Pages

Wednesday, 21 May 2014

Anzalna Nasir dedah wajah wanita sebar fitnah isu pembedahan muka

Anzalna Nasir dedah wajah wanita sebar fitnah isu pembedahan muka - Pelakon jelita, Anzalna Nasir pastinya individu yang paling terkejut kerana didakwa seorang wanita enggan dikenali melakukan pembedahan muka agar kelihatan cantik dan lebih anggun.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli atas pemberian Allah.

Di laman Instagram aktres seksi itu, Anzalna turut memuatnaik status dan gambar wajah wanita berkenaan untuk menjawab dakwaan yang tersebar baru-baru ini. Ia disertakan caption pendek berbunyi berikut :-

"FITNAH FITNAH FITNAH!! Syukur Alhamdulillah dengan apa yang Allah beri.. Semoga kamu dirahmati Allah.. Amin.. @anzalnanasirlovers #TolongNasihatkan."








View the original article here

Bibir seksi Eira Syazira undang tanda tanya

Bibir seksi Eira Syazira undang tanda tanya - Nama Eira Syazira dikaitkan dengan sebarang kontroversi jarang kita dengar diutarakan selain tuduhan yang mendakwa aktres jelita itu menampar krew produksi baru-baru ini.

Eok juga kurang kontroversi kerana dapat menjaga nama baik sendiri di mata peminat dan masyarakat. Cuma penulis sedikit tertarik dengan sekeping foto yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya dalam keadaan sedang mendongak sehingga memperlihatkan bibirnya yang seksi.

Ia menimbulkan tanda tanya apakah rahsia produk kecantikan yang digunakan Eira untuk memiliki bibir yang mulut dan kelihatan seksi.






View the original article here

Tuesday, 20 May 2014

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah

Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah - Sejak hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain Nazim Othman.

Bagaimanapun, ramai mengetahui penyanyi berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan.

Menariknya, kesemua gambar itu dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?








View the original article here

Kenapa bentuk hidung Nasha Aziz semakin pelik?

Kenapa bentuk hidung Nasha Aziz semakin pelik - Apa dah jadi dengan hidung mancung Nasha Aziz yang dulunya cantik dan menawan? Walaupun mewarisi hidung mancung dari ayahnya, namun daripada sekeping terkini gambar wajah Nasha yang diambil dari forum.cari.com.my, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena.

Kalau mengikut komen-komen dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, penulis kurang pasti kesahihan dakwaan mereka ini.




View the original article here