Pages

Showing posts with label untuk. Show all posts
Showing posts with label untuk. Show all posts

Tuesday 1 July 2014

21 Tips Dan Petua Untuk Mencantikan Wajah Yang Wanita Perlu Tahu





Cara menjaga kecantikan wajah adalah seperti berikut:

MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

BIBIR MERAH SEMULAJADI


Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI


Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA


Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH

Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR


Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan s apukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR


Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH


Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK

masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA


Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

MUKA BERSERI

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA


Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

sumber:http://blog3dalam1.blogspot.com
View the original article here

Friday 27 June 2014

Ngeri! Trend Wanita Potong Jari Kaki Untuk Kelihatan Lebih Cantik

High heels disukai para wanita kerana membuat mereka tampil lebih cantik dan lebih percayakan diri. Namun sepertinya keperluan untuk tampil cantik dengan high heels semakin melampau. Bahkan beberapa wanita rela memotong jari kakinya agar kelihatan semakin sempurna memakai kasut tumit tinggi itu.

"Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai high heels. Pembedahan itu diasaskan pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki yang tidak rata. Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar kelihatan rapi serta untuk membuang tulang. Awalnya, pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini tela tersebar hingga ke negara lain.

Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan ini boleh mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels ( lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sex and the City". Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai high heels yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan hodoh.

Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela berhabiskan wang hingga US $ 7,500. Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason.

"Prosesnya satu jam dan aku tidak merasakan apa-apa tapi aku mendengar tulang dipotong yang mengerikan," kata Paulina.

"Setelah itu juga tak ada rasa sakit tapi jariku diletakkan dawai selama 5 minggu dan jari lain terkena  jangkitan sehinggalah aku minum antibiotik," Paulina menambah.

Setelah dawai dilepas, Paulina masih harus berjalan menggunakan tongkat selama beberapa minggu hingga boleh normal kembali. Kini Paulina merasa puas seteka melihat kakinya lebih kecil satu saiz berbanding sebelumnya.







View the original article here

Thursday 26 June 2014

BONGKAR! Group FB Sasar Gambar Wanita Hamil Bertudung Untuk Puaskan Nafsu




Pelik dan amat pelik. Rupa-rupanya di laman sosial terbesar di dunia, Facebook wujud satu group di mana ahli-ahli groupnya mempunyai nafsu yang amat pelik iaitu melihat gambar wanita hamil bertudung. Mereka menjadikan group itu sebagai medium untuk mengongsi gambar-gambar wanita yang hamil dan bertudung antara satu sama lain bagi memuaskan nafsu pelik dan amat pelik mereka itu.



Walaupun perkara ini agak pelik, namun, oleh kerana wujudnya golongan yang tidak seberapa betul mental mereka ini, harus diingatkan supaya ibu-ibu yang sedang mengandung tidak mengongsi gambar-gambar mereka sembarangan di laman sosial.



Maria kita sama-sama report group ini: Hamil Bertudung

View the original article here

VIDEO: PELAKON POPULAR FILEM TAMIL TINGGALKAN AGAMA HINDU UNTUK PELUK ISLAM






MONICA dulu dan sekarang
PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.







Monica memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.
Seperti dilaporkan portal muslimmirror, pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

“Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang. Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, ” kata beliau.






Monica kelihatan anggun mengenakan tudung dan menutup aurat
Menurut media India, Monica itu telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.






“Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang"
Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Oleh: Namialus_2020
Sumber: muslimmirror.com
Video: Youtube  

View the original article here

Tuesday 20 May 2014

Doakan kami untuk kali yang terakhir - Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah?

Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah - Berita perkahwinan Abby Abadi dan Farhan sekitar September tahun lalu memang mengejutkan. Ramai tidak menyangka bekas pelakon itu memilih seorang jejaka yang sembilan tahun muda darinya untuk dijadikan suami.

Apa yang menarik tentang kehidupan mereka berdua selepas berkahwin ialah penyebaran beberapa keping gambar romantik yang memperlihatkan hubungan mereka sangat utuh dan saling memahami antara satu dengan yang lain.

Bagaimanapun, hakikat sedemikian seolah-olah sudah berubah apabila Abby Abadi secara terbuka memuatnaik beberapa kenyataan tersirat di laman Instagram miliknya yang berbaur seperti bermasalah dengan suami dan seakan dalam pertimbangan untuk bercerai.

Apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut status terbaru bekas isteri Norman Hakim itu di Instagram, beliau meminta pengikut-pengikutnya agar mendoakan rumahtangga mereka buat kali yang terakhir. Kenapa buat kali yang terakhir? Adakah pasangan ini mahu bercerai pula?












View the original article here

Saturday 10 May 2014

KHASIAT DAN MANFAAT AIR MAN* LELAKI UNTUK ISTERI

KHASIAT DAN MANFAAT AIR MAN* LELAKI UNTUK ISTERI-                               Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama2lah berusaha supaya dua2 maintain slim dan bergaya.

Lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau2. Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak2 orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zaka* semasa hubungan kelami* akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zaka* lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zaka* pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Khasiat Air Man* Untuk Wanita.
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sper** suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air man* suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal2 kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat2. Kena sama2 pandai jaga badan lepas kahwin, ok?

Khasiat lain sper** untuk wanita:
* Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
* Mengurangkan jerawat.
* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta2 hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
Edah dan Air Man*.
Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air man* bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air man* jika wanita itu terus melakukan hubungan sek* dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak.

Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang2 orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi2 bila dah jadi ayah. Boleh anak2 belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.
Fakta Mengenai Air Man*:
1. Air man* boleh menyebabkan alergik
Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air man*. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air man* yang masuk ke tubuh.
Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air man* adalah sumber tenaga
Air man* telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.
Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksu** selama ghairah seksu**. Teori ini menunjukkan setelah keluar air man*, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.
Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sper**.
3. Rasa air man* berpunca dari makanan yang dimakan lelaki
Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air man* tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air man* masam atau pahit.
4. Air man* sebagai ubat anti depresi (stress) wanita
Air man* mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air man*.
5. Air man* adalah sejenis nutrisi
Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air man* mengandungi gizi yang tinggi.
Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air man* sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.
6. Air man* tidak akan habis
Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air man* setelah ejakulasi

Wednesday 7 May 2014

16 GAMBAR UNTUK MENGUJI ADAKAH ANDA MEMILIKI FIKIRAN KOTOR?

Ini adalah 16 gambar yang tidak berbahaya, gambar ini boleh menipu, mem-pengaruhi fikiran kotor anda dan ini adalah terpulang kepada anda bagaimana 
anda lihat dan bagaimana minda anda menafsir gambar tesebut...


















Tuesday 6 May 2014

PRESIDEN MMA CADANG KERAJAAN KELANTAN CARI PEMOTONG DAGING UNTUK LAKSANAKAN HUKUMAN HUDUD




Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyarankan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.


Presidennya, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah sendiri tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.


"Prosedur (potong tangan) sangat rumit. Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya


Pihak MMA tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit.


"Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.


Tharmaseelan berkata, pihak MMA tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut.


Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.


"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.


Tharmaseelan berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut.


Beliau berkata, MMA juga sedang mengkaji untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pihak yang tidak ada tauliah perubatan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana melanggar etika perubatan.


Kelmarin, Kelantan merancang menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.


Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, apabila selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.


Bagaimanapun, katanya, pertimbangan akan diambil sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya pesalah mencuri atas sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa.


"Hukum hudud ini agak berbeza di mana pesalah yang dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.

Thursday 27 March 2014

Kini Anda Tahu 10 Cara Meyakinkan Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda



"Nak kahwin muda bukan mudah nak oi! "
"Habiskanlah study dulu!"
"Kau muda lagi, nanti-nantilah..."
"Kerja dulu. Nanti study kamu terganggu.."

See? Betapa ibu bapa tak yakin u olls nak kahwin awal. So, apa yang u olls perlu pastikan ialah dengan meyakinkan mereka. Jum tengok cara-cara macamana nak yakinkan mereka. 

1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya dibuat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda. 

2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja. 

3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa jua situasi. 

4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi kepada Allah S.W.T. 

5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda! 

6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing. 

7. Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri. 

8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak. 

9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkan dia kepada mereka. 

10. Akhir sekali bincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ini perlulah secara lemah-lembut dan perlahan. Mereka mudah terasa dan sensitif.

View the original article here

Tuesday 25 March 2014

KINI ANDA TAHU 5 TIPS UNTUK MENGATASI MASALAH PERUT BUNCIT




Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 10 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi. 

1. Jus limau 

Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau. 

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan

Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik. 

3. Berpuasa 

Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan. 

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur 

Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk. 

5. Kombinasi makanan 

Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.

View the original article here

Thursday 20 March 2014

Chef Jamie Oliver buktikan Mcdonalds tidak sesuai untuk Manusia.

Kenapalah aku baru tau pasal ni...tak kiralah betul ke tak aku tetap nak boikot mcd lagipun ni barang yahudi yang kejam





chef Jamie Oliver dah menang kes saman dengan Mcdonalds pada tahun 2013, kalau ikut dari kenyataan Oliver Mcdonalds menggunakan ammonia hydroxide untuk mencuci bahagian daging yg berlemak dan digunakan dalam prosess pengisian burger.
seperti yg didakwa oliver daging yg digunakan berkualiti sangat rendah dan tidak seseuai untuk manusia, makanan tersebut yg hanya sesuai untuk penghadaman binatang seperti anjing etc. kalau tak betul tak kanlah oliver menang saman terhadap Mcdonalds kan...

so aku cadangkan kita boikot mcd...

untuk maklumat lebih lanjut korang boleh terjah sini.

Sumber


MH370 - Hanya tinggal 18 hari untuk cari kotak hitam sebelum bateri habis - ABC News

type='html'>Sehingga kini pesawat Malaysia Airlines MH370 tiada sebarang petunjuk kukuh di mana berada.

ABC News melaporkan pasukan pencari hanya tinggal 18 hari untuk kotak hitam pesawat itu terus hidup sebelum kehabisan baterinya kerana mampu bertahan untuk memberikan isyarat selama 30 hari.

Laporan itu menyebut, kotak hitam itu sudah kehilangan tiga daripada jangka hayat baterinya sejak pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.

Menurut ABC News lagi, lebih mudah pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari kotak hitam itu sebelum ia kehabisan bateri.



Jika pesawat terhempas ke kawasan perairan, satu beacon pencari air akan menghantar satu nadi ultrasonik yang tidak boleh didengar oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan oleh sonar dan peralatan mencari akustik.





Terdapat satu sensor tenggelam di sebelah beacon, dan apabila sensor itu menyentuh air, beacon akan diaktifkan.

Beacon kemudian menghantar denyutan pada 37.5 kilohertz (kHz) dan boleh menghantar bunyi sedalam 4,267 meter.

Setelah beacon memberikan isyarat "ping," isyarat ping akan dikeluarkan sekali sesaat selama 30 hari.

Dalam keadaan jarang berlaku kemalangan teruk, beacon boleh terputus isyarat jika berlanggaran berimpak tinggi, kata laporan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat mesti berada kira-kira 25km di kawasan beacon untuk mencari kotak hitam itu.

Keadaan bumi dalam laut seperti parit dalam juga boleh menjejaskan pengesanan isyarat beacon itu, tambah laporan tersebut dipetik The Malaysian Insider.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


View the original article here

Tuesday 18 March 2014

Tragedi MH370. Baca Kenyataan Ini Dulu Sebelum Anda Berfikir Untuk Menyalahkan PKR Atau Pilot Kapal "

type='html'>




BREAKING 1442 hrs: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa?

Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan. 

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. Lagi perkembangan lanjut menyusul.

Tulisan Zulimran Nasution Abdullah Omar

Media kawalan UMNO BN telahpun memberi amaran jangan politikkan isu kehilangan MH370. Tetapi pada pengamatan aku blogger UMNO dan juga penyokong-penyokong UMNO sendiri sudah menyalahkan PKR. 


Kita masih tidak mengetahui apakah nasib yang menimpa crew dan juga penumpang MH370. Blogger UMNO juga telah mengaitkan kehilangan sehari sebelum penerbangan Kapten Zaharie ke Beijing apabila isteri dan anaknya telah meninggalkan rumahnya. Cubalah jangan timbulkan spekulasi, boleh saja dia balik kampung bersama anaknya kerana Kapten Zaharie hendak berlepas pada sebelah paginya ke Beijing. 

Papagomo juga tidak kurang hebatnya apabila secara terang-terang mengaitkan insiden ini dengan PKR. Tak puas lagi kalah saman 800 ribu kerana fitnah masih nak buat lagi kerja fitnah, dunia-dunia akhir zaman. 

sumber

View the original article here

Saturday 15 March 2014

Khadijah dengar suara ketika sedekah bacaan Al-Quran untuk #MH370

type='html'>Khadijah Md. Dewi dalam satu komennya di status Facebook Ustaz Ahmad Dusuki telah mengejutkan ramai pengguna media sosial. Beliau berkongsi pengalamannya mendengar suara orang ramai yang menyebut nama Allah dan mengerang kesakitan ketika beliau membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Printscreen seperti dibawah:


Dalam status itu juga, Nar Biel Belikov dalam komennya turut memberitahu pengalaman isterinya yang bermimpi akan terhempasnya sebuah kapal terbang. 

Selain mendapat "likes" yang banyak daripada pengguna Facebook, komen itu turut mendapat respon negatif kerana dianggap kelak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa. 

Mungkin ada benarnya teguran yang dibuat memandangkan perakuan seperti itu sememangnya tidak memberi apa-apa bantuan kepada misi mencari dan menyelamat. 

View the original article here