Pages

Friday 27 June 2014

Gambar Anniversary Pertama Yang Meloyakan


Apa nak jadi... Entah macam mana nak cakap & entah apa yang best sangat dengan golongan sejenis.

Sempena ulangtahun pertama, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar mesra dirinya dengan pasangan sejenisnya secara terbuka. 

Gambar yang super jijik itu boleh dikatakan mengalahkan pasangan pengantin. Moga pasangan 'pelik' ini diberi hidayah oleh Allah supaya kembali ke pangkal jalan. 

Amin....

Sumber

View the original article here

Hanya Kerana Bunyi Bising Motosikal, Pelajar Dipukul Hingga Mati


Gempar apabila seorang lelaki disyaki telah memukul seorang pelajar berusia 14 tahun sehingga mati hanya disebabkan oleh bunyi bising motosikal kepunyaan remaja itu.

Dalam kejadian itu, pelajar Tingkatan Dua itu sedang menguji motosikalnya bersama dua lagi rakannya di Bestari Jaya, Hulu Selangor pada malam Ahad yang lalu .

Suspek, 30, kemudiannya telah berhadapan dengan pelajar tersebut dan didakwa memukulnya pada peha kanan dipercayai menggunakan sebatang besi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, remaja lelaki itu telah meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak .

Beliau juga berkata, polis telah mendapat maklumat berhubung insiden itu pada kira-kira jam 11.40 malam, selepas pelajar itu disahkan meninggal dunia oleh sepasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

“Kejadian itu mungkin berlaku antara pukul 9.30 malam dan 11 malam.

“Menurut keterangan doktor, pihak hospital telah menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan ambulan pada jam kira-kira pukul 10.40 malam.

“Remaja itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas pihak hospital telah cuba untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurut Mohd Adnan berkata, suspek telah ditahan di pondok pengawal di kilang di mana dia bekerja beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.

“Pemeriksaan polis telah mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau,” katanya.

Motif di sebalik serangan itu dipercayai berpunca daripada bunyi bising yang sering dibuat oleh mangsa.

Polis juga merampas baju milik suspek dan batang besi yang dipercayai telah digunakan di dalam kejadian tersebut. 

Sumber

View the original article here

Himpunan Foto FIFA Piala Dunia 2014, Arena Corinthians di Sao Paulo, sebentar tadi.

Penyokong Brazil menunggu di luar Corinthians Arena, Sao Paulo, menjelang pertemuan Brazil dan Croatia, 4 pagi ini.
 FIFA Piala Dunia 2014,




 FIFA Piala Dunia 2014,


PETUNJUKKAN ketika majlis pembukaan FIFA Piala Dunia 2014 di Arena Corinthians di Sao Paulo, sebentar tadi.




 FIFA Piala Dunia 2014,


PENYOKONG Brazil mencium replica Piala Dunia sebelum perlawanan Kumpulan A bola sepak antara Brazil dan Croatia di Corinthians Arena, Sao Paulo. 






 FIFA Piala Dunia 2014,




SEBAHAGIAN penyokong Brazil sudah membanjiri stadium menantikan perlawanan yang akan bermula 4 pagi ini.









View the original article here

Ops Warta Buru Pesalah Trafik

Ops Warta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta mulai Isnin depan, bagi mengesan pesalah trafik tegar di seluruh negara.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata, sasaran utama operasi besar-besaran itu ialah pesalah yang enggan menyelesaikan saman trafik tertunggak berjumlah RM1.9 juta serta waran tangkap yang belum diselesaikan.

“Operasi kali ini juga memberi tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau ‘strobe light’ tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya dalam Facebook PDRM pada Rabu.
Bagaimanapun, katanya, operasi itu tidak akan membabitkan cermin gelap.

Operasi cermin gelap ditangguhkan, sementara menunggu keputusan kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap oleh Kementerian Pengangkutan.

Sumber: TheRakyatPost

View the original article here