Pages

Thursday, 27 November 2014

22 Foto Adam Arya, anak lelaki Sasha Saidin bersunat

Haish... tak lekang mata kami dari melihat foto-foto dan video yang dikongsikan oleh Sasha Saidin sewaktu anaknya, Adam Arya mahu berkhatan semalam.

Menerusi Instagram, Sasha memberitahu Adam pada mulanya langsung tak memahami situasi yang dirinya akan dikhatankan dan hanya mengikut apa sahaja yang disuruh.

Nak tergelak pun ada, tapi comel sangat reaksi Adam yang clueless bila melihat ramai budak-budak lain lebih kurang sebayanya berbaris beramai-ramai.



Sewaktu Sasha menerangkan tentang bersunat pun Adam masih tak dapat tangkap lagi. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan handsome boy ni pun nampak steady je apabila gilirannya selesai.



Sasha turut ditemani ibu dan bapanya sewaktu menghantar Adam ke program berkhatan beramai-ramai di Masjid As-Syakirin Gombak. Tak sangka kejap je anak Sasha dah besar, kan? Jom tengok gambar-gambar dan video sekitar majlis itu di bawah ini.



Sumber asal : Portal Ohbulan
















































View the original article here

3 Foto kekasih baru Intan Ladyana tersebar

Penghujung bulan Ogos yang lalu, Intan Ladyana mengumumkan hubungan cintanya yang terjalin selama enam tahun dengan Kamal Adli sudah berakhir atas sebab-sebab yang tidak didedahkan.

Ketika itu, Kamal pula bagaikan tak percaya dan mengaku terkejut dengan kenyataan Intan. Malah lebih kurang sebulan selepas itu, Kamal dilihat masih belum mampu melupakan Intan dan tetap berusaha untuk memujuk bekas kekasihnya kembali.

Sayangnya, Intan tak beri peluang kepada Kamal untuk berjumpa selepas mereka berpisah. Dan sejak dari itu, kisah Intan-Kamal terus senyap dari perhatian media.



Tapi, malam semalam kami menerima kiriman foto menerusi emel dari seseorang yang mendakwa Intan kini sudah bertemu pengganti Kamal. Betul ke?



Menurut pengirim emel itu lagi, para peminat pun dapat mengagak bahawa pelakon itu kini sedang berkawan rapat dengan seseorang berdasarkan kepada komen-komen rakan artis yang seakan cuba memberi hint.

Kalau diperhatikan, memang tak ada gambar berdua Intan bersama jejaka yang dipercayai bernama Lutfi ini. Tapi di setiap gambar yang dikirim, Intan dan lelaki berkenaan sering bersebelahan diapit rakan-rakan lain.



Andai betul berita ini, tahniah kami ucapkan dan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Apapun, kami cemburu sangat tengok gambar-gambar Intan yang kini sedang bercuti di Venice, Itali. Semoga selamat semuanya, Intan!



Sumber asal : Portal Ohbulan












View the original article here

3 Foto mesra Chacha Maembong dengan teman lelaki

Dalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 minggu kedua semalam, Chacha Maembong yang dilihat mesra bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasihnya di belakang kerusi juri program berkenaan berjaya dirakam.


Ini menimbulkan tanda tanya mengenai identiti jejaka tersebut yang kami lihat amat intim jika berdasarkan beberapa keping gambar atau screenshot di bawah.

Sumber gambar : Page Media Hiburan













View the original article here

4 Foto penampilan terbaru raja dangdut, Amelina amat curi tumpuan

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut dek pengaruh beliau dalam dunia muzik tersebut pernah tiba tiba hilang dari dunia hiburan tanpa khabar berita selepas berkahwin dan baru baru ini timbul isu mengatakan dirinya sudah kembali tidak bertudung.

Amelina tampil bertemu media hari ini untuk memberikan penjelasan tentang keadaan dirinya kini dan perancangan untuk kembali aktif dalam dunia hiburan selepas 15 tahun menyepi.

“Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tapi kembali aktif selepas 15 tahun ini, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsikan dengan sesiapa. Saya amat berharap agar semua pihak dapat menghormati pendirian saya kerana ia membabitkan banyak pihak,” ujarnya.

Amelina yang kini sudah mempunyai enam orang orang turut mengulas tentang isu gambar beliau yang dilihat kini sudah tidak bertudung.

“Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum lagi bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu. Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai tudung bagi menutup wajahsaya bagi mengelak dari sesiapa mengenali saya”

“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah masa paling sesuai untuk saya muncul dengan penampilan baru selepas menyusun dan merencana langkah dengan tersusun,”
tambahnya.

Bagi peminat setia Amelina, ini pastinya sesuatu yang dinantikan. Selepas ini boleh kembali lihat aksi Ratu Dangdut ini membawakan lagu genre kegemaran anda.












View the original article here