyen melampau Sharifah Sakinah tersebar - Laman Instagram Sharifah Sakinah memang sering menjadi perhatian peminat dek kerana kekerapan pelakon dan model seksi itu berkongsi foto-foto yang menjolok mata dan menampakkan bentuk badannya.

Bukan sekali dua Sharifah pernah ditegur dan dikritik orang ramai namun beliau tidak memperdulikan semuanya dan seakan sudah lali. Bagi aktres berusia 22 tahun itu, apa yang dilakukannya dirasakan seronok dan memuaskan hati. Jadi, orang lain sepatutnya tidak masuk campur.

Di sebalik gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya, salah satu foto beliau yang memakai seluar jean koyak rabak menarik perhatian penulis. Mungkin dianggap sebagai fesyen zaman sekarang yang menakjubkan namun ia sebenarnya memberikan pengaruh negatif kepada anak muda yang meminatinya sebagai selebriti.






View the original article here

Monday, 19 May 2014

Gambar wajah F, kekasih baru Erin Malek kini tersebar

Gambar wajah F, kekasih baru Erin Malek kini tersebar - Selepas menjuarai program Fear Factor Malaysia musim kedua baru-baru ini, pelakon terkenal Erin Malek secara terbuka memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki bernama F yang dikenalinya empat bulan lalu di laman Instagram.

Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, dia tidak menyangka akan bertemu jejaka pilihan hati di laman sosial selepas genap setahun berpisah dengan bekas kekasih.

Kata aktres berusia 20 tahun itu, perbezaan usia mereka yang agak jauh iaitu 10 tahun tidak menghalang hubungan cinta itu terjalin kerana sisi matang, romantik dan penyayang yang ada ada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Erin turut meminta peminat agar mendoakan hubungan mereka agar kekal dan terus bahagia hingga ke alam perkahwinan.








View the original article here

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya

Gambar wanita bogel berkeliaran di Jalan Kunak-Tawau undang tanda tanya - Semalam dua keping gambar seorang wanita bertelekung yang sedang solat dan khusyuk membaca Al-Quran di atas Jalan Maharajalela Kuala Lumpur telah menjadi viral di laman sosial.

Tindakan itu mengejutkan orang ramai sehingga ada yang tertanya-tanya kenapa wanita berkenaan tiba-tiba berbuat demikian. Bagaimanapun, ia terjawab sebaik sahaja pihak polis membuat siasatan lanjut.

Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan berlaku di Jalan Kunak-Tawau namun kali ini melibatkan seorang wanita yang keadaan bogel berlegar-legar di tengah-tengah Jalan Kunak-Tawau, Sabah sekitar tengah hari tadi. Tiga keping gambarnya telah mula tersebar di laman sosial.

Punca wanita bogel itu bertindak demikian tidak diketahui setakat ni dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa. Kredit kepada blog ekeleh.








View the original article here